'NEXT TOP MODEL SEARCH.'
Ayana membetulkan kasut tumit tinggi di kaki bagi mengimbangi ketinggian memandangkan kasut tumit tinggi menjadi pilihannya hari ini untuk menghadiri ujibakat pencarian model. Maklumlah, dia wanita yang sederhana tinggi, tidak seperti model lain yang tinggi lampai.
Dengan cermat, derap langkah diatur perlahan, berhati-hati agar tidak terpelecok di tengah orang ramai yang sedang menunggu giliran di ruang menunggu yang dikhaskan buat para peserta ujibakat.
Bercampur baur perasaan Ayana selepas melihat peserta-peserta yang hadir ke ujibakat kebanyakannya mempunyai perwatakan menarik dan seksi. Berbeza dengan dirinya yang mengenakan baju gaun bewarna putih yang tiada corak, dipadankan dengan selendang warna merah jambu. Hanya dia satu-satunya wanita muslimah yang turut serta dalam ujibakat ini.
Ayana cuba tidak menghiraukan pandangan mereka yang memandangnya dengan jelik. Dia tidak mahu emosinya terganggu dek penilaian mereka kepada dirinya seolah-olah dia tidak layak untuk berada di sini.
'You can do it, Ayana.'
Ayana memberikan semangat kepada diri sendiri. Besar impiannya untuk menjadi seorang model walaupun sudah banyak ujibakat yang dia hadiri, namun dia masih belum berjaya dipilih.
Bertitik tolak dari itu, dia tekad untuk mencuba nasib dalam setiap kempen pencarian model yang diadakan. Dia ingin menjadi seperti model-model yang berjaya membina nama dalam bidang modelling walaupun dia mengenakan hijab.
Terus Ayana mengeluarkan telefon pintarnya dari beg sandang yang diletakkan di ribanya. Gambar model yang dia minati ditatap sebagai pembakar semangat sebelum dia dipanggil masuk ke bilik ujibakat nanti.
"1050..."
Nombor giliran Ayana dipanggil setelah satu jam lebih dia menunggu giliran. Nafasnya ditarik dalam-dalam, cuba membuang rasa gugup yang bertandang sekaligus digantikan dengan perasaan berkobar-kobar untuk dia menunjukkan bakatnya kepada barisan juri yang terdiri dari nama-nama besar dalam industri modelling.
"You berminat nak jadi model?" Soalan pertama daripada ketua juri.
Ayana mengangguk tanpa teragak-agak. Bibirnya juga tidak lekang mengukir senyuman memandang model yang dia minati turut berada dalam sesi ujibakat itu.
"You ni bermimpi di siang hari ke?" Juri itu ketawa kecil sambil diikuti yang lain-lain.
Ayana mengerutkan dahinya tanda kurang faham.
"Errr, maksud Cik?"
"Look at your appearance." Juri wanita itu memandang Ayana dari atas ke bawah. "We prefer freehair. Kalau berhijab macam ni adalah lebih baik you pergi ujibakat pencarian pendakwah muslimah. Itu lagi sesuai untuk you."
Tersentak dia mendengar kata-kata yang berbaur sindiran itu.
"Ada masalah ke kalau saya berhijab dan ingin jadi model?" Ayana inginkan penjelasan.
"Of course, ada. Masalah besar kalau you tak sedar diri. You ni tak baca requirement ke? Atau you nak I beritahu you apa yang diperlukan untuk menjadi seorang model?" Sinis nada yang keluar dari mulut juri itu.
"For your information, model-model yang kita cari ialah seksi dan freehair. Model yang boleh peragakan pelbagai jenis baju tanpa perlu nak cover sana sini. Kalau bertutup litup ni, susah sikit client nak hire. Bagi dia orang, hijabist macam you ni kolot dan tak mampu pergi jauh. Kami tak akan terima model berhijab So, you boleh kuburkan angan-angan you nak jadi model. Buang masa you dan masa kita orang nak kena layan peserta macam you ni. Ujibakat you sampai sini jer. Sila keluar, next talent please..."
Terpukul Ayana mendengar kenyataan tidak berlapik dari model kesukaannya. Tidak menyangka bahawa insan yang dia kagumi selama ini telah meranapkan impiannya sekelip mata.
Semudah itukah mereka menindas dan mendiskriminasi wanita berhijab tanpa memberi peluang kepada wanita berhijab untuk mengintegrasikan pekerjaan yang mereka minati?
YOU ARE READING
My Role Model [TERBIT]
RomancePertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh...