BAB 1

24K 956 16
                                    


KETUKAN pada pintu bilik kedengaran, namun empunya badan tidak terkutik dan terganggu lenanya kerana rasa kantuk masih menguasai diri. Mana tidaknya, seusai menunaikan solat Asar, Ayana tertidur di atas tikar sejadah gara-gara tidak mendapat tidur yang cukup kerana kepadatan jadual bergelar seorang model muslimah.

Sudah lima tahun Ayana berkecimpung dalam dunia fesyen dan modelling, menjadikan nama Ayana sebagai nadi industri fesyen Malaysia. Kemunculan Ayana dalam industri ini turut disambut baik oleh peminat dan penggiat industri fesyen tanah air.

"Aya... dah bangun ke belum?"

Satu suara menjerit pula dari luar bilik, lebih memekakkan dari ketukan di pintu tadi. Siapa lagi kalau bukan teman serumahnya, Huda. Sudah menjadi tugasnya untuk mengejutkan Ayana jika gadis itu masih tidur.

"Bisinglah..." rengus Ayana lalu menarik telekung yang masih tersarung di tubuhnya untuk menutup wajah.

"Oi cik kak, tak reti nak bangun lagi ke? Dah nak Maghrib ni. Atau kau nak praktis tidur untuk selama-lamanya?" Perli Huda yang berdiri di muka pintu sambil sebelah tangan memegang tombol pintu.

Ayana tidak mencelikkan mata langsung. Dia benar-benar letih dan mengantuk sehingga tidak sedar hari sudah senja. Niat awal hanya untuk merehatkan badan, sekali dia terlajak tidur pula.

Huda yang melihat tiada tindak balas dari Ayana segera menghampiri tubuh yang berbaring di lantai itu. Ada yang nak kena cubit free nanti.

"Aya... bangunlah. Kang nanti lewat pula kau nak bersiap." Ujar Huda.

Boleh pula Ayana sambung tidur sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang.

"Bersiap nak pergi mana?" Soal Ayana perlahan.

"Pergi event. Kau ada event yang perlu di hadiri kan malam ni?"

Satu cubitan hinggap juga di lengan Ayana. Dasar pelupa!

"Ev... event? Event apa?" Ayana mengenyeh matanya yang masih berasa mengantuk.

Kejap... Ayana teringat akan sesuatu.

"Aa– apa kau cakap?!"

Ayana bingkas bangun dari baring. Kantuk yang menguasai dirinya serta-merta lenyap. Laju sahaja Ayana menarik telekung dari tubuhnya dan berlari ke bilik air seperti lipas kudung. Nasib tidak tersadung saat kakinya terpijak sejadah yang masih terbentang di lantai vinly.

"Kenapa kau tak kejut aku dari awal?"

Huda yang melihat kelakuan kalut temannya itu menggelengkan kepala. Ingin dia membalas pertanyaan Ayana tetapi gadis itu sudah menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air.

"Kejut salah, tak kejut salah..." omel Huda lalu beredar dari bilik itu.

Tugasnya mengejutkan Ayana telah selesai. Pandai-pandailah Ayana uruskan diri sendiri. Siapa suruh bangun lambat, kan dah benar-benar lambat. Padan muka!


***


TERKOCOH-KOCOH Ayana memasuki event hall di sebuah butik terkemuka di Kuala Lumpur. Para tetamu jemputan sudah datang dan sudah pun duduk di tempat masing-masing. Dialah tetamu yang paling lambat tiba. Hampir satu jam juga dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas tadi.

Ayana memanjangkan leher, memerhati setiap orang yang sedang rancak bersembang antara satu sama lain. Dia ingin mencari individu yang menjemputnya hadir ke majlis makan malam ini namun sedikit sukar untuk mengecam kerana separa wajah masing-masing ditutupi oleh topeng memandangkan tema majlis ialah 'masquerade' di mana semua yang hadir wajib memakai topeng. Sudahlah, pencahayaan di dewan ini sengaja dibuat tidak terlalu terang.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now