BAB 6

18.1K 840 30
                                    

PENGGAMBARAN rasmi yang dirancang akhirnya tiba juga. Kru-kru yang ditugaskan untuk menjayakan sesi penggambaran sudah sibuk melakukan persiapan memasang backdrop dan menyusun prop mengikut tema yang ditetapkan.

Ayana yang telah tiba ke butik seawal pagi telah diarahkan untuk ke bilik solekan sambil ditemani Huda yang sanggup memohon cuti dari kerjanya semata-mata ingin menemani dirinya ke penggambaran hari ini.

Weh Ayana..." Huda mencuit lengan Ayana apabila mereka ditinggalkan berduaan di bilik solekan.

"Apa dia?" Soal Ayana pendek.

"Mana anak Puan Sri?" Huda sudah memanjangkan leher untuk mencari gerangan yang dia ingin jumpa.

Sudah lama dia menantikan saat ini, saat di mana dia dapat melihat wajah anak lelaki Puan Sri Edelin yang dikatakan agak 'istimewa'.

"Entah..." Ayana menjongketkan bahu. Dia tiada masa untuk mengambil tahu tentang keberadaan orang lain. Hadirnya dia hari ini hanya ingin melaksanakan tugasnya sahaja.

"Ish, kau ni... boleh pula jawab macam tu. Kau kan akan pairing dengan dia nanti, kau kenalah jumpa dia sebelum mula shooting. Orang kata, ambil mood dulu. Gittewwww..."

"Tak ada maknanya... belum start shooting, mood aku dah tak berapa nak baik sebab sikap busybody kau ni." Rengus Ayana geram. Patutlah Huda bersungguh-sungguh nak ikut sekali, sebab nak jadi wartawan tak bertauliah rupanya.

Huda langsung tidak rasa bersalah. Bukannya dia tidak tahu Ayana berat hati untuk melakukan penggambaran hari ini. Selalunya Ayana seorang yang bersemangat dan komited dalam kerja.

"Erm, Ayana... nama dia Nick Ervan ke?" Soal Huda lagi.

"Mana kau tahu?" Ayana berkerut dahi.

Pernah ke dia menyebut nama lelaki itu di depan Huda?

"Tuuuu..." Huda menjuihkan bibir ke arah kerusi yang disediakan khas buat model lelaki nanti.

Ayana mengabaikan saja Huda yang sedang becok bertanya macam-macam. Dia tidak berminat untuk bersoal jawab memandangkan dia perlu bersiap sedia sebelum jurusolek tiba sebentar nanti. Dia membersihkan wajah dengan wet tissue bagi memastikan segala kotoran di wajahnya bersih sebelum disolek.

"Yang kau ni kenapa Huda macam cacing kepanasan?" Perhatian Ayana terganggu apabila melihat Huda yang kejap duduk dan kejap bangun.

"Aku cari anak Puan Sri lah. Aku nak tengok sendiri dengan mata aku ni."

"Dah kenapa kau kepochi sangat ni? Tak pernah tengok anak orang ke?"

"Anak orang yang ni lain sikit..."

"Apa yang lainnya?"

"Lainlah... kau kan cakap anak Puan Sri yang ni terencat, muka macam pengganas... emm apa lagi ya, pendek dan haaa gigi berterabur."

Ya Allah, Ayana tepuk dahi. Huda masih ingat lagi apa yang diucapkan pada malam tempoh hari. Ini kalau didengari dek Puan Sri Edelin, mahunya kontrak duta dibatalkan. Tak pun lagi naya kalau tuan badan sendiri yang mendengar, terus dia ditendang keluar dari butik ini.

"Wow, seriuslah anak Puan Sri macam tu?" Satu suara garau kedengaran dari belakang.

Serentak itu mereka menoleh.

Ayana menelan liur yang terasa kelat. Bilik yang berhawa dingin terasa hangat apabila manik-manik jernih mula membasahi bahagian dahi.

Jantungnya usah dicakaplah, tidak berhenti berdegup seperti baru menghabiskan larian 100 meter.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now