BAB 19

18.3K 799 8
                                    

HELMI yang sedang sibuk menguruskan perbaharuan kontrak Ervan sedikit terganggu apabila loceng rumahnya ditekan bertalu-talu. Nampaknya dia menerima tetamu yang tidak sabar. Hish, siapa pula yang datang malam buta begini?

Helmi merengus sebelum dia bangun untuk membuka pintu tersebut dengan perasaan memberontak.

"Kau buang tabiat apa datang rumah aku ni?" Helmi bertanya sambil tangannya membuka kunci di pintu grill. Tidak menyangka Ervan yang datang ke rumahnya.

"Saja..." Sepatah Ervan menjawab dan meluru masuk ke rumah bujang sahabatnya. "Yang kau duk intai-intai tu dah kenapa?"

Tingkah Helmi yang masih berdiri di muka pintu diperhatikan.

"Kut ada pejabat agama datang buat serbuan."

"Bengong..." Mahu sahaja Ervan hempuk dahi Helmi ke pintu.

Lalu kaki melangkah ke arah mini sofa yang terletak di sebelah meja bulat di ruang tamu. Punggung dihenyak kasar seraya dia menyandarkan tubuh ke sofa. Bau aroma kopi yang masih berasap di meja membuatkan tekaknya tiba-tiba inginkan caffeine.

"Weh... tu kopi aku gila..." Helmi tidak sempat menghalang apabila kopi yang baru dibancuh telah diteguk oleh Ervan hingga separuh.

"Aku kan tetamu. Tetamu datang bawa rezeki." Tutur Ervan tanpa bersalah.

"Ini bukan bawa rezeki. Bawa musibat. Dah la datang tanpa diundang." Bebel Helmi lalu beredar ke dapur untuk membancuh kopi baru. Dia juga memerlukan caffeine untuk menyelesaikan urusan kontrak Ervan yang memeningkan kepala.

Seharian dia terpaksa menadah telinga dimarahi oleh pihak pengurusan modeling gara-gara keputusan mengejut Ervan yang memilih untuk menetap di sini.

"Kau memang datang sini sebab nak tidur ke? Apa rumah kau takde sofa?" Perli Helmi apabila dia kembali semula ke ruang tamu dan melihat Ervan sedang memejamkan mata rapat.

"Sssyhhh... bagi aku bertenang kejap." Tutur Ervan perlahan.

"Kau kenapa Erv? Ada problem ke?" Helmi melabuhkan duduk di sebelah Ervan.

Dia memandang sekilas Ervan yang kelihatan tidak bermaya. Dari raut wajah sahabatnya sudah jelas menunjukkan Ervan sedang dilanda masalah.

Lama keadaan sepi sebelum Ervan bersuara.

"Mi... I think I am falling in love."

Pfffttt... Helmi yang sedang meneguk kopi serta-merta tersembur minuman keluar dari mulut. Hampir sahaja dia tersedak mendengar masalah sahabatnya. Lah, masalah cinta rupanya.

"Kau jatuh cinta dengan siapa?"

"Ayana..."

Lagi sekali Helmi hampir tersedak mendengar pengakuan Ervan. Nampak gayanya malam ni memang malam dia asyik tersedak. Harap tidak mati tersedak kopilah.

"Biar betik?" Perhatiannya kini terarah kepada acara yang sedang berlangsung iaitu acara luahan perasaan daripada model kaca seantero dunia. Hal kerja ditolak ketepi.

"Sejak bila kau cintakan dia?" Tanya Helmi memulakan tugas sebagai wartawan tidak berbayar. Sabar ya netizen, biar wartawan Helmi korek rahsia dulu.

"Aku tak tahu... yang aku tahu aku rindukan dia. Aku tak tenang kalau tak jumpa dia."

"Yela, siapa aje tak teringin nak jumpa Ayana yang cantik dan terkenal tu. Mungkin sebab tu kut kau rindu?"

"Tak, Mi. Aku bukan rindu dan semata-mata nak jumpa dia sebab rupa atau populariti. Aku mengaku wajah dia buatkan aku terpikat dengan dia tapi dia tak sama macam perempuan yang aku pernah kenal. She's different. Really different... and I can't help myself from falling in love with somebody like her."

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now