BAB 16

18K 891 70
                                    


AYANA turun ke dapur untuk membantu kaum wanita yang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masak tengah hari. Masing-masing ada tugas sendiri seperti memotong ayam, menumis cili kisar di atas dapur dan menghiris bawang.

"Ayana... boleh Nek Ma nak minta tolong kamu." Nek Ma bersuara apabila melihat Ayana sudah duduk bersimpuh di atas tikar untuk membantu Emyra menghiris bawang.

"Boleh Nek Ma, nak saya tolong apa tu?"

"Tolong pergi kedai dan belikan daun kesum."

Ayana mengangguk setuju. Terus dia bangun dari duduknya untuk segera pergi ke kedai. Sampai sahaja di muka pintu dapur, Ayana menoleh semula ke belakang.

"Errr, Nek Ma... kedai tu dekat mana?" Nasib dia sempat bertanya, kang ada yang sesat tak jumpa kedai nanti.

"Dekat depan sana tu. Tak jauh pun, dalam lima minit aje jalan kaki. Haaa, ni Ervan..." Kebetulan Ervan yang baru keluar dari tandas berjalan melintasi mereka. "Temankan Ayana ni pergi kedai kejap..."

Ervan yang hendak membantah akhirnya menurut sahaja. Mereka berjalan bersama menuju ke kedai runcit berdekatan iaitu satu-satunya kedai runcit yang menjual pelbagai jenis barang di kampung ini. Kiranya kedai runcit ini paling terkenal sejak dia kecil hinggalah sekarang.

"Assalamualaikum Pak Cik Mail." Sapa Ervan setelah tiba di hadapan kedai runcit.

"Waalaikumussalam... kamu rupanya. Lama betul Pak Cik Mail tak jumpa kamu." Ujar pemilik kedai runcit tersebut. "Kamu datang ni nak beli apa Ervan?"

Ervan terus menoleh ke sisi, mencari bayang Ayana yang sudah menghilangkan diri di dalam kedai itu.

"Beli apa yang Nek Ma kirim. Saya cari dulu barang yang nak dibeli ya Pak Cik Mail..."

"Iyelah, kamu tengok-tengoklah apa yang kamu nak beli. Ni, Pak Cik Mail nak ke kedai sebelah kejap. Nak tukar duit kecil. Sementara kamu ada di sini, Pak Cik Mail minta kamu tengokkan kejap kedai Pak Cik Mail ni."

"Errr, tengokkan macam mana tu?"

"Kalau ada customer datang, kamu berbual-buallah dulu dengan customer sehingga Pak Cik Mail sampai."

"Oh, baiklah Pak Cik Mail..."

Maka, tinggalkan Ervan dan Ayana sahaja berduaan di kedai runcit itu. Ayana sudah memulakan misi mencari daun kesum seperti yang disuruh oleh Nek Ma. Ervan pula ralit melihat permainan-permainan lama yang dijual di kedai itu.

"Dik..." Sayup-sayup kedengaran suara lelaki dari arah depan kedai.

"Yaaa..." Sahut Ervan.

"Telur sepapan berapa?" Tanya pembeli itu.

Ervan sudah cuak apabila diajukan soalan tentang harga. Aduh, Pak Cik Mail ni tak letak pula tanda harga. Ini boleh kena kompaun di bawah kes Penguatkuasaan Tanda Harga.

"Errr, telur ayam atau telur itik?"

"Telur ayam."

"Errr, telur ayam biasa atau ayam kampung?"

"Ayam biasa."

"Errr, yang tempatan atau yang import?"

"Yang tempatan."

"Yang tempatannya mahu dari yang Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

"Yang Ipoh lah..."

"Mahu yang Ipoh Barat, Timur, Utara atau Selatan?"

"Adik ni jual telur atau jual pakej pelancongan." Nada suara pembeli mulai tinggi.

Ervan menggarukan kepalanya yang tidak gatal, "Errr, saya bukan tuan kedai ni. Saya pun customer yang datang nak beli barang kat sini. Kebetulan tuan kedai pergi ke kedai sebelah dan minta saya berbual-bual dulu dengan pembeli sampai dia datang."

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now