BAB 8

16K 832 4
                                    

AYANA memasukkan pakaian terakhirnya ke dalam luggage. Selesai juga kerja mengemas pakaian dan segala barang keperluan yang akan dia bawa untuk ke Kuantan bagi menghadiri jemputan sebagai duta Primrose ke Festival Republik Gaya Ria yang akan diadakan secara besar-besaran di negeri itu.

Huda yang turut membantu duduk di birai katil dengan kaki di bawah, mengelintari sekeliling bilik yang bersepah dengan baju-baju yang dilonggok di atas karpet.

Kata Ayana, dia tiada baju untuk dipakai sepanjang outstation nanti. Huda apa lagi, terus membawa keluar segala jenis baju Ayana dari dalam almari. Ada yang baru dipakai sekali, ada juga yang belum dipakai langsung. Itu yang dikatanya tiada baju?

Benarlah, golongan wanita ini memang rumit. Nasiblah dia jenis tidak kisah tentang fesyen. Pakai sahaja apa yang ada, janji menutup aurat.

"Huda, kau sure tak nak ikut?" Soal Ayana sambil mengemas pakaian ke dalam almari semula.

Huda mengangguk laju.

"Alaaa, kenapa? Jomlah... takkan kau nak biarkan aku seorang diri?"

"Kau kan ada kru-kru yang akan jaga kau kat sana. Kau tak perlu risau, kau takkan keseorangan lah."

"Itu lain... ni aku dah banyak hari pergi event tak ada PA tau." Rungut Ayana yang sedikit sebanyak terkesan dengan ketiadaan Huda di sisi.

"Sorry Ayana, nanti aku temankan kau lagi ya? Tapi bukan sekarang lah."

"Kenapa?"

"Sebab event yang kau attend nanti mesti ada anak Puan Sri tu..."

Huda sudah maklum mengenai tentatif acara yang diberitahu oleh Ayana. Naluri hatinya dapat meneka bahawa Ervan pasti akan turut serta memandangkan mereka berdua merupakan wajah-wajah utama dalam mempromosikan koleksi baru Primrose.

"Dia tak akan ada..."

"Mana kau tahu?"

"Aku dah beri dia warning supaya jangan muncul lagi depan aku."

"Seriuslah?"

Ayana tersengih, menayang baris gigi yang teratur. "Serius, dia tak akan berani dah muncul depan aku. Lagipun, Puan Sri yang akan ke sana sendiri. So, hanya aku dan Puan Sri jer yang akan pergi. Jomlah, ikut aku..."

Ayana menggoncang bahu Huda dengan harapan Huda akan terpujuk dengan ajakannya.

"Hmmm, yelah... aku ikut. Tapi kau confirm dia tak ada?" Huda minta kepastian lagi kerana akalnya masih ragu-ragu dengan kata-kata Ayana.

"Confirm, 100 percent!" Yakin Ayana menjawab.

"Okey, kalau macam tu... aku pergi kemas barang aku jap."

Ayana mengangguk dengan senang hati. Berjaya juga pujukannya, bukan main gembira lagi Ayana menyiapkan diri sambil menyanyi-nyanyi kecil di hadapan cermin solek.

Dia sudah mengatur rancangan untuk mengajak Huda bersiar-siar selepas tamat acara di negeri itu. Bolehlah mereka merehatkan diri dan menikmati udara segar setelah penat bekerja.


***


AYANA dan Huda setia menunggu ketibaan Puan Sri Edelin bersama pemandunya yang akan mengambil mereka dan bergerak sama-sama menuju ke Kuantan.

Tidak lama kemudian, bunyi kuat pekikan enjin kereta berkuasa turbo yang berhenti betul-betul di hadapan rumah mengejutkan mereka. Ayana bangun dari sofa dan menguak sedikit pintu untuk melihat gerangan yang hadir walaupun dia sudah dapat menebak pemilik kereta itu.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now