BAB 10

18.9K 807 12
                                    

HARI kedua berada di Negeri Pahang Darul Makmur, Ayana dan Ervan tidak menang tangan melayani peminat-peminat yang masih utuh dan setia hadir untuk bertemu mereka sekaligus memeriahkan acara festival yang bakal menutup tirai lagi beberapa jam.

"Cik Ayana... apa plan kita lepas habis festival?" Tanya kru wanita yang sibuk mengemas kotak-kotak di belakang reruai.

"Tak ada plan. Kita balik KL terus." Ujar Ayana pendek.

"Alaaa, boringnya. Jomlah kita jalan-jalan dulu kat sini. Bukan selalu kita dapat peluang outstation macam ni."

Kru-kru yang lain menyokong. Mereka tahu Ayana antara individu penting yang boleh mempengaruhi Puan Sri Edelin untuk membenarkan mereka melanjutkan hari di sini. Iyalah, Ayana kan model kesayangan majikan mereka. Confirm Puan Sri Edelin akan membenarkan tanpa banyak soal.

"Betul tu, Cik Ayana. Please..."

Ayana serba salah, tiada idea untuk memberikan jawapan kerana dia tidak boleh sesuka hati membuat keputusan. Lebih-lebih lagi dia tidak mahu menganggu Puan Sri Edelin yang sedang sibuk dengan urusan peribadi.

"It's acceptable, you guys can stay for extra days here." Maklum Ervan yang menyertai mereka setelah selesai membuat panggilan kepada mummynya sebaik terdengar perbualan mereka tadi.

"Terbaiklah Encik Ervan..." Semua sudah bersorak girang.

Ervan hanya mengangguk kecil sebelum anak matanya dikalihkan memandang Ayana yang berpura-pura sibuk membantu kru-kru membuat kerja mengemas.

"Kau dah sihat ke?" Ervan berbasi-basi agar tak berada dalam suasana canggung bila mana dia menyedari Ayana seperti ingin menjauhkan diri daripadanya.

"Errr, sihat..." Jawab Ayana sepatah.

Jeda. Suasana sepi antara mereka. Masing masing diam tanpa bicara kata sehinggalah beberapa orang gadis berhenti tidak jauh dari reruai mereka setelah penat berjalan mengelilingi tapak festival.

"Weh, aku dengar cerita Ayana direbut oleh dua orang model lelaki."

"Aku pun ada dengar juga. Untungnya jadi Ayana, direbut oleh dua orang model lelaki yang handsome-handsome pula tu."

"Agak-agak Ayana akan pilih siapa ek?"

"Hmmm, susah soalan ni. Dari awal Zubayr dah suka Ayana kan? Jadi, tak mungkinlah Ayana reject Zubayr sebab lelaki lain."

"Betul tu, lagipun Ervan tu bukan siapa-siapa. Dia hanya orang ketiga dalam hubungan Ayana dan Zubayr. Aku haraplah Zubayr berjaya menangi hati Ayana."

"Tapi, fans-fans dah mula ship Ayana dan Ervan. Kau orang tahu kan tentang #forervayana yang trending tu. Aku rasa kalau Ayana dan Ervan bersama pun, sweet juga."

"Aku setuju. Ervan tu handsome betul, lebih handsome dari Zubayr. Kalau aku jadi Ayana, aku pilih Ervan. Dah lah famous, tough, tinggi, yang penting ada mix."

"Kannnn... orang ketiga pun tak apalah. Janji cukup pakej."

"Betul... betul... betul... #forervayana selamanya." Mereka semua ketawa lalu meneruskan perjalanan.

Ayana terpaksa menadah telinga mendengar perbualan mereka. Bibir bawah digigit perlahan. Dia pasti, bukan dia seorang sahaja yang mendengar, ada insan lain yang turut mendengar perbualan itu.

Terus kepala ditoleh memandang Ervan yang tidak jauh darinya. Ervan kelihatan seperti tidak terkesan dengan gossip-gossip yang mulai bertebaran mengenai mereka. Jauh di lubuk hati Ayana, dia rasa bersalah kerana menyebabkan nama lelaki itu terpalit dalam cerita karut ini.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now