PUAS mengelilingi jambatan titi di pantai, Ayana mengatur langkah untuk melihat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Seronok dia dapat mencuci mata sambil membeli beberapa bentuk keychain sebagai kenang-kenangan.
Tangan Ayana kemudian meraba-raba bahagian dalam tas tangannya untuk mengambil telefon pintar setelah puas berjalan. Dia ingin menempah e-hailing untuk pulang ke hotel memandangkan hari sudah gelap.
Tiba-tiba tangannya naik menepuk dahi.
'Aduh, telefon aku...'
Dia baru teringat telefonnya diserahkan kepada Helmi. Ayana segera melajukan langkah untuk ke kawasan parkir. Dia mencari-cari kereta Helmi namun kawasan parkir telah pun lenggang.
'Alamak, Helmi dah balik ke?'
Ayana menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum di hembus perlahan. Dia perlu kekal tenang, tidak boleh panik. Masih ada altenatif lain yang dia boleh gunakan.
Ayana berjalan kaki menuju ke jalan utama. Namun, langkah diperlahankan apabila gerak-gerinya seperti diekori oleh seseorang. Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan, cuba melihat jika ada sesiapa yang mengikutinya.
'Perasaan aje kut.'
Ayana mempercepatkan langkah, tidak mahu terlepas teksi. Akan tetapi, langkahnya lagi sekali terhenti apabila mendengar namanya sayup-sayup dipanggil dari arah belakang. Dia menoleh mencari empunya suara yang memanggilnya, kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap dan memakai topi menghampirinya.
"Ayana..." Nama Ayana diseru kali kedua.
Ayana cuba mengamati wajah yang terselindung di sebalik topi yang dipakai oleh pemuda itu. Namun, suasana yang gelap menghalang Ayana untuk melihat wajah itu dengan jelas.
"Seorang aje ke?" Soal pemuda itu.
Pertanyaan pemuda itu bagai angin lalu. Bulu romanya sudah naik meremang apabila menyedari hanya mereka berdua sahaja di kawasan itu. Perasaan takut mula menjelma apabila berita-berita mengenai kes samun, rogol dan bunuh bermain di kepalanya.
"Janganlah takut. I takkan buat apa-apa pada you lah." Ujar pemuda itu seraya menarik topi di kepala.
"Zubayr? Awak buat apa dekat sini?" Soal Ayana hairan.
"Saja, I datang nak jumpa you. Tapi tak sangka pula you terhegeh-hegeh lagi nak cari model international kerek tu lepas apa yang jadi pada you."
"Apa maksud awak?"
"Ayana... Ayana... stop being so naive. You ni tak nampak lagi ke, habis madu sepah dibuang? You dah gadaikan maruah you dengan tidur bersama dia, end up you diabaikan macam tu aje. Shame on you, Ayana."
Degupan jantung Ayana berombak laju mendengar kata-kata yang dilontar oleh Zubayr yang masih tidak serik-serik ingin menabur fitnah terhadap mereka.
"Awak patut bersyukur, Ervan tak tumbuk muka awak sampai pecah. Instead of, dia cuma beri awak warning. Tapi, manusia yang tak reti bersyukur macam awak ni memang suka burukkan orang. Apa masalah awak ya, Zubayr?" Sudah tiba masanya untuk Ayana bersuara dari terlalu memberi muka kepada Zubayr.
"Kalau awak ada masalah dengan saya, it just between us. Tak perlu nak heret orang lain dalam hal ni. Plus, Ervan tak pernah cari pasal dengan awak, so awak boleh stop all the nonsenses right here. Tak perlu nak reka cerita untuk dapatkan publisiti murahan macam ni since saya dan Ervan tak pernah ada affair. Kami hanya rakan sekerja, tak lebih dari tu. Apa yang awak lihat dan katakan tu semua fitnah. Ervan tak pernah ambil kesempatan ke atas saya dan saya tak akan sesekali menggadaikan maruah saya untuk lelaki." Jelas Ayana tegas.
YOU ARE READING
My Role Model [TERBIT]
RomancePertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh...