BAB 18

18.3K 873 44
                                    


AYANA memarkirkan kereta di ruang parkir khas wanita di sebuah shopping kompleks. Sempat dia mencalit gincu pada bibirnya sebelum melangkah keluar dari kereta supaya wajahnya tampak tidak lesu.

Ervan ini pun satu hal, bukannya nak susun perjumpaan hari lain. Malam ini juga dia bantai untuk ajak jumpa tanpa fikir kepenatan yang ditanggung Ayana tika ini. Self-centered betul Ervan ni.

"Hello bakal isteri..." Tutur Ervan di hujung talian.

"Jangan mengarutlah. Awak kat mana ni? Dah sampai ke belum?" Melilau mata Ayana mencari kelibat Ervan yang belum kelihatan di ruang legar mall.

"Amboi dah tak sabar nak jumpa aku ke?" Kedengaran Ervan ketawa kecil. "Aku kat hati kau lah..."

"Saya tanya betul-betul ni. Awak dekat mana sekarang?" Tipis sangat kesabarannya diuji oleh perangai Ervan yang suka bergurau tidak kira masa.

"I'm on my way now."

Ayana mengeluh dengan sikap ambil lewa Ervan walhal lelaki itu sendiri yang memintanya untuk hadir tepat pukul 8 malam. Eh, tup-tup... diri sendiri yang lambat. Cakap tak serupa bikin punya orang!

"Aku rasa aku sesatlah..." Suara Ervan kedengaran di talian.

"Sesat? Sesat dekat mana?" Prihatin Ayana bertanya. Fikirnya, Ervan mungkin belum biasa dengan direktori mall di sini. Maklumlah, dah lama tak balik Malaysia.

"Aku tak sure aku dekat mana. Kejap, aku ada nampak seorang perempuan cantik, aku tanya dia dulu..."

Ayana mencebikkan bibir. Kalau dah namanya lelaki, gatal tu tak boleh nak sorok dah. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah jadi ulat bulu naik daun.

"Excuse me, tumpang tanya. Boleh I tahu arah menuju kebahagiaan bersama bakal isteri I?"

Ayana berpusing apabila dirinya ditegur seseorang dari arah belakang. Bukan main berkerut dahinya memandang wajah lelaki yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Ervan?"

"Ya, bakal isteriku? Terkejut ke nampak I? Kut ye pun terkejut, jawablah dulu soalan tu. Kang nanti I sesat lagi."

Ayana mengetap gigi menahan sabar apabila dirinya sekali lagi dipermainkan oleh Ervan.

"Huhhh, main-main lagi!" Ayana memukul lengan Ervan yang segak memakai jaket kulit warna coklat gelap dengan tas tangannya. Segala rasa marah dan geram yang berbuku dalam hatinya dilepaskan kepada Ervan. Lantak lah kalau lengan itu lebam gara-gara dipukulnya

"Aduh... duh... garangnya. Sakitlah..." Ervan menggosok lengannya yang terasa pijar kerana pukulan Ayana. Walaupun berlapik dengan jaket kulit, sekali hinggap tujuh hari tujuh malam tak hilang bisanya.

"Tahu pun. Nak main-main lagi?" Naik seoktaf nada Ayana.

Seperti kanak-kanak kecil yang dimarahi ibu, Ervan laju menggeleng. Lebih baik dia diam dan jangan menjawab kalau tak nak lengan sebelah pula yang berbirat.

Ni mana Effie?" Tanya Ayana sebaik menyedari hanya mereka berdua sahaja di situ.

Ervan mati kutu untuk menjawab kerana dia terlalu teruja bersiap dan keluar tadi tanpa mengajak Effie bersama. Kalau Effie tahu, confirm merajuk budak kecil itu.

'Maafkan Pak Ngah, Effie...'

Tapi, apa dia nak kelentong kepada Ayana ya?

"Effie demam." Idea paling bernas dia dapat fikirkan saat ini.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now