SUARA Puan Sri Edelin yang mengetuai sesi perbincangan menggamatkan suasana yang hening di bilik mesyuarat itu. Masing-masing memberi perhatian penuh pada penerangan projek yang bakal dilancarkan pada bulan depan.
"Sorry, I'm late." Ujar Ervan yang baru muncul di bilik mesyuarat dan melabuhkan punggung di kerusi bahagian hadapan. Dia terlewat gara-gara menukar pakaian yang terkena simbahan air coklat dari Ayana.
"It's okay, but please be punctual. I don't like late comers." Tegur Puan Sri Edelin sebelum menyambung perbincangannya yang terhenti.
Ayana sudah tersenyum sumbing sambil menjelirkan sedikit lidahnya kepada Ervan.
Ervan pula menggenggam kuat tangannya menahan geram, cuba dikawal kemarahannya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Ayana. Kalau tidak kerana mesyuarat, mahu sahaja dia sembur wanita itu habis-habisan.
"Baiklah, kita akan mulakan kempen photoshoot pada minggu hadapan. Model-model yang akan menghiasi kempen utama photoshoot nanti adalah Ayana dan Ervan."
Pfffttt... Ayana yang sedang meneguk minuman serta-merta tersembur minuman keluar dari mulut. Hampir sahaja dia tersedak mendengar namanya disebut bersama nama lelaki itu.
"Ayana? Who is she?" Ervan laju bertanya tanpa menghirau keadaan Ayana yang masih terbatuk-batuk.
"Ini Ayana. Qaseh Nur Ayana. Our one and only, Primrose sweetheart." Puan Sri Edelin memperkenalkan Ayana kepada Ervan.
"Ha? Bukan ke dia bekas tea lady? Sejak bila dia jadi model pula?" Tanpa lapik Ervan bertanya lagi.
'Pakkkk.'
Ayana menendang kaki Ervan di bawah meja. "Aduh..."
Ervan meringis sakit lalu mengusap-ngusap betisnya sendiri. Licik sungguh Ayana, bijak mengambil peluang untuk mengenakan dirinya di hadapan orang ramai.
"Kenapa Ervan? Are you okay?" Puan Sri Edelin menyoal.
"Errr— I'm okay." Jawab Ervan ringkas.
"Okay, good. Berbalik kepada soalan tadi, Ayana adalah model rasmi merangkap duta utama di butik Primrose. Any campaign handled by Primrose; she is the face of the campaign." Beritahu Puan Sri Edelin. "Apart from that, dia boleh jadi tea lady juga. Ayana serba-boleh. Air yang dia bancuh, kalau minum tak cukup satu cawan."
Seluruh ahli di bilik itu sudah ketawa mendengar Puan Sri Edelin berseloroh.
Ervan pula terdiam seketika. Mahu sahaja dia menjawab, memang tidak cukup satu cawan pun, belum habis diminum, dia sudah basah lencun.
"Baiklah, perbincangan akan bersambung nanti. So far, kita follow flow yang ada dalam senarai ni." Mesyuarat tersebut berakhir setelah berlangsung selama dua jam setengah. Semua ahli penggiat industri fesyen mula meninggalkan bilik mesyuarat.
Ayana menahan Puan Sri Edelin.
"Ya, Ayana. Kenapa?"
"Puan Sri... boleh ke saya nak tarik diri dari campaign ni?" Usul Ayana.
"Eh, tarik diri? Kamu ada masalah dengan campaign ni ke?" Tanya Puan Sri Edelin prihatin.
Ayana cuba mencari ayat sesuai untuk menyatakan alasan tidak menyertai projek itu.
"Sebenarnya Puan Sri, saya tak bergambar dengan lelaki. Lagi-lagi lelaki yang saya tak kenal. Saya tak naklah disebabkan rasa kekok, saya tak dapat berikan yang terbaik."
Sepanjang perjalanan karier Ayana sebagai seorang model muslimah, dia tidak pernah dipadankan dengan mana-mana model lelaki. Hal ini kerana, dia berpegang teguh pada prinsipnya untuk tidak bergambar berduaan dengan lelaki.
YOU ARE READING
My Role Model [TERBIT]
RomancePertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh...