TIGA hari selepas sesi penggambaran berlalu, Ayana dan Ervan lagi sekali diminta untuk bergandingan di pentas peragaan bagi pertunjukan koleksi rekaan pakaian baru Primrose kepada penggiat industri fesyen dan peminat-peminat fesyen tempatan yang diadakan di sebuah hotel.Ayana dan Ervan didandan di bilik yang berasingan. Satu jam lebih bersiap, mereka di minta untuk ke belakang pentas memandangkan acara pertunjukan fesyen akan bermula dalam beberapa minit lagi.
Ayana mengeluh apabila dirinya sukar untuk menyarungkan kasut tumit tinggi di kaki memandangkan petticoat di sebalik gaun yang tersarung di tubuhnya tebal dan kembang. Nak minta tolong orang lain, hanya dia sahaja di bilik solekan kerana semua kru-kru sudah bergerak ke dewan utama iaitu tempat pertunjukan fesyen diadakan.
Huda pula awal-awal lagi menolak untuk mengikuti dia ke acara pertunjukan fesyen hari ini. Sahabatnya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Ervan dan Helmi. Kata Huda, dirinya masih dikuasai rasa malu.
'Tuk... tuk...'
Cahaya matanya cerah apabila ketukan di pintu kedengaran bertalu-talu menandakan ada seseorang di luar bilik solekan. Pasti kru-kru yang datang untuk memeriksa dirinya yang masih belum keluar dari bilik tersebut.
Pintu bilik di buka, dan ternyata bukan kru-kru yang berada di muka pintu, tetapi musuh yang baru diiktiraf, Ervan.
"Nak tunggu pintu ni roboh dulu baru reti nak buka pintu ke?" Tanpa salam diberikan, Ervan berkata sinis.
Ayana sudah menayangkan wajah cemberut melihat kehadiran yang tidak diundang dari Ervan. Laju sahaja tangannya ingin menolak pintu supaya dia tidak perlu melihat wajah lelaki itu lagi namun pantas ditahan oleh Ervan.
"Nak apa?" Ayana bernada tinggi.
"Nak kau..." Jawab Ervan bersahaja.
Terjengil biji mata Ayana kerana kurang selesa dengan jawapan Ervan.
"Nak saya untuk apa?"
"Untuk kerjalah! Jangan nak fikir bukan-bukan. Cepat sikit keluar, fashion show dah nak start, jangan delay. Lambat mula, lambat pula kerja ni habis." Beritahu Ervan berura-ura hendak beredar dari situ.
"Errr... kejap." Ayana cuba untuk menyarungkan kasut tumit tingginya semula.
Ervan berhenti dari terus melangkah. Sekilas pandangan ditoleh ke belakang, memerhati Ayana yang masih menunduk ke lantai. Dia menghampiri Ayana.
"Kau ni memang suka berkaki ayam ke?" Ervan menyelak gaun sehingga ke paras buku lali. Kaki Ayana yang mengenakan stokin muslimah dipegang kejap.
"Saya boleh buat sendiri lah." Halang Ayana cuba menyeimbangkan badan dengan berpaut pada tombol pintu.
"Kalau boleh buat sendiri, kenapa dari tadi kau tak buat? Saja nak buang masa aku untuk tunggu kau lagi?"
Ervan sedikit berang apabila dia terpaksa berpatah balik dari dewan utama ke bilik solekan atas arahan Puan Sri Edelin yang meminta dirinya untuk mencari keberadaan Ayana. Sepanjang perjanannya tadi, mulutnya tidak habis-habis merungut tentang Ayana yang selalu menyusahkan hidupnya.
Namun, dalam rasa marahnya terhadap Ayana, sempat tangannya mencapai heel cushion yang terletak di atas meja solek lalu dilekatkan di bahagian dalam belakang kasut tinggi Ayana.
"Errr... kenapa awak lekatkan heel cushion tu?" Tanya Ayana yang terkedu dengan tindakan spontan Ervan.
"Malulah kalau model partner aku ni asyik nak berkaki ayam jer, boleh jatuh kredibiliti aku bila berjalan dengan kau. Remember Ayana, jangan nak jatuhkan air muka aku. Kalau kau melecet lagi, siaplah kau." Keras Ervan memberi peringatan.
YOU ARE READING
My Role Model [TERBIT]
RomancePertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh...