BAB 5

19.8K 765 17
                                    

MELILAU anak mata Huda mencari kelibat Ayana yang belum keluar dari hotel. Sudah hampir setengah jam dia menunggu di lobi utama memandangkan keadaan di dalam hotel agak sesak dengan kehadiran penggiat industri fesyen yang sedang sibuk membuat persiapan sempena majlis pelancaran koleksi baru nanti.

Huda duduk di anak tangga. Melangguk-langguk wajahnya mengendahkan keadaan sekeliling apabila orang ramai yang melihat keadaan dirinya sudah saling berbisik. Pasti mereka mengatakan dirinya tidak ubah seperti pengemis.

'Dia orang tak tahu ke aku ni kawan baik kepada model terkenal?'

Huda mencebik mengenangkan masyarakat kini mudah betul menilai seseorang hanya dari luaran. Mentang-mentanglah dia hanya mengenakan penampilah lusuh dan tudung sarung sahaja, terus dijeling dirinya 360 darjah. Dasyat betul.

Namun, riak wajah Huda berubah tatkala terpandang seorang lelaki yang segak sedang berjalan keluar dari hotel itu. Huda bingkas berdiri dan mengatur langkah menuju ke arah lelaki yang sedang ralit bercakap di telefon.

"Haiiii..." Sapa Huda tiba-tiba.

Sekilas lelaki itu menjatuhkan pandangan kepada Huda sebelum telefon di simpan ke dalam poket seluar.

"Ingat saya lagi tak?" Tanya Huda dengan sengihan lebar di bibir.

"Errr... awak siapa ya?" Lelaki itu berkerut dahi cuba mengingati wajah wanita di hadapannya.

"Saya yang minta sign awak di butik Primrose minggu lepas."

"Oh, ya... ya... saya ingat dah." Terangguk-angguk kepala lelaki itu sebelum menyambung pertanyaan. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?"

"Ada, bantu saya untuk mengenali awak secara mendalam." Balas Huda spontan. "By the way, nama saya Huda. Nama awak?"

Terpempan lelaki itu dengan pickupline yang baru didengari. "Saya Helmi..."

"Wah, initial nama kita sama lah, H. Macam berjodoh pula kita ni, #HelmilikHuda."

"Apa tu?"

"Our wedding hashtag."

Helmi yang buntu untuk memberikan reaksi hanya menggarukan kepala yang tidak gatal. Hati kecilnya berbisik dengan keberanian Huda yang tampak tidak malu langsung bergurau senda dengan orang yang tidak dikenali.

"Ala, chill lah. Jangan serius sangat." Ucap Huda saat melihat wajah Helmi sudah berona merah. Malu-malu kucing pula. "Saya melawak jer, tak salah pun kan? Atau awak tak suka peminat awak bergurau macam ni?"

"Peminat?

"Ya, saya peminat awak. Saya start minat awak bila saya tahu awak model yang peramah dan tak lokek dengan senyuman walaupun ramai yang cakap awak sombong."

"Model? Err, saya rasa awak dah salah faham. Saya bukan model..."

"Ala, awak ni. Merendah diri pula... saya tahulah awak model international yang famous amos di luar sana tu." Kagum Huda dengan keperibadian lelaki di hadapannya. Langsung tidak berlagak dengan status yang dimiliki.

Dengan ini, dia memutuskan untuk menjadi peminat nombor satu lelaki itu.

Helmi yang baru ingin membuka mulut dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Huda terbantut apabila Ervan datang menghampiri mereka.

"Bro, mana kereta?" Tanya Ervan sambil bercekak pinggang.

Helmi hampir sahaja terlupa niat dia keluar awal dari hotel adalah untuk memanaskan enjin kereta dan menunggu Ervan di hadapan lobi hotel.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now