ERVAN memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah kayu. Dia menggeliat kecil melegakan urat darah yang terasa lenguh kerana memandu selama lima jam dari Kuantan ke Melaka tanpa henti setelah check out dari hotel penginapan.Ayana di kerusi bahagian penumpang dijeling sekilas. Wanita itu sudah lena dibuai mimpi sebaik tayar kereta mulai bergolek. Kalau dia jual Ayana di Siam pun, belum tentu Ayana akan sedar.
"Ayana..." Panggil Ervan perlahan.
"Kita dah sampai ke?" Tanya Ayana mamai.
"Dah, kita dah sampai." Seronok jadi
penumpang, bangun-bangun aje dah sampai.Ayana melihat sekeliling. Kenapa nampak lain aje tempat mereka berhenti ni?
"Kita kat mana ni?"
"Melaka..."
"Kita nak buat apa dekat Melaka?"
"Alang-alang kau pun dah buat peta dunia pada kerusi kereta aku, so kita jalan-jalan pusing peta kau."
Ayana laju memandang ke arah kerusi kereta yang dia duduk. Dia ingin lihat adakah Ervan bercakap benar tentang dia membuat peta pada kerusi kereta itu. Peta di sini maksudnya, air liur basi meleleh.
Mahu sahaja dia hantuk kepala Ervan ke cermin tingkap kereta apabila dia menyedari bahawa dirinya hanya dipermainkan oleh lelaki itu. Tak guna punya Ervan. Peta dunia ya? Jangan sampai Ervan yang ditendang ke hujung dunia!
"Jangan main-mainlah. Beritahu kita dekat mana?" Desak Ayana.
"Nanti kau akan tahulah." Balas Ervan seraya menolak pintu kereta dan meninggalkan Ayana dengan tanda soal terpancar di wajah.
Ayana hendak menangis mengenangkan dirinya akan diperlakukan dengan sesuatu yang tidak senonoh lagi oleh lelaki. Adakah Ervan turut mempunyai niat serong terhadapnya?
Namun, belum sempat air mata jatuh ke pipi, Ayana dikejutkan dengan ketukan di cermin tingkap kereta di sebelahnya oleh seorang wanita tua. Terkulat-kulat Ayana keluar dari perut kereta."Assalamualaikum, ini ke Ayana yang kamu ceritakan tu?" Sapa wanita tua yang berpakaian kurung kedah.
Tersipu-sipu Ayana menghulurkan tangan untuk bersalaman, "Waalaikumussalam... errr ya saya, Ayana."
"Cantik manis orangnya, sesuai dengan namanya..." Puji wanita tua itu.
"Terima kasih errr..."
"Nek Ma, panggil Nek Ma..."
"Baiklah Nek Ma..."
"Eh, jemputlah naik dulu ke rumah Nek Ma. Maaflah, rumah Nek Ma ni rumah kampung aje." Pelawa Nek Ma lalu meninggalkan pasangan itu.
Ayana terus memandang Ervan di sebelah."Kau naiklah dulu. Aku nak angkat barang kejap." Arah Ervan sebelum beredar ke bonet kereta.
Ayana yang ditinggalkan seorang diri membawa langkah menghampiri anak tangga rumah kayu moden yang berkeluasan 60 kaki persegi."Ayana, kamu okey ke?" Puan Sri Edelin menerpa dan mendakap tubuh Ayana sebaik model kesayangannya muncul di muka pintu.
"Saya okey Puan Sri..."
"Alhamdulillah, risau sungguh saya bila Ervan beritahu apa yang jadi pada kamu. Nasiblah kamu tak apa-apa..." Puan Sri Edelin menarik nafas lega apabila dapat melihat keadaan Ayana sendiri di depan mata.
Jantungnya hampir tercabut saat menerima panggilan telefon dari anak lelakinya yang mengkhabarkan tentang Ayana dan Zubayr.
"Saya dah sediakan bilik untuk kamu. Mari saya tunjukkan." Puan Sri Edelin membawa Ayana menuju ke sebuah bilik berdekatan di ruang tamu.
YOU ARE READING
My Role Model [TERBIT]
RomancePertemuan yang tidak disengajakan telah mencetuskan pergaduhan di antara model muslimah terkenal dan model lelaki antarabangsa yang berdarah kacukan Scotland. Pantang berjumpa, ada sahaja usul yang hendak digaduhkan. "Apa pandang-pandang?" - Qaseh...