BAB 12

19.1K 893 42
                                    



AYANA terjaga dari tidur yang panjang. Terpisat-pisat dia memandang keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan orang ramai, termasuklah beberapa orang jururawat yang berada di sisi katilnya.

"Cik Ayana dah bangun?" Seorang doktor wanita berjalan menghampirinya bersama dengan sebuah senyuman. Lega apabila pesakitnya sudah sedar dari tidur.

"Errr... dah. Kenapa dengan saya?"

"Cik Ayana demam panas." Beritahu doktor. "Tapi, Cik Ayana jangan risau. Saya dah beri injection acetaminophen  untuk turunkan suhu badan."

Patutlah Ayana merasakan seluruh tubuhnya lemah dan tidak bermaya. Dia dilanda demam panas rupa-rupanya. Haih, baru je baik dari senggugut, sakit lain pula yang datang.

"Cik Ayana rehatlah dulu. Saya akan minta nurse untuk monitor keadaan Cik Ayana. Apa-apa yang buat Cik Ayana tak selesa, Cik Ayana boleh beritahu kepada nurse. Saya minta diri dulu. Get well soon, Cik Ayana."

Ayana menghantar pandangan sehingga bayangan doktor tidak kelihatan di luar biliknya.

"Apa yang berlaku?" Soal Ayana kepada kru wanita yang berdiri di penjuru katil. Dia hairan melihat pengawal keselamatan turut berada di hadapan biliknya.

"Cik Ayana tak ingat apa-apa?"

Ayana cuba mengingat kembali, kali terakhir sebelum dia jatuh pengsan adalah ketika dia berhadapan dengan Ervan, lebih spesifiknya, Ervan duduk bertinggung dan memohon kemaafan daripadanya. Tetapi, di mana Ervan?

"Cik Ayana cari Encik Ervan ke?"

Ayana mengangguk kecil.

"Encik Ervan ada di balai polis, selesaikan hal reman Encik Zubayr."

Mendengarkan satu nama itu, tubuh Ayana tiba-tiba kembali menggigil.

"Cik Ayana okey?"

"Errr... okey... okey. Saya okey." Ayana cuba menyembunyikan ketakutannya.

"Cik Ayana jangan risau. Encik Zubayr tak akan apa-apakan Encik Ayana lagi dah. Cik Ayana selamat di sini, tengok tu... Encik Ervan dah minta pengawal keselamatan untuk jagakan Cik Ayana di sini."

Oh, rancangan Ervan sebenarnya. Baru sahaja dia ingin bertanya lanjut, matanya terasa memberat. Semakin lama semakin kabur sehinggalah dia kembali tertidur. Kesan ubat dari suntikan membuatkan dia jadi mengantuk.


***

PARA media menggerumuni Ervan sebaik model lelaki itu melangkah keluar dari balai polis. Mereka ingin membuat liputan mengenai kejadian yang kecoh menimpa Ayana dan Zubayr. Kontroversi hangat seperti ini tidak akan dilepaskan oleh pihak media untuk menjadi pihak terawal dalam mengumpul dan menyebarkan berita kepada netizen.

"Boleh jelaskan situasi sebenar?"

"Betul ke Zubayr berniat jahat terhadap Ayana?"

"Adakah Zubayr akan dijatuhi hukuman?"

Soalan-soalan dari wartawan tidak dijawab oleh Ervan sebaliknya dia hanya berjalan terus menuju ke kereta yang sedang menunggunya di hadapan balai polis sambil diikuti oleh saksi-saksi kejadian yang dia bawa untuk hadir bersama.

"Selesai dah?" Tanya Helmi di bahagian pemandu.

"So far, semua keterangan dah diberi. Tunggu keputusan dari mahkamah je lah nanti." Ervan menyandarkan kepala ke kerusi. Rasa seram sejuk semacam badannya. Dari pagi tadi lagi dia sudah rasa tidak sedap badan gara-gara dirinya yang tidak cukup tidur kerana risaukan Ayana.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now