BAB 15

17.9K 764 50
                                    


KELUHAN besar dilepaskan oleh Ayana setelah dia membaca artikel-artikel berkenaan dirinya yang tular di media sosial.

'Zubayr direman cubaan mencabul model muslimah terkenal, Ayana.'

Belum sempat dia mengeluarkan kenyataan rasmi, berita mengenai dirinya dan Zubayr sudah tersebar. Cepat betul ahli media buat kerja sehingga enjin carian internet dipenuhi dengan namanya.

Lanjutan daripada itu, telefonnya tanpa henti menerima panggilan daripada teman terdekat untuk bertanyakan keadaan dirinya. Ayana belum bersedia untuk membuka mulut berkenaan isu tersebut. Biarlah undang-undang yang mengadili dan menjatuhkan hukuman kepada Zubayr.

"Aunty Ayana..."

Ayana mengangkat muka ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka.

"Boleh Effie masuk?"

"Boleh, masuklah Effie..."

Ayana mendepakan tangan kepada Effie. Laju sahaja kanak-kanak itu berlari dan memeluk Ayana.

"Effie dah sihat ke?" Tanya Ayana sambil menekap tangan ke dahi Effie.

Sejak dia tiba di kampung kelmari, dia belum bertemu Effie kerana Elana mengkhabarkan Effie kurang sihat. Musim demam barangkali, ramai pula yang demam.

"Dah, Effie dah sihat." Balas Effie penuh bertenaga. "Aunty Ayana... jom kita keluar jalan-jalan nak tak?"

"Jalan-jalan ke mana Effie?"

"Kita pergi ke kolam ikan Tok Pa!"

"Kolam ikan? Nak buat apa Effie?"

"Nak memancinglah... Effie dah lama tak memancing. Tadi Tok Pa cakap Aunty Ayana nak memasak ikan kan? Haaa, bolehlah Aunty Ayana join memancing sekali. Jomlah aunty..."
Lengan Ayana digoncang perlahan.

"Apa aunty dapat kalau aunty ikut cakap Effie?" Ayana sengaja main tarik tali. Nak juga dia melihat usaha Effie memujuknya. Mengada kan?

"Aunty dapat ikan... haa dapat ikan banyak-banyak..." Bersungguh-sungguh Effie menunjukkan gaya bulatan besar dengan tangannya.

"Hmmm..." Ayana buat-buat berfikir.

"Please aunty... ikutlah Effie pergi memancing..." Mata dikerdipkan beberapa kali. Comel sungguh wajah Effie kala ini.

"Yelah... yelah... aunty ikut." Jawapan Ayana membuatkan Effie bersorak girang.

"Yeayyyy!!! Effie tunggu di luar tau." Effie berlari anak meninggalkan bilik tidur Ayana kerana ingin memberitahu kepada Tok Pa bahawa Ayana akan ikut mereka. Seronok betul Effie bila aunty kesayangannya sudi melayan kehendaknya.

***

AYANA melangkah keluar dari bilik setelah menukar pakaian. Nasiblah dia ada membawa pakaian kasual bersama. Tak adalah dia segan asyik nak meminjam baju daripada Emyra dan Nek Ma.

"Eh, Pak Ngah ikut sekali?" Suara Effie kedengaran apabila melihat Ervan berjalan di belakang Ayana sambil membetulkan bucket hat di kepala.

"Yelah, Pak Ngah ikut. Kenapa? Pakngah tak boleh ikut ke?"

"Mestilah boleh! Effie lagi suka kalau Pak Ngah ada sekali. Ramai-ramai baru best!"

Ayana sudah terasa berat hati untuk pergi. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin berada dekat dengan Ervan. Otaknya sudah overthinking, risau jika dirinya dicop ingin menyusahkan lelaki itu lagi.

Patut ke dia tarik diri eh? Ayana melihat tangannya dipaut erat oleh Effie. Peluang nipis kalau nak tarik diri ni.

"Jomlah kita gerak sekarang." Ajak Tok Pa yang sudah memegang joran di tangan.

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now