Bab 2

22.8K 926 31
                                    


MINYAK wangi disembur sedikit di pergelangan tangan sebelum Ayana merapikan penampilannya di hadapan cermin solek. Gaya kasual menjadi pilihannya di hujung minggu dengan mengenakan kemeja berjalur merah jambu dan dipadankan bersama denim jeans jenis straight cut dan tudung bawal diikat kemas dengan stail reben di dada.

"Weh, Aya... boleh tunggu kejap tak? Aku sakit perutlah." Wajah berkerut Huda terpancul di hadapan pintu bilik.

Sekilas Ayana mengerling jam di pergelangan tangan, masih awal.

"Boleh..."

Hari ini dia akan ditemani Huda untuk ke perjumpaan projek baru di butik Primrose. Sudah menjadi tugas Huda untuk menjadi pembantu peribadi kepada sahabatnya jika dia tiada kerja di hujung minggu.

"Okey, bagi aku lima minit." Huda segera ke bilik air.

Ayana sudah seperti cacing kepanasan menunggu Huda. Sudah lebih lima belas minit dia berikan, bayang Huda tidak muncul juga. Boleh rosak rekod punctuality dia kalau lambat ni.

"Huda, lama lagi ke?" Jerit Ayana kuat.

Pintu bilik air terkuak dari dalam. Huda keluar dari bilik air dengan wajah lega.

"Dah, sorry lama tunggu. Banyak pula aku membuang pagi ni." Huda tersengih seperti kerang busuk.

"Eeee... selekeh lah kau ni." Ayana menggerakkan bahunya geli-geleman, "Jomlah, kita gerak sekarang."

Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta. Huda menawarkan diri untuk memandu kereta Mercedes-AMG A45 milik Ayana. Pedal minyak ditekan laju membolosi lebuh raya yang pesat walaupun sudah melepasi waktu kemuncak.

Ayana turun dulu dari kereta sementara Huda memarkirkan kereta di kotak parkir yang dikhaskan untuk duta butik Primrose.

"Morning Cik Ayana..." Sapa staf-staf ketika melihat Ayana berjalan masuk ke dalam butik.

"Morning... Puan Sri dah sampai ke?" Tanya Ayana risau.

"Belum, Puan Sri mungkin lambat sikit hari ni." Jawab salah seorang staf. "Puan Sri minta Cik Ayana untuk tunggu di bilik mesyuarat."

Ayana mengangguk faham. Nasib baik dia sampai dulu sebelum pengasas butik itu menunggu kehadirannya lagi.

"Oh ya, Cik Ayana... saya nak maklumkan di bilik mesyuarat tu ada beberapa agensi yang akan terlibat dengan perjumpaan hari ni juga."

Patutlah dari luar tadi dia melihat ada beberapa buah van agensi. Rupanya, perjumpaan yang akan berlangsung nanti melibatkan agensi model luar.

Ayana terus memasuki perut lif untuk ke tingkat lima. Sementara Huda pula cepat-cepat berlari untuk singgah ke tandas di tingkat bawah setelah memarkirkan kereta.

"Ah, leganya..."

Huda yang masih duduk di mangkuk tandas menadah telinga mendengar perbualan tiga orang pekerja wanita yang rancak berborak di tandas tersebut.

"Kau dah jumpa ke model handsome yang akan kolaborasi dengan butik kita?"

"Dah, baru tadi aku terserempak dengan dia. Tapi, kerek betul ek model tu? Langsung tak bagi senyuman."

"Ala, biasalah tu. Nama pun model international. Siapalah kita untuk dia bagi senyuman?"

Terangguk-angguk kepala Huda tanda menyetujui dengan kenyataan itu, seolah-olah dia turut berada dalam perbualan mereka.

"Tapi kan, kau orang tahu ke nama model tu?"

"Rasanya aku tahu, aku pernah baca tentang dia di Internet, kejap... nama dia... emmm... nama dia..."

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now