BAB 14

19.5K 806 30
                                    



LEMBAP udara pagi dihirup perlahan oleh Ervan yang duduk di pangkin. Dia baru sahaja selesai mandi. Sepasang mata kelabu miliknya merayap-rayap ke segenap halaman rumah yang luas dipenuhi dengan pepohon merendang. Dedaun kering memenuhi halaman rumah. Bunga-bunga lalang meliuk lentok ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Ervan merasai kesegaran dan kesejukkan yang menenangkan dirinya.

"Jauh cucu Tok Pa ni termenung..." Tok Pa yang baru pulang dari masjid melabuhkan punggung di sebelah Ervan. "Apa yang dimenungkan tu Erv?"

"Tak ada papelah Tok Pa. Erv teringat kenangan waktu kecil-kecil dulu. Rindu zaman bermain dekat depan sana tu." Ervan ketawa kecil mengimbau memori sewaktu dia bergelar kanak-kanak ribena yang riang dulu.

"Kamu pun dah jarang pulang ke rumah Tok Pa." Suara Tok Pa kedengaran berjauh hati.

"Erv bukan tak nak pulang Tok Pa. Jadual kerja Erv yang tak mengizinkan." Jelas Ervan.

"Itulah, sibuk benor kamu ni. Dah lah kamu kerja pun jauh. Susah Tok Pa nak jumpa kamu. Tok Pa cuma boleh jumpa kamu bila ada majlis macam ni je. Itupun kalau kamu ada. Kalau tak ada, entah bila pula Tok Pa boleh jumpa kamu..." Luah Tok Pa yang sedikit terkesan dengan ketiadaan cucunya setiap kali acara keluarga diadakan.

Boleh dikira dengan jari berapa kali mereka berjumpa dalam setahun. Kadang-kala, mereka perlu membuat appointment dua bulan awal jika hendak berjumpa dengan Ervan.
Fikirnya, setelah dia pulang dari Scotland dan menetap di Melaka, dapatlah dia meluangkan masa lebih banyak bersama cucu-cucunya. Tetapi, cucu-cucunya pula sibuk dengan urusan masing-masing.

Bila semakin membesar ni, cucu-cucunya makin jauh. Masa terasa sangat laju, dia merindui keletah mereka semasa kecil. Cucu-cucu yang dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah dewasa dan ada haluan hidup sendiri.

"Erv minta maaf Tok Pa..." Ervan kehabisan kata untuk membalas. Bukannya dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tok Pa. Dia sangat memahami, cuma dia tidak tahu bagaimana hendak puaskan hati Tok Pa.

"Kamu tak perlulah minta maaf, Erv. Kamu tak ada salah pun dengan Tok Pa, Tok Pa tak minta lebih pun... Tok Pa hanya nak kamu..."

"Apa dia Tok Pa?"

Tok Pa melemparkan pandangan jauh ke langit yang mulai cerah dengan pancaran suria.

"Tok Pa nak kamu jangan pergi jauh lagi..."

Terkedu Ervan mendengar permintaan Tok Pa. Hatinya bagai sudah dapat menebak apa yang dimahukan oleh Tok Pa.

"Tok Pa bukan apa, Tok Pa tak nak cucu-cucu Tok Pa jauh dari Tok Pa lagi dah. Risau kalau jadi apa-apa nanti, susah kami nak hubungi kamu.
Tengoklah apa yang jadi dekat daddy kamu tu. Alhamdulillah, kebetulan kamu ada di sini dan daddy kamu kembali sihat walaafiat. Tok Pa tak dapat bayangkan kalau Tok Pa yang tiba-tiba jatuh sakit dan dijemput Allah untuk pergi..."

"Ish, Tok Pa ni... apa pula cakap macam tu..."

"Tok Pa ni makin tua Erv. Bila-bila masa aje Tok Pa boleh pergi. Besar harapan Tok Pa kalau satu-satunya cucu lelaki Tok Pa ada di depan mata Tok Pa selalu." Ujar Tok Pa perlahan.

Tok Pa dan Nek Ma hanya dikurniakan seorang anak lelaki, hasil daripada perkahwinan mereka. Keadaan Nek Ma yang menghidap retoverted uterus menyukarkan Nek Ma untuk hamil lagi.
Namun, mereka tidak pernah mengeluh. Sebaliknya mereka beryukur dengan rezeki Allah menghadirkan cucu-cucu yang melengkapkan hari tua mereka.

"Erv bukan tak nak stay sini...  tapi Erv ada kerjaya dan Erv tak nak kehilangan kerjaya Erv."

"Kamu sanggup hilang kami di sini?"

Papppppp!! Terasa dirinya bagaikan ditampar dengan sesuatu.

"Tok Pa tak paksa kamu... semuanya berbalik pada keputusan kamu juga. Tapi, ini je permintaan Tok Pa untuk kamu. Tok Pa tak puas lagi nak lepaskan rindu dengan cucu Tok Pa ni."

My Role Model [TERBIT]Where stories live. Discover now