"HAHAHAHAHA" gelak tawa 3 wanita menarik perhatian pelanggan di situ.
"Maaf kan saya, harap cik semua perlahan kan suara ya" tegur pelayan di cafe itu.
"Maaf" kata Nurin sambil menahan malu lalu memukul orang di sebelah nya.
"Ishh korang la ni bising sangat gelak, kan dah dapat malu" ujar nurin dengan muka mencuka.
"Eh kita orang je kene ? Kau pun same eh" kata Anis sambil tersenyum sinis.
Ringtone lagu set fire to the rain menarik perhatian mereka .
"Waalaikumusalam mummy" jawab isya. Iaitu Qalisya Damia.
"Mummy nak isya balik sekarang!" Isya hanya mengeluh mendengar nada bicara mummynya.
"Okey, isya balik, assalamualaikum" ucap isya dan menamatkan panggilan tersebut.
"Awat babe?" Tanya anis.
"Mummy aku suruh balik, entah la kenapa, tadi suara dia macam marah" isya hanya mampu mengeluh kerana dia tahu keluarga nya sudah tidak sebahagia seperti dulu.
Mummy nya sekarang cepat marah kelihatan seperti stress manakala daaddy nya pula hanya sibuk dengan harta tambahan mata duitan.
"Okey la aku gerak dulu eh" kata isya sambil mengeluar kan beberapa wang kertas tetapi di tahan oleh nurin.
"Eh eh tak ape, kali ni biar aku belanja, dah dah kau balik la nanti mummy kau marah pulak" kata nurin sambil tersenyum manis.
"Thanks, bye" ujar isya lalu bergerak keluar dari cafe dan terus menaiki kereta nya.
~~
Isya parking kereta nya di garaj, setelah mematikan enjen kereta isya berkata "harap harap tiada apa yang berlaku, bismillah" isya terus masuk ke dalam rumah.
"Sampai pun ingat nak melepak sampai malam" kata sinis Datin Zarina aka mummy isya kepada nya
" mummy isya sedar isya ni perempuan la" jawab isya sambil mengeluh. Hari hari nak bergaduh penat juga dia.
"Sedar pun ingat tak sedar!" jawab datin zatina tak mahu kalah.
Isya hanya mampu diam kalau di terus kan mahu bergegar satu rumah dengar suara Datin Zarina.
"Ape yang bising bising ni ha!" Jerkah Dato Arman aka daddy nya.
"Anak abang ni lah tak pernah nak melekat dekat rumah, sikit sikit melepak" jawab datin zarina dengan lantang
"Dah dah, bising je" kata dato arman.
Dato Arman, Datin Zarina dan Qalisya Damia masing masing duduk di ruang tamu.
Dato Arman memulakan bicara "Isya, daddy nak cakap sesuatu dengan isya" kata Dato arman dengan tenang.
Isya hanya mengangkat kepala memandang daddy nya tanpa mengeluar kan suara.
"Daddy nak isya bercinta dengan Tengku Zarith, tak pun kahwin je terus" ujar Dato arman.
Isya yang mendengar terus terkejut bukan kerana nama itu tetapi mendenger kehendak daddy nya dan dia tahu niat sebenar daddynya. Zaman bila tentu kan jodoh anak ni!
"What ?! No way daddy!" Jawab isya
"Isya tak sanggup mempermainkan perasaan seseorang demi kepentingan daddy!" Kata isya dengan lantang.
"Kalau daddy nak sangat suruh jela anak daddy dengan perempuan tu!" Kata isya sambil menekup mulut nya kerana sedar dia sudah terlanjur kata.
"A-apa y-yang isya cakap ni?" Tanya datin zarina.
Isya hanya mengeluh. "Isya minta maaf daddy. Mummy isya rase lebih baik kalau daddy yang jelaskan isya naik bilik dulu" jawab isya.
"Abang apa yang isya cakap tadi ?!" Tanya datin zarina dengan kuat.
"Abang jawab la. Abang ada perempuan lain ke?!" Sekali lagi datin zarina bertanya.
"Yes memang abang ada perempuan lain. Abang dah berkahwin pun dengan dia" ujar dato arman dengan tenang. Tf man !
Datin zatina terbungkam. "S-siapa perempuan tu?" Tanya datin zarina sambil memandang tepat ke mata dato arman.
"Dia Julia, awak kenalkan ?" Jawab Dato arman. Ugh benci situasi ni.
"K-kenapa abang? Kenapa abang buat saya macam ni? Saya ingat selama ni abang dah lupa kan dia ternyata saya silap, saya hanya mainan di mata abang" ujar datin zarina sambil mengalirkan air mata.
Situasi di ruang tamu di penuhi dengan suara tangisan datin zarina manakala isya yang berasa di bilik nya hanya mengeluh perlahan dan rasa bersalah.
"Kalau saya tahu takdir hidup saya macam ni, saya takkan terima janji manis abang dulu" kata datin zarina dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
"Abang jangan lupa, tanpa saya abang takkan dapat pangkat dato, tanpa saya abang takkan hidup kemewahan seperti sekarang, tanpa saya abang takkan mempunyai syarikat arwah ayah saya dulu" peringatan datin zarina kepada dato arman.
Dato arman hanya diam, mulut nya seperti di gam tidak mampu mengeluar kan sebarang kata.
"Abang jangan ingat saya tak tahu yang abang pernah ambil duit syarikat. Saya fikir itu adalah untuk hal peribadi abang rupa-rupa nya untuk isteri kedua abang" tegas nada datin zarina.
"Saya tak bodoh abang dan saya terseksa!" Jerit datin zarina sambil memukul dada dato arman.
"Saya tak sanggup hidup dalam kurungan abang, abang hanya mementing kan harta dan sekarang abang sanggup menduakan saya! Apa yang kurang abang ?! Apa lagi yang saya tak berikan?!" Tanya datin zarina yang sudah terduduk di lantai sambil memegang dada nya. Sakit bila cinta bertepuk sebelah tangan.
Kemudian Datin zarina bangun berdiri di hadapan dato arman.
"Saya nekad, saya nak kita bercerai." Kata datin zarina
"Z-zarin......" belum sempat nama isteri nya di panggil datin zarina telah pergi naik ke atas.
~~
Isya yang melihat pintu bilik nya terbuka hanya melihat gerangan yang masuk.
"Mummy......" ujar isya terus memeluk mummy nya. Isya tidak pernah benci datin zarina kerana dia tahu mummy nya sudah terseksa selama hidup dengan dato arman yang hanya memikirkan duit duit duit dan duit.
"I'm sorry mummy......." Ucap isya dengan nada bersalah.
"It's okay and mummy minta maaf kalau mummy berkasar dengan isya selama ni" jawab datin zarina sambil menekup kedua pipi gebu anak perempuan nya.
"Kalau isya tak beritahu sampai mati pun daddy guna kan mummy" datin zarina menghamburkan tangisan nya di bahu isya. Isya hanya menggosok belakang badan mummy nya untuk menenangkan datin zarina.
"Bukan sengaja isya sorok kan daripada mummy sebab isya tak nk mummy kec-.........." Ucapan isya terhenti apabila datin zarina menyampuk
"Mummy faham isya" datin zarina hanya mampu tersenyum dia sudah nekad mahu bercerai dengan dato arman dan hidup bahagia dengan anak anak nya.
"Mummy dengan daddy akan bercerai" kata datin zarina senafas.
"Apa pun keputusan mummy dengan daddy, isya terima yang penting isya nak ikut mummy, isya tak nk duduk dengan aunty Julia" jawab isya, datin zarina tersenyum manis semakin pudar isya perasan akan itu.
"Mummy jangan risau pasal abang Qalish, biar isya yang terang kan semua" ujar isya.
"Thank you honey" datin zarina memeluk isya
"Jum tidur mummy" kata riang isya, datin zarina hanya mengangguk.
Kemudian isya telah terbuai mimpi manakala datin zarina memikirkan rancangan nya esok untuk ke mahkamah dan bertemu dengan madu nya. JULIA. Name yang tidak asing dalam hidup nya.
Bukan salah nya terima lamaran Dato Arman dulu tetapi salah Julia kerana meninggalkan dato arman tanpa jejak dulu, seketika datin zarina merasa diri nya bodoh kerana termakan kata kata manis suami nya, opps ex-husband to be.
YOU ARE READING
Takdir Buat Kita
RomanceTENGKU ZARITH 🧡 QALISYA DAMIA "Izin kan aku bertanggungjawab" - TENGKU ZARITH "Lupakan saja, anggap tiada apa-apa yang berlaku antara kita" - QALISYA DAMIA VOTE⭐️, COMMENT & SHARE💫