BAB 19

956 33 1
                                    

2 minggu berlalu setelah pertemuan Tengku Zarith dan Isya. Selama 2 minggu itu Tengku Zarith tidak menganggunya. Kerana ?

"Babe dah ready? Tanya Nurin

Isya yang mendengar hanya tersenyum segaris lalu menganggukkan kepala.

Nurin memimpin tangan Isya dengan berhati-hati ketika keluar dari bilik itu. Isya hanya tersenyum segaris melihat beberapa orang di hadapannya.

Duduk sahaja Isya, maka bermula lah kisah novelnya.

"Tengku Zarith bin Tengku Usman"

"Saya"

"Aku nikah akan dikau dengan Qalisya Damia binti Muhammad Arman dengan mas kahwinnya 5 dinar tunai"

"Aku terima nikahnya Qalisya Damia binti Muhammad Arman dengan mas kahwin 5 dinar tunai"

"Sah? Sah?"

"Alhamdulillah, Allahuma......"

Sekali lafaz, Isya menjadi isteri sah kepada Tengku Zarith. Tengku Zarith yang dari tadi tidak berhenti memandang ke arah Isya hanya senyum sahaja. Happy ke dia?

Tanpa Isya tahu, kerana ikatan ini akan memakan diri dan menyakiti perasaan kaumnya sendiri.

FLASBACK

"Apa tujuan Tengku berkahwin dengan saya?" Tanya Isya yang masih statik di tempatnya tanpa memandang wajah Tengku Zarith.

"Tanggungjawab"

Mendengar kata Tengku Zarith Isya merasa sedih? Dia hanya kesian kan kau Isya jangan berharap lebih.

"Jangan risau Isya aku tak akan jatuh cinta dengan kau, aku cuma nak jaga kau dengan anak kita"

"Kalau baby dah lahir, Tengku akan ceraikan saya?" Tanya Isya

"Jangan cakap tentang cerai, sayang" Tengku Zarith melepaskan tangannya di pinggang Isya lalu bergerak ke hadapan ibu mengandung itu.

"Look at me, honey" Tengku Zarith menarik dagu Isya supaya wanita itu memandang wajahnya.

"Sepanjang perkahwinan kita aku cuma nak kau fokus pada kandungan kau. Boleh sayang?" Isya yang mendengar itu berasa pelik dengan dirinya. Kenapa dia merasa sedih jika Tengku Zarith tinggalkan dia? Aku cintakan dia?

"Kita kahwin 2 minggu dari sekarang. Kau nak majlis macam mane? Tema? Mewah? Aku tak kisah Isya aku sanggup bayar semua tu"

"Tak perlu, cukup hanya sekadar tok kadi dan beberapa orang saksi dan saya ada permintaan"
Kata Isya

"Sepanjang 2 minggu, Tengku tolong jangan ganggu saya. Saya nak tenangkan diri saya dulu"
Kata isya lagi

"Izinkan saya pergi" tanpas mendengar balasan Tengku Zarith, Isya terus bergerak keluar dari stor itu.

ENDFLASHBACK

Majlis akad nikah di lakukan di condo Nurin, ini semua permintaan Isya kerana dia tidak mahu hebohkan hubungannya dengan Tengku Zarith lagi-lagi soal kandungannya.

Setelah selesai semuanya, Isya masuk ke dalam bilik untuk berehat manakala Tengku Zarith keluar, ada kerja katanya. Nurin pula terus pergi ke tempat kerjanya, urgent. Jadi tinggallah Isya berseorangan bersama kandungannya.

Termenung Isya memproseskan perkara yang berlaku sebentar tadi. Betulkah keputusannya ini? Akan bahagia ke dia? Bahagia? Jangan berharap lebih dari perkahwinan ini Isya. Isya hanya mengeluh perlahan.

~~

"Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam, eh YaAllah Ina! Rindunya aku dengan kau" teruja Tengku Azimah lalu memeluk rakan lamanya itu.

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now