BAB 7

875 29 1
                                    

Sampai sahaja di depan rumah lama datin zarina, zarith terus memberi salam.

"Assalamualaikum! Aunty! Assalamualaikum!" Laung zarith dengan lantang.

"Waalaikumusalam, ye nak?" Jawab seorang pak cik tua.

"Pak cik datin zarina ade?" Tanye zarith.

"Ouh datin zarina, dia dah pindah nak" jawab pak cik itu.

"Kalau pak cik izin kan boleh saya tahu datin zarina pindah di mana?" Tanye zarith dengan resah.

"Maaf la nak, pak cik tidak tahu, pak cik cuma beli rumah ini sahaja berkaitan lanjut tentang datin zarina sekeluarga pak cik tidak tahu, maaf ye nak" jawan pak cik itu lalu memberikan senyuman.

Zarith yang mendengar hanya tersentum kelat. Dia terlambatkah? Atau memang dia dan isya tidak di takdirkan untuk bersama? Bagaimana dengan dayana? Zarith hanya mengeluh.

~~

"Ha rith, macam mane dah jumpa dengan isya?" Tanye tengku azimah. Zarith hanya menggelengkan kepala lalu melangkah naik ke bilik nya.

Tengku usman yang baru turun melihat anak teruna nya seperti lemah semangat itu terasa pelik.

"Kenapa dengan rith tu yang?" Tanye tengku usman kepada tengku azimah yang ralit melihat tv.

"Tak tahu la bang, kata nya nak pegi rumah ina, nak jumpa isya tapi mereka dah pindah mungkin rith tak sempat jumpa agak nya" terang tengku azimah kepada suami nya.

"Ha anak awak lagi sorang tu apa cita?" Tanye tengku arman lalu menghirup kopi yang disediakan oleh tengku azimah.

"Anak saya? Anak kita bang" tengku azimah membetulkan ayat tengku usman.

"Dia kata balik minggu ni tapi tidak tahu la hari ape" jawan tengku azimah, tengku usman hanya menganggukkan kepala.

~~

"Wah besar nya babe!" Teruja isya melihat condo yang akan diduduki oleh nya dan nurin. Besar weyh!

"Kan, aku pun tak expect agency bagi condo besar macam ni! Ni kalau kat Malaysia naya ratus ratus ribu duit aku." Kata nurin sambil melilau melihat ruang dalam condo itu.

"Nurin, kau jangan risau tau, aku akan bayar sewa" kata isya

"Eh tak payah mengada, condo ni agency aku bagi so kau tak payah bayar sewa ke apa, kau cuma masak je hehe" jawab nurin sambil memeluk bahu isya.

"Kalau masak, aku okey je" ujar isya lalu melangkah ke balkoni.

"MasyaAllah cantik nya" ucap isya melihat pemandangan dari balkoni lalu memejam mata merasa angin yang beterbangan.

"Isya, aku harap kau terus kuat, aku dengan anis selalu ada untuk kau" kata nurin lalu memeluk sahabatnya itu isya pula membalas pelukan nurin lalu tersenyum.

~~

"Awak? Zarith! Dengar ke tak?" Seru dayana memandang kekasih nya di hadapan.

"Ha? Apa? Sorry aku penat sikit, lately ni banyak projek kene handle. Kau cakap ape tadi" jawab zarith, tiada niat menghiraukan dayana dihadapan nya tetapi dia sedang memikirkan isya. Di manakah dia?

"Saya tanya, bile awak nak datang rumah saya jumpa umi dengan abi" tanya dayana dengan lembut

"Aku akan pergi yana, tapi bukan mase terdekat ni, aku busy" terang zarith kepada dayana. Busy la sangat padahal office dah lama tak jejak kaki.

"Saya harap awak tepati janji awak" jawab dayana dengan serius memandang zarith.

Bunyi deringan telefon zarith di panggil untuk dijawab, melihat nama tertera terus dia meminta izin dayana untuk menjawab.

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now