BAB 17

727 36 2
                                    

"Sarah, semua dah ready?"

"Dah kak, semua ready" jawab Sarah

"Jomlah dah boleh gerak dah ni" kata Isya sambil memasukkan beberapa barang ke dalam beg tangannya.

Beberapa part timer bakery Isya mengangkat kotak pavlova ke dalam van yang di hantar oleh Event yang menempah pavlova di bakery Isya.

Isya dan Sarah menaiki kereta lain kerana van itu dibawa oleh bodyguard yang dihantar oleh event itu juga.

Sampai sahaja di depan hotel mewah yang menempatkan event besar itu. Isya terus di serang peluh dan gementar. Yela first dapat order besar-besaran.

"Akak? Akak okey?" Tanye sarah

"Fuh, okey je" kata isya sambil menghela nafas lega.

"Jom la" ajak isya.

Melangkah masuk ke dalam hotel mewah itu terus terlopong mulut Sarah. Wah! Bapak cantik!

"Sarah tutup mulut tu malulah orang tengok" tegur Isya. Sarah yang mendengar hanya tergelak malu dan menggaru kepala nya yang tidak gatal.

Di depan pintu masuk dewan, terlihat 4 orang bodyguard yang berpakaian serba hitam menjaga pintu masuk. Salah satu dari mereka memegang tab.

Berdiri saja isya dan sarah di depan pintu masuk itu, ditegur oleh seorang bodyguard yang memegang tab.

"Yes miss?"

"Erm I-Isya's Bakery" jawab isya dengen gagap. Gementar betul. Mestilah! Seram muka dia macam nak bunuh orang.

"Please turn off your phone because this is private event and not allowed camera" ucap dingin bodyguard it

"Baik" Isya yang mendengar itu terus terkejut dan menyiku Sarah yang di sebelah nya.

"Pardon?" Tanye bodyguard itu yang mendengar bahasa asing.

"Y-yes! We're understand, thank you" kata isya lalu manarik salah ke dalam dewan mewah itu. Haih sarah-sarah. Siapa nak sarah ambil la.

"Wah! Besarnya kak!" Teruja Sarah melihat dewan mewah itu, ni kalau sewa gaji aku setahun pun tak cukup.

Tiba-tiba mereka di tegur oleh seorang wanita sebaya isya.

"Welcome Miss Isya, i'm hayley assistant event manager. My staff already put your pavlova on dinner table and now you may have a sit on the place that we provide." Ucap wanita itu panjang lebar.

Isya tidak sangka yang dia juga di undang untuk meneyertai event ini kerana dia hanya ingin menghantar pavlova dan ingin membaiki sekira nya pavlova nya ade yang rosak. Ternyata sangkaannya salah.

"Really? Thank you very much" kata isya lalu bersalam dengan wanita itu.

"Let me show you"

Sarah yang mendengar hanya terkebil-kebil. Lalu Isya menarik Sarah untuk mengikut jejak langkah Hayley.

"This is yours" tunjuk wanita itu

"Thank you!" Hayley yang mendengar hanya tersenyum lalu membongkok sikit menandakan tanda hormat.

~~

"Yana"

"Ye mama" Yana berpaling untuk melihat Tengku Azimah.

"Buat apa termenung dekat sini" Yana yang mendengar hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala.

"Rindu Zarith ke?" Yana yang mendengar terus pipi nya terasa bahang.

"Sekejap je Zarith tu pergi nanti dia balik la"

"Mama okey ke kalau Yana tinggal dekat sini?" Yana memandang Tengku Azimah yang sedang memegang tangan nya.

"Mama okey dan tersangat lah okey" Tengku Azimah hanya tersenyum mendengar pertanyaan menantu nya itu.

"Terima kasih mama" terus Yana memeluk Tengku Azimah dengan erat. Beruntungnya dia mempunyai sesorang yang masih memberi kepercayaan kepada nya.

"Yana lapar?"

"Erm, laparlah jugak" tergelak Tengku Azimah mendengar bicara menantunya itu. Ada-ada saje.

"Jum kita main masak-masak nak?" Ajak Tengku Azimah menarik Yana pergi ke dapur.

"Kita nak masak apa hari ni mama" tanye Yana kepada Tengku Azimah yang sedang melihat barang-barang yang berada di dalam peti ais itu.

"Ikan tiga rasa, tomyum ayam dengan sotong goreng. Okey tak"

"Wah, mesti sedap ni, yana okey je mama" jawab Yana

"Jum kita start masak"

"Jum!" Teruja Yana hari ni dapat luangkan masa dengan mama kesayangan, daripada termenung baik main masak-masakkan? Nak tunggu Zarith call memang takkan call dia tu.

~~

Isya mendengar sahaja jejaka yang berbicara di atas pentas itu hanya terlopong. Lain betul accent british dia. Satu hapak pun aku tak faham.

Majlis telah bermula 15 minit yang lalu tetapi satu hapak pun isya tak faham. Jangan kan isya sahaja mahupun sarah yang hanya memandang ke arah jejaka itu. Hensem ke? Biasa je.

Isya tidak menghiraukan majlis itu, mata nya hanya tertumpu kepada makanan. YaAllah sedapnya. Bile la boleh makan. Eh jap! Halal ke?

"Sarah, pstt, sarah!" Bisik isya di telinga Sarah yang sedang leka menyaksikan pemandang yang tampan.

"Sarah!" Cubit isya di peha Sarah.

"Aww! Akak sakit la" desis sarah

"Orang panggil tak dengar ha tu makan dia" isya menjeling Sarah di sebelah. Kita dah lah tengah lapar patu dia buat tak tahu je.

"Kenapa kak?"

"Makanan-makanan tu semua halal ke? Akak dengan baby lapar ni" kata isya lalu mengusap perutnya yang bulat jelas kelihatan yela dah 5 bulan kan.

"Ouh, makanan semua kat sini halal je sebab syarikat yang menganjurkan majlis ni adalah syarikat yang ternama di Malaysia"

"Eh? Serius la? Kenapa akak tak tahu pun" pelik isya. Kenapa sarah tahu macam-macam sedang kan dia owner bakery patutnya dia la yang kene tahu kan?

"Sarah dah email maklumat ceo syarikat tu lah, akak tak baca ke?" Jawab Sarah yang masih leka memandang wajah tampan dia atas pentas.

"Ouh" isya hanya menganggukkan kepala lalu memandang meja di hadapan sekali iaitu tetamu vvip. Handsome-handsome semua nya.

Isya yang merasa bosan hanya mengusap perutnya. Haih bosan+lapar kesian anak mama. Tanpa isya sedar ada sepasang mata yang memerhati gelagatnya.

"Kak jum makan"

"Ha? Dah boleh makan ke?" Tanpa menunggu sarah isya terus menerpa ke dinner table untuk mengambil makanan.

Fuh ade makanan melayu la!

Isya mengambil nasi, ayam masak merah, daging masak kicap lalu mengambil air sirap. Memandang
kan tangannya penuh dia simpan dahulu pinggan dan cawan di meja.

Lalu isya mengambil spaghetti carbonara dan laksa?
serius ke laksa ade? Mestilah ada. Sama juga seperti tadi isya simpan dulu di meja.

Tiba di bahagian dessert, baru sahaja ingin mengambil brownies lengannya yang berlapis dipegang seseorang.

"Jangan membuat pembaziran" lalu jejaka itu pergi meninggalkan isya yang terkebil-kebil. Bila masa aku buat pembaziran. Isya terus mengambil dessert yang tersedia satu persatu, nak rasa mane tahu boleh buat menu baru di bakery kan.

Sampai sahaja di meja, sarah melihat isya seperti tidak mengenal isya.

"Kak isya, akak boleh habiskan ke semua ni?"

"Ish bukan akak yang nak, ni baby yang nak" isya terus menyua nasi ke dalam mulut. Fuh sedap! Siapa la ceo syarikat ni eh? Bagus juga dia bawak lauk melayu masuk event besar walaupun semuanya mat salleh.

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now