Usia perkahwinan Isya dan Tengku Zarith sudah menganjak 2 minggu. Malam ini adalah malam terakhir Tengku Zarith bersamanya sebelum Tengku Zarith pulang ke tanah air.
Tiba-tiba Isya merasa sedih dengan pemergian suaminya. Terasa kosong. Perutnya pula semakin membesar. Tentang hubungan mereka hanya Nurin sahaja yang tahu bahkan kawan Tengku Zarith juga tiada yang tahu.
"Hurm" keluh Isya dengan perlahan
Klak
Pintu bilik terbuka, Tengku Zarith masuk ke dalam bilik sambil tangannya memegang tab. Melihat sahaja Isya di katil terus Tengku Zarith meletakkan tabnya di meja tepi katil.
"Kenapa muram ni?" Tanya lembut Tengku Zarith.
"Esok abang dah nak balik, nanti Isya rindu" jawab Isya lalu menerpa ke dalam pelukan suaminya. Ya, mereka sudah tukar panggil, isya pula hanya menurut makin lama makin selesa pula. Mungkin hormon ibu mengandung? Manja.
Perasaan cinta? Tidak tahu. Baru 2 minggu mereka berkahwin mana mungkin perasaan cinta datang begitu sahaja sedangkan Tengku Zarith juga tidak akan mencintai dia. Kan?
"Sayang tak nak ikut abang balik? Tak nak terus terang dengan mummy about our marriage?"
"Nak! Isya nak ikut abang balik tapi Isya takut. Isya takut mummy dan abang Qalish marah. Isya takut mama tak terima Isya. Lagi pun siapa nak jaga bakery Isya?"
Tengku Zarith mendiamkan diri mendengar soalan bicara Isya. Bukan kerana mummy dan abang Qalish, dan bukan juga tentang bakery tapi soal keluarganya.
Bagaimana hendak dia memberitahu keluarganya tentang keberadaan Isya. Dayana. Bagaimana pula dengan Dayana. Tengku Zarith tidak tahu, mahu menyesal atau tidak dengan keputusannye menghalalkan Isya. Tetapi dia bahagia bersama Isya. Dayana?
"It's okay sayang. Semua yang berlaku disebabkan abang, biar abang yang hadap okay?" Tengku Zarith menguatkan lagi pelukan nya.
"So Isya ikut abang balik lah ni?" Tengku Zarith yang melihat Isya sudah teruja itu hanya menganggukkan kepala.
"Tiket? Ada ke malam-malam macam ni? Mesti dah habis" kendur suara Isya.
"Hey sayang. Abang dah beli siap-siap sebab abang tahu Isya mesti rindu mummy and rindukan abang kan?" Tangan Zarith mengusap bibir Isya.
"Ish, Isya rindu mummy je tak rindukan abang!" Isya menolak dada Tengku Zarith untuk keluar dari pelukan jejaka itu. Tetapi Tengku Zarith semakin mengetatkan pelukan itu.
"Lepaslah! Isya nak kemas baju!"
"Esok boleh kemas sayang. Flight kita petang. Apa kata malam ni kita buat movie?"
"Movie?" Pelik Isya.
Terus Tengku Zarith mendekatkan mulutnya pada telinga Isya. Isya yang mendengar terus merah pipinya. Malu. Terus Isya menolak dada Tengku Zarith sekali lagi dan berjaya.
"Pervert!" Isya lari meninggalkan Tengku Zarith yang masih gelak. Geli hati dengan sikap si isteri yang mengandung itu.
~~
Melihat sahaja gerangan itu terus Dayana merengus nafasnya dengan kasar. Dayana melangkah kaki ke meja yang di duduki gerangan tersebut.
Si dia mengangkat kepala melihat Dayana lalu tersenyim sinis. Hendak ketawa. Mana yang labuhnya? Tak ada pun.
"Wow, look who's here! Daiyan. Have a sit!" Terus duduk Dayana di hadapan Si dia.
"Apa yang kau nak lagi? Tak penat ke contact aku hari-hari?!" Tanya kasar Dayana.
"Puff." Tersembur sedikit air yang di minum si dia lalu tergelak. Penat? Memang penat pun.
"HAHAHA. Kalau bukan sebab duit aku pun malas nak contact kau la Daiyan."
"Di sebabkan kau ni slow leaner jadi aku terus terang je la ye. Kau just continue kerja kau. Settle! Easy right?" Mendengus Dayana mendengar bicara Emmy.
"Aku tak nak! Berapa kali aku cakap aku tak nak. Jadi bermakna aku tak nak lah!" Tengki Dayana. Nasib mereka berada di tempat yang agak private.
"Senangnye kau cakap tak nak. Ouh aku tahu mungkin kau tak nak kerja kau ni sampai dekat telinga suami kau kan?" Tersenyum sinis Emmy.
"Macam m-mana ka....."
"Aku tahu? Tak penting pun petik jari je semua bende pasal kau aku tahu" Dayana yang mendengar hanya terkaku. Tidak! Dulu Safiyyah sekarang Emmy. Apa yang harus dia lakukan?
"Kau cabar aku Daiyan that's why semua pasal kau aku boleh korek. Easy"
Takut semua tentang dia tersebar pada Tengku Zarith. Dia tidak mahu Tengku Zarith tinggalkan dia. Tidak!
"Aku bagi kau tempoh seminggu, kalau kau still dengan keputusan bodoh kau ni aku sendiri datang rumah kau!"
~~
"Abang" seru Isya ditepi Tengku Zarith sambil menarik baju suaminya.
"Abang. Cis" cebik Isya. Tak dengar ke orang panggil.
"Abang." Nada Isya semakin mengendur. Seperti mahu menangis. Manja!
Tengku Zarith yang ralit melihat telefon tadi terus simpan di poketnya. Bukan sengaja mengabaikan Isya tetapi kerjanya sangat penting. Tak boleh tinggal.
"Yes baby?" Tanya Tengku Zarith. Melihat sahaja Isya seperti mahu menangis terus dia gelabah. Kang ada orang cakap dia dera Isya pulak tengah-tengah airport ni.
"Sayang, abang minta maaf, tadi ada kerja sikit. I'm sorry sayang. Sayang nak apa ni hm?" Tanya Tengku Zarith sambil tangannya menghapuskan airmata yang mengalir sedikit di pipi Isya. Isya yang mendengar hanya diam. Dia masih terasa dengan Tengku Zarith.
Dengan bini pun nak tengok fon lagi ke?!
"Sayang? Mana suara? Abang rindu nak dengar suara sayang yang lembut ni" Manis tutur cara Tengku Zarith memujuk Isya sambil menguis lembut hidung isterinya.
Isya yang mendengar hanya menyembunyikan senyuman. Haih! Tahu-tahu je macam mana nak pujuk kita. Kan kita dah cair! Biasalah orang mengandung senang cair.
"Sayang? Seriusly? Kalau tak bersuara memang abang kiss sayang kat tengah-tengah airport ni" ugut Tengku Zarith. Isya yang tadi berangan sedang cair terus masam wajahnya.
"Cis, sikit-sikit ugut. Benci!" Bentak Isya lalu memukul lengan Tengku Zarith.
Tengku Zarith yang mendengar suara Isya itu mulai tersenyum. Marah-marah pun comel! Geram kita.
"Okay, i'm sorry again. Sayang nak apa panggil abang tadi hm?"
"Isya nak tu" jari Isya menunjuk ke arah sesuatu. Tengku Zarith mengerut kening lalu melihat tempat di mana Isya menunjuk menggunakan jarinya.
"What sayang?" Tengku Zarith keliru sama ada Isya menunjuk barang ataupun kedai. Ataupun makanan?
"Tu abang. Isya nak tu!"
"Yang mana satu sayang? Abang tak tahu lah" keliru Tengku Zarith. Apa yang Isya nak sebenarnya ni?
Isya yang mendengar menghela nafas. Haih penatlah ada suami slow macam Tengku Zarith ni. Ish!
Isya terus menarik Tengku Zarith masuk ke dalam kedai itu. Tengku Zarith melihat yang mereka melangkah di kedai itu terus tersenyum.
Cakap terus tadikan senang ni nak tunjuk-tunjuk. Dah lah airport ni besar.
"So you want this sayang?" Isya yang mendengar hanya menganggukan kepala lalu tersenyum riang.
"So what's your size?"
"Bukan yang ini abang tapi, yang itu" Tunjuk Isya. Tengku Zarith yang tadi tersenyum terus terbungkam. What? The heck!
YOU ARE READING
Takdir Buat Kita
RomanceTENGKU ZARITH 🧡 QALISYA DAMIA "Izin kan aku bertanggungjawab" - TENGKU ZARITH "Lupakan saja, anggap tiada apa-apa yang berlaku antara kita" - QALISYA DAMIA VOTE⭐️, COMMENT & SHARE💫