BAB 22

752 20 3
                                    

Suasana di ruang tamu sunyi dan sepi. Isya yang duduk bersebelahan sebelah Tengku Zarith bermain jari jemarinya sendiri sambil takut-takut memandang ke arah abang dan mummynya.

"Explain Qalisya Damia. Kalau you tak nak explain, get out from my house" Datin Zarina bersuara dengan kata-katanya dapat menaikkan kepala Isya yang sudah berkaca matanya.

Isya terus ke arah Qalish dan Datin Zarina, dia melutut dia depan mereka. Tengku Zarith yang melihat terkedu sepatutnya dia yang menjelaskan semua tetapi mulut seaakan terkunci.

"Mummy, Isya minta maaf. Isya tak minta semua ini mummy!" Kata Isya kepada Qalish dan Datin Zarina sambil menangis.

"Then explain Qalisya Damia! Apa yang berlaku?! Kenapa Isya balik-balik sini dengan Zarith?! And pregnant?!" Datin Zarina tinggi suara sehingga terhinjut bahu Isya yang dalam tangisan itu.

Tengku Zarith yang melihat tidak dapat tahan diri, dia sepatutnya yang berada di posisi Isya. Dia sepatutnya yang melutut. Bukan ibu mengandung itu.

Tengku Zarith terus pergi ke arah Isya. Dia tarik Isya untuk bangun. Isya yang merasa pegangan suaminya hanya diam sambil melepaskan tangisan.

"Aunty, Qal" seru Tengku Zarith. Dia kuatkan lagi pegangan tangan dia dan Isya. Dia melihat Qalish menggenggam penumbuk.

"Semua ni salah saya. Saya yang tak mampu kawal naf..." Qalish terus melayangkan tumbukan ke muka Tengku Zarith.

"Jantan tak guna! Sial kau! Apa kau cakap?! Tak mampu kawan nafsu?! Kepala otak kau lah sial! Kau pergi mampus!" Marah Qalish sambil melayangkan bertubi-tubi tumbukan.

Isya yang melihat hanya menangis manakala Datin Zarina hanya berdiam diri setelah apa yang dikatakan oleh Tengku Zarith.

"Abang cukup, berhenti" seru Isya dalam tangisan.

"Isya suruh abang berhenti? Isya tahu tak disebabkan jantan tak guna ni, isya dah bunting! Tahu tak? Apa orang kata nanti Qalisya Damia!" Tegas Qalish berbicara memandang Tengku Zarith dan Isya silih berganti.

"Aku minta maaf Qal tapi ak....."

"Pergi mampus dengan maaf kau lah jantan! Kau ingat dengan maaf kau dapat pulihkan keadaan ke?!" Jerit Qalish dengan berang.

"Sudah Qalish" senada Datin Zarina berbicara.

"Pergi pulang dulu. Bagi kami masa untuk menerima." Kata Datin Zarina. Isya yang mendengar hanya mampu menaburkan tangisan.

"Isya jangan risau mummy dengan abang Qal tak bencikan kan you cuma kami terkejut dan kecewa. Pulanglah"

"Mummy, Abang Qal. Isya minta maaf. Tolong maafkan Isya" Isya mengucup tangan kedua insan itu. Tengku Zarith yang mendengar arahan Datin Zarina hanya menurut.

Betul. Jika dia jelaskan segalanya sekarang mungkin dia masuk hospital. Baran Qalish tidak dapat dibayangkan.

"Sayang, jum. Bagi mummy dengan Qal tenang dulu, hm." Ajak Tengku Zarith. Isya hanya menurut.

Didalam kereta, Isya hanya melihat keluar tingkap. Hatinya masih berasa sedih.

Terasa pegangan dijari jemarinya. Sudah tentu suaminya yang sah.

"Darling, abang minta maaf, hm. Kita bagi ruang dulu untuk mummy and Qal terima okey? And lepas ni biar abang yang berhadapan dengan diaorang." Isya terus mengalih pandangan menghadap Tengku Zarith.

"Abang nak abang Qal pecahkan muka abang lagi?" Tanya Isya. Tengku Zarith didalam hati sudah berkata tidak. Siapa je nak kene tumbuk.

"Ini semua salah abang,sayang. Memang patut abang dapat sebab abang yang mulakan dulu."

"Isya ingat abang. Apa yang terjadi malam tu cuma Isya tak pasti siapa dalangnya. Sama ada abang atau orang lain. Itu Isya tak pasti" kata Isya. Tengku Zarith yang mendengar menggenggam stereng kereta dengan kuat.

"Jadi Isya nak salahkan abang? Nak cakap abang punca apa yang jadi malam tu?!" Baran Tengku Zarith meletus. Dia terus berhentikan kereta di tepi jalan.

"Ada Isya kata Isya yakin abang dalangnya ke? Isya masih ragu-ragu abang. Isya tak pasti. Apa yang Isya ingat Isya rase dahagakan sentuhan, semua berpunca dari air yang Isya minum." Kata Isya pada masa yang sama matanya berair.

"Kalau abang kata abang yang letak, apa yang Isya akan buat?" Tanya Tengku Zarith.

"Divorce me"

"Isya sedar tak Isya cakap apa?! Isya nak abang ceraikan Isya?! No way sayang, anak kita perlukan abang! Ingat sampai bila-bila Qalisya Damia. You are mine!" Tengku Zarith terus memandu kembali.

"You have to Zarith! Kalau awak dalangnya saya tak mampu terima! Kalau awak dalangnya, semua ni tak akan berlaku dan anak ni tak akan muncul! If you want me to stay, i will. Tapi hanya jasad yang awak dapat bukan hati."

"Enough Damia"

"Tapi kalau awak tak nak ceraikan saya juga, saya bunuh anak haram ni! Dia tak patut hidup dengan berbapakan lelaki yang bernafsu macam aw..."

"I said enough!" Jerit Tengku Zarith sambil menghentak stereng kereta dan melajukan pemanduan.

Tersenyak Isya dengan jerkahan Tengku Zarith itu terus mendiamkan diri.

~~

"HAHAHA" lelaki itu ketawa jahat.

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" Tanya lelaki itu kepada anak suruhannya.

"Already done, Mr" jawab anak suruhannya.

"Nice! Nanti bukti hantar dekat aku, bolehlah cara ni aku nak pakai untuk jatuhkan mamat tu" anak suruhannya hanya menganggukkan kepala.

"Haih, Zarith Zarith. Kesiannya senang diperbodohkan. HAHAHA."

"Ha, lagi satu perhatikan selalu babyboo aku, kalau dia buat perangai inform aku terus, tahu la nasib dia" kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.

Segala rancangan yang dirancang dari awal menjadi. Lebih senang Tengku Zarith sendiri yang masuk dalam jeratnya. Terasa hebat dirinya.

"Mr, ada orang nak jumpa" kata anak suruhannya yang lagi satu.

"Siapa?"

"Tidak pasti, tetapi dia perempuan dan bukan Mrs." Jawab anak suruhannya.

Lelaki itu memberi isyarat tandas mengizinkan tetamunya masuk.

Terdengar bunyi kasut yang menapak masuk. Lelaki itu menggangkat kepala untuk melihat gerarangab tersebut terus tersenyum sinis.

"Well well, tengok siapa yang datang. Hahaha" lelaki itu berkata angkuh sambil mengisap rokok. Kaki diatas meja.

"Jantan tak guna! Disebabkan kau lah dia berhenti! Kau tahu tak lepas dia tak ada pelanggan aku dah berkurang! Sial!" Jerit wanita itu.

"HAHAHA. Bukan salah aku pun, dia tu bijak pandai fikir mana yang berbaloi dan tak. Setakat apa yang kau bagi dapat sedap je buat apa? HAHAHA" galak lelaki itu gelak.

"Hantar balik dia. Itu tempat asal dia la sial! Semenjak kau masuk hidup dia, hidup aku musnahlah jantan!" Jerit wanita itu.

Lelaki itu bangun dari duduk dan datang mendekat dengan wanita itu lalu menghembuskan asap rokok ke muka wanita itu.

"Dia hak aku" kata lelaki itu lalu keluat meninggalkan wanita itu yang menahan geram.

"Shit! Babi! Bodoh punya jantan!" Carut wanita itu.

Dia meramas rambutnya. Serabut!

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now