Setelah selesai urusan di mahkamah, datin zarina dan julia bersemuka.
"Lia, kau ade apa apa nak beritahu aku?" Tanya datin zarina.
"Ina aku......." Terasa sesak bafas Puan Julia ketika ini.
Datin zarina menghela nafas. "Cukup lia, cukup memperbodohkan aku, dan tahniah sebab dah rosakkan rumah tangga aku. Sekarang kau dah dapat Arman sepenuh nya" kata datin zarina dengan tenang.
"Bila korang kahwin? Ceritakan semua" Tanya datin zarina.
"2 tahun lepas. Aku dengan Arman terserempak di mahkamah. Kau ingat kan tentang masalah penyelewengan duit syarikat di ZKing Holding? Waktu itu juga aku baru selesai kes cerai dengan bekas suami aku. Macam itu la aku dengan arman berjumpa. Arman tanya kehidupan aku. Arman tahu aku baru saja bercerai dia terus melamar aku. Aku terpaksa ina sebab aku dengan anak aku takkan dapat makan" ujar puan julia dengan rasa bersalah.
"Ina aku minta maa-....." belum sempat puan julia menghabiskan kata nya datin zarina menyampuk.
"Cuma aku nak ingat kan, tanpa aku arman takkan berjaya seperti sekarang, kau mesti tahu semua yang ada pada arman adalah harta aku dan semestinya aku boleh tuntut balik hak aku" ujar datin zarina kedengaran sinis.
"Kalau aku tuntut harta aku agak agak, engkau, arman dan anak kau, Dahlia Amira duduk dekat mane eh?" Provok datin zarina
"Merempat la korang bawah jambatankan ?" Tajam kata kata datin zarina.
Puan Julia hanya mampu menundukkan pandangan seaakan akan takut dengan wanita di hadapan nya ini. Padahal memang takut pun.
"Jadi aku harap kau dengan arman bahagia dan cukup kau dah sentuh ex-husband to be aku jangan pulak kau nak sentuh anak-anak aku" tegas kata datin zarina lalu meninggalkan puan julia.
Puan Julia memandang kelibat bekas kawan baik nya itu sehingga hilang di pandangan mata. sedar akan kesilapan nya tetapi dia terpaksa kerana tanpa Dato arman dia dan Dahlia tidak dapat makan walaupun hanya sebutir nasi.
~~
2 minggu kemudian
Kehidupan Datin Zarina dan Qalisya Damia bahagia setelah Dato arman dan Datin zarina bercerai
70% daripada 100% harta nya dulu telah menjadi milik nya, lagi 30% adalah milik Dato arman ingin saja mahu ambil semua nya tetapi datin zarina masih ade hati perut.
Zking holding kini di ambil alih oleh Qalish Ridzuan iaitu anak sulong Datin zarina dan Dato Arman juga abang kepada Qalisya Damia.
Bila Qalish bertanya kenapa? Daddy nya hanya menjawab tiba masa Qalish ambil alih, kerana Qalish masih diluar negara bercuti sebulan bersama rakan rakan nya, dia tidak tahu hal yang terjadi kepada keluarganya.
"Ting tong" bunyi loceng mematikan fokus isya ke arah tv.
Buka sahaja pintu isya terkejut beruk melihat gerangan yang ada di hadapan nya.
"ABANG !!!!! Arghhhhhhh rindunya" jerit isya sambil memeluk erat tubuh tegap abang nya
"Rindu jugak dengan budak kecik ni" jawab qalish sambil membalas pelukan adik nya.
"YaAllah isya apa yang kuat sangat suara tu" jerit datin zarina dari dapur.
Isya hanya senyum gembira. Abang baru balik woi sape yang tak gembira iya dok? Hehe.
"Mummy ni abang qalish balik ni, mummy tak nak peluk ke?" Laung isya
"HA ?! Abang kamu dah balik ?!" Jerit datin zarina pula terus berlari ke pintu depan
YOU ARE READING
Takdir Buat Kita
RomanceTENGKU ZARITH 🧡 QALISYA DAMIA "Izin kan aku bertanggungjawab" - TENGKU ZARITH "Lupakan saja, anggap tiada apa-apa yang berlaku antara kita" - QALISYA DAMIA VOTE⭐️, COMMENT & SHARE💫