BAB 23

380 11 4
                                    

"Assalamualaikum" seru Tengku Zarith sejurus masuk ke dalam kondominium dia dan Dayana. Setelah dua hari tidak bertegur dengan Isya sejak pergaduhan didalam kereta, Tengku Zarith pulang ke rumah dia dan Dayana.

"Waalaikumusalam!" Jawab Dayana teruja. Dia terus menyalam Tengku Zarith lalu memeluk tubuh gagah itu. Tengku Zarith ragu-ragu untuk membalas pelukan itu.

"Saya rindu awak" kata Dayana. Tengku Zarith membalas pelukan Dayana lalu menggosok belakang tubuh isterinya.

"Awak dah makan? Kebetulan saya baru siap masak, jom makan" Dayana rungkaikan pelukan lalu menarik Tengku Zarith ke ruang makan.

"Banyak kau masak, untuk siapa?" Tanya Tengku Zarith.

"Tadi mama call, mama kata nak datang sini nak temankan saya, saya saja masak banyak kalau tak habis saya boleh bekukan nanti kalau nak makan saya panaskan balik, tapi kebetulan awak balik hari ni rezeki awak mungkin"

"Mama selalu datang sini?" Tanya Tengku Zarith.

"Tak pun, ini baru pertama kali mama datang lepas awak outstation sebab saya yang selalu pergi rumah mama"

"Awak nak makan dulu ke nak tunggu mama sekali?" Tanya Dayana.

"Aku tunggu mama, aku nak mandi dulu" kata Tengku Zarith lalu melangkah ke arah bilik mereka.

Dayana menghantar pemergian Tengku Zarith selepas hilang dari pandangan dia melepaskan keluhan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello, dia dah balik, apa yang kau nak aku buat?" Tanya Dayana dengan senada.

"Gila! Aku takkan khianati suami aku!" Jerit Dayana dengan berbisik lalu mematikan panggilan. Dia termenung. Buntu apa yang hari dia buat?

"Huh" Dayana melepaskan keluh.

Ting Tong

Kedengaran bunyi loceng. Dayana bangun untuk membuka pintu. Sudah tahu siapa yang datang. Tapi sangkaannya meleset. Buka sahaja pintu tiada senyuman di bibir Dayana.

"Hi sister in law!" Kata Tengku Safiyyah. Dayana yang melihat hanya diam. Dia benci dengan Tengku Safiyyah.

Tengku Safiyyah terus masuk ke dalam tanpa menunggu kebenaran dari Dayana. Suka hati dia lah kan? Rumah abang dia. Hshshs.

"Abang aku dah balik ke?" Tanya Tengku Safiyyah. Dayana hanya diam tak menjawab.

"Haih, mesti kau sedihkan? Tercari-cari mana mak mentua kau kan? hahaha. Mak mentua kau ada hal so dia arahkan aku datang sini jenguk kau lah takut-takut kau dah mula rancangan jahat kau kan. Aku ni jenis yang berhati-hati sikit" kata Tengku Safiyyah sambil membelek kukunya.

"Fiya nak air apa? Akak buatkan" lembut bicara Dayana. Tengku Safiyyah sudah bantai gelak.

"Asal kau ni? Tetiba jadi lembut dengan aku, hahaha. Ouh aku lupa abang aku dah balik so kau kene lah teruskan lakonankan?" Tengku Safiyyah gelak sambil menggelengkan kepala.

"Tak apa, aku tak nak pun air buatan kau. Dengar-dengar kau ni pandai masakkan? Tengok sikit apa yang kau masak" Tengku Safiyyah bergerak ke meja makan.

"Huish, banyak. Tapi aku nak tanya, kau beli ke kau masak?" Dayana hanya membiarkan soalan Tengku Safiyyah.

"Mestilah kau belikan. Daiyan mana pernah masuk dapur" kata Tengku Safiyyah lalu tersenyum sinis. Dayana memandang Tengku Safiyyah dengan pandangan tajam sambil menggenggam penumbuk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Buat KitaWhere stories live. Discover now