BAB DUA

3.2K 288 7
                                    

Semua pelajar tahap dua ( 16-18 tahun ) meluru keluar daripada kelas untuk ke kafe sekolah bagi mengisi perut yang kosong. Seperti biasa, Hera dan dua orang kawannya berjalan bersama-sama menuju ke kafe.

"Hari ni nak makan apa?" tanya Sojin.

"Emmm harini hari apa?" tanya Hera pula.

"Hari ni hari Rabu--"

"Maknaaaaaanyaaaaaaaaaa....."

"RED VELVET!!!" jerit tiga orang gadis itu serentak. Mereka segera berlari menuju ke kafe sekolah bagi mendapatkan kek Red Velvet kegemaran mereka. Permintaannya terhad jadi pihak sekolah memilih untuk membuat kek Red Velvet sebanyak 4000 biji untuk 5000 pelajar tahap dua. [ A/N:sorry masuk ekonomi asas pula xD]

Hera dan kawan-kawannya terus berlari untuk membeli kek Red Velvet kegemaran mereka.

"Cepatlah korang! Nanti hab--"

DEBUK!

Hera terjatuh ke lantai apabila dia terlangggar seseorang. Dia mengangkat kepalanya dan akhirnya dia ternampak ..

DO KYUNGSOO ..

"Buta ke? Lain kali jalan tengok depan," kata Kyungsoo serius.

"Er..er...mianhae.." kata Hera tunduk.

Kyungsoo tidak mempedulikannya. Dia segera berjalan meninggalkan Hera begitu sahaja.

"Weh kau okay Hera??" tanya Sojin.

"Ada cedera tak??" tanya Jessie.

"Aku okay," kata Hera. Mereka bertiga segera berjalan menuju ke kantin untuk membeli makanan.

Beberapa minit kemudian, mereka bertiga berjalan semula menuju ke tempat duduk yang kosong.

"Makan kat sini lah," kata Sojin.

"Okay," kata Hera.

Belum sempat mereka duduk, beberapa orang pelajar perempuan sudah pun duduk di tempat itu.

"Opps! Ni kawasan kitorang! Korang boleh blah," kata Ji-Hye.

"Hei! Kitorang dah cop dulu lah!" marah Jessie.

"Kau diam! Cik Yoon Hera, nampak gayanya awak dimarahi Do Kyungsoo tadi. Apa perasaan awak? Mesti sedih kan?" perli Ji-Hye.

"Aku suka. Aku suka bila dia cakap macam tu. At least dia ada juga bercakap dengan aku. Daripada kau? Kena reject je," perli Hera pula.

"Eh? Aku kena reject?? Girls! Dengar tak? Dia kata aku kena reject? Hahahaha!"

Semua kawan-kawan Ji-Hye turut ketawa apabila mendengar kata-kata Ji-Hye.

"Diamlah!" marah Sojin.

"Eh~ penolong pengawas ada kat sinilah. Takutnya." perli Ji-Hye lagi.

"Eh kau boleh diam tak?!" marah Hera.

Wajah Ji-Hye bertukar serius. Dia perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya.

"Boleh," kata Ji-Hye kemudian tersenyum sinis. Dia perlahan-lahan menuang air di atas kepala Hera.

"Kurang ajar!" Sojin menepis botol itu dan akhirnya terkena kawan-kawan Ji-Hye.

"Argh! Basah!" jerit kawan-kawan Ji-Hye.

Ji-Hye memandang Sojin serius. "Hei, kau ingat aku takut sangat ke dengan kau? Pengawas tak guna!" marah Ji-Hye. Dia mula menolak Sojin sekuat hatinya.

Pergaduhan mula terjadi sesama mereka. Semua pelajar di kantin terkejut. Mereka semua hanya melihat perkara itu.

"Hei! Hei! Sudah!"

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now