Kau.
Kyungsoo berkata dalam hatinya. Dia memandang mata Hera seakan-akan dia mahu mencari sesuatu melaluinya. Hera yang perasan dengan cara Kyungsoo memandangnya mula terkejut. Pipinya mula bertukar merah ibarat strawberri. Em alangkah indahnya dapat makan strawberri celup coklat hahaha.
"K-k-kau tengok apa?!" tanya Hera garang.
"Mata kau..." jawab Kyungsoo.
Hera memang pipinya yang terasa semakin suam dan warnanya semakin merah. Malu rasanya dipandang Kyungsoo. Mana tidaknya kalau lelaki yang pernah menjadi idaman hati memandangnya seolah-olah dia orang istimewa untuk lelaki itu. Untung kau Hera.
"Ish dahlah tu! Janganlah pandang lama-lama! Aku nak makan pun tak senang!" marah Hera.
"Mata kau.." kata Kyungsoo seolah-olah terpukau dengan mata Hera.
"Kenapa?! Lawo ke? Em tahu dah. Ramai noh orang puji betapa lawanya mata aku." kata Hera sambil menyuap sesudu bubur ke dalam mulutnya.
"Ceh perasan! Kalau ya pun nak makan, pergilah cuci muka dulu! Kau kan baru bangun tidur! Tengok tu! Tahi mata bersarang kat mata kau! Ish pergilah basuh dulu!" marah Kyungsoo pula.
"Haaa yeke?!" Hera cepat-cepat mengelap matanya menggunakan jari telunjuk sambil diperhatikan Kyungsoo.
Sedang Hera sibuk membersihkan matanya, tiba-tiba dia terasa tuala lembab menghinggap hujung matanya. Badannya automatik menjadi kaku. Pandangan matanya juga terhenti di lantai. Jantungnya mula berdegup kencang.
Rupa-rupanya Kyungsoo mengelap hujung matanya menggunakan tuala yang lembab. Hera tidak mampu berkata apa-apa kerana mulutnya seolah-olah terkunci. Perasaannya terhadap Kyungsoo mula berubah. Perasaannya bukan lagi perasaan untuk seorang musuh. Tetapi untuk seorang kawan. Lebih daripada kawan.
"Tak payah nak kaku sangat. Aku tahu aku ni sweet," kata Kyungsoo berlagak.
"Ceh! Sweet sangat!" Hera mengalihkan mukanya daripada pandangan Kyungsoo. Kyungsoo pula meletakkan tuala yang lembab itu betul-betul di wajah Hera. "Ambik kau, malas sangat nak cuci muka kan." kata Kyungsoo.
"Ishhh!! Janganlah Kyungsoo! Aku nak makan ni!" marah Hera.
"Nak makan ,makan jelah! Nak aku suapkan ke apa ni?" tanya Kyungsoo.
"Taknak aku!"
Maka mereka berdua pun bergaduh sehingga mengejutkan nenek Kyungsoo.
"Hei apa bising bising ni?!!" marah nenek Kyungsoo sambil mencekak pinggang.
"Ni ha nek!" marah Hera menunjukkan tangannya ke arah wajah Kyungsoo.
"Tak! Dia yang mulakan!" kata Kyungsoo pula.
Tiba-tiba...
TUK TUK TUK TUK!
"Kyungsoo! Buka pintu ni!!"
Mereka memandang antara satu sama lain apabila mereka terdengar bunyi ketukan pintu diselang-selikan dengan suara orang lelaki.
"Siapa tu?" tanya nenek Kyungsoo.
"Entah." kata Kyungsoo mengangkat bahunya.
"Pergi tengok Kyungsoo." arah neneknya.
Kyungsoo akur dan berjalan mendekati pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu dibuka...
"Kau? Kau buat apa kat sini?" tanya Kyungsoo.
Orang itu adalah Luhan. Tanpa menjawab apa-apa, dia terus mencekik Kyungsoo di lehernya dan melekatkan Kyungsoo di dinding rumahnya.
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
FanficLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...