BAB ENAM

2.5K 240 8
                                    

[ Hari lawatan ke hutan gangnam ]

10.30 PAGI.

"PRRRRRRRRWWWWWTTTTTT!"

Seperti biasa Cikgu Jongkook meniup wiselnya untuk mengambil perhatian para pelajar yang sedang sibuk berbual.

"SEMUA PELAJAR BERATUR CEPAT!" tegas Cikgu Jongkook.

Semua pelajar akur pada arahan Cikgu Jongkook. Mereka pun segera beratur kecuali Luhan dan Hera yang memegang jawatan sebagai Ketua dan Penolong Kelab.

"Baiklah semua, sila keluarkan borang penyertaan anda dan tolong hantar kepada Luhan dan Hera." kata Cikgu Jongkook.

Semua pelajar segera mengeluarkan borang penyertaan dan berlari mendekati Luhan dan Hera untuk memberi borang penyertaan.

"Eh sabarlah!"

"Tepilah sikit!"

"Tolong beratur!"

"Beraturlah!" jerit Hera.

Semua mata memandang Hera dengan pandangan terkejut dan serius.

"*batuk* okay tolong beratur." kata Luhan.

Setelah beberapa minit untuk aktiviti penghantaran borang, semua pelajar beratur semula.

"Tengok Luhan dengan Hera tu, dari tadi berkepit je. Dorang couple ke?"

"Entah, agaknya."

"Tapi dorang nampak sweet kan?"

"A'ah macam sesuai,"

"Wah untunglah Hera dapat pakwe hensem macam Luhan,"

"Tahu takpe,"

"Diamlah!"

Sekumpulan pelajar perempuan yang sibuk bercakap tentang Luhan dan Hera terkejut apabila mendengar seseorang menjerit. Rupa-rupanya Kyungsoo.

"Kenapa dengan kau ni Kyungsoo?" tanya budak perempuan itu.

Kyungsoo hanya menjeling. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket dan memandang kawasan lain, sementara menunggu arahan daripada cikgu.

"Kenapa dengan dia tu?"

"Jealous kot,"

"Biarlah dia, buat tak tahu je."

"PRWWWWWWTTTTT! Semua pelajar, sila ambil beg pakaian kamu dan bergerak berdua-dua menuju ke bas! Cepat!" tegas Cikgu Jongkook.

Semua pelajar bergerak berdua-dua menuju ke bas sambil membawa beg pakaian mereka.

"Hai Kyungsoo oppa! Ada partner tak?"

Kyungsoo memusingkan kepalanya mencari suara itu. Rupa-rupanya Chen.

"Kau nak aku jahit mulut kau tak? Biar jadi pendiam sikit," perli Kyungsoo.

"Eleh gurau sikit marah, duduk hutan lah kau." kata Chen pula.

"Memang aku nak duduk hutan, boleh gila duduk dengan kau." marah Kyungsoo.

"Hish dia ni." Chen mula meninggalkan Kyungsoo dan berjalan mendekati sekumpulan gadis.

"Hai, siapa nak duduk dengan saya?" tanya Chen kepada gadis itu.

"Emm taknaklah, kitorang dah ada pasangan." jawab gadis-gadis itu.

"Alah, semua taknak duduk dengan aku ni!" marah Chen sendirian.

"Saya nak duduk dengan awak boleh?"

Chen terkejut. Dia memusingkan badannya 90 darjah ke belakang. Dia ternampak gadis yang sangat cantik berdiri di hadapannya. Rupa-rupanya dia ialah Seohyun, rakan baik Ji-Hye.

"Betul ke ni?" tanya Chen.

"Betul lah!" kata Seohyun tersengih.

"Haa bolehlah," kata Chen. Mereka berdua pun berjalan menuju ke bas yang sedang menunggu mereka.

Kyungsoo pula hanya duduk seorang diri di barisan kedua yang terakhir. Dia memandang ke luar tingkap memerhatikan Luhan dan Hera yang sedang sibuk bergurau senda.

"Kyungsoo, ada orang tak kat sini?" tanya seseorang. Kyungsoo segera memandang bahagian kanannya, Ji-Hye.

"Saya nak duduk sorang," kata Kyungsoo.

"Alah bolehlah Kyungsoo, saya duduk sebelah awak eh?" tanya Ji-Hye.

"Hmm duduklah," kata Kyungsoo dingin.

"Yippie!" Ji-Hye melompat kegembiraan. Dia segera melabuhkan punggungnya di tempat duduk yang kosong itu.

Beberapa minit kemudian, Luhan dan Hera melangkah masuk ke dalam bas. Mereka berjalan mencari tempat duduk yang kosong.
Kemudian, Luhan ternampak tempat duduk yang kosong, betul-betul di hadapan Kyungsoo.

"Hera, duduk sana jom." kata Luhan.

"Okay jom." Kata Hera.

Mereka berdua pun berjalan mendekati tempat duduk yang kosong itu. Kyungsoo hanya memerhatikan mereka berdua dengan pandangan serius.

"Hai Kyungsoo! Eh Ji-Hye?" Luhan pelik.

"Hai Luhan! Hai Hera!" lambai Ji-Hye. Pelik sekali apabila dia juga berbaik dengan Hera.

"Err..hi," kata Hera.

Luhan dan Hera pun duduk di tempat kosong itu. Kyungsoo pula memejamkan matanya dan berpura-pura tidur.

Apabila dia terdengar Luhan dan Hera berbual, mata di sebelah kirinya akan terbuka sedikit memerhatikan mereka berdua. Kemudian, dia memejamkan kedua-dua matanya semula. Apabila dia terdengar suara mereka berdua lagi, dia akan membuka mata sebelah kirinya sedikit.

"Baiklah semua, kita akan bergerak sekarang!" kata Cikgu Jae Suk pula.

"Yeahh!" Semua pelajar bersorak gembira dan teruja.

Kemudian, pemandu bas itu mula memasang radio. Semua pelajar dan guru-guru teruja, mereka semua menyanyi lagu itu bersama.

Now playing: EXO - LOVE ME RIGHT

"No no no no!"

"Yeah yeah yeah yeah!"

"Lagu ni best lah."

"Of course lah sebab EXO nyanyi," [ A/n: okay agak awkward xD ]

Bersambung ....

--------------------------------------------

A/N: Hai semua! Agak boring kan? SORRY :( Saya update ni pun sebab orang request kehkehkeh~ Harap anda semua terhibur. Anyway, chapter ni akan ada sambungan hehe. Terima kasih untuk komen dan vote korang! Anyeong

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now