BAB EMPAT BELAS

2.2K 217 9
                                    

Hari demi hari, hubungan Hera dan Luhan semakin renggang kerana kejadian tempoh hari. Begitu juga dengan Kyungsoo. Mereka berdua tidak bertegur langsung dengan Hera. Walaupun terserempak, mereka seolah-olah tidak mengenali Hera.

Hera seperti biasa pergi ke kantin. Tetapi kali ini Luhan tiada menegurnya. Kebiasaannya Luhan akan berjalan di sebelahnya menuju ke kantin bersama-sama tetapi kali ini hanya Hera sendirian. Sojin dan Jessie pula ada hal dan terpaksa meninggalkan Hera seorang diri.

Hera berjalan seorang diri sambil mengeluh perlahan. "Sunyinya.."

Dia berjalan menuju ke kantin yang sesak dengan pelajar yang sibuk membeli makanan. Suasana di sekelilingnya sangat bising tetapi tidak bagi Hera. Kebisingan di kantin itu semakin lama semakin hilang dan perlahan-lahan Hera jatuh dalam kegelapan dan kesunyian.

Debuk!

"Aduh!" Hera merungut sakit apabila dia terlanggar seseorang menyebabkan dia terjatuh di atas lantai.

Hera menggosok-gosok dahinya yang sakit itu. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya.

Luhan!

Dia ternampak uniform sekolah Luhan yang kotor dengan jajangmyeon. Terbeliak matanya apabila melihat Luhan berada di hadapannya sambil memandangnya tajam.

"L..L..Luhan...m...m...maafkan saya...saya...tak..sengaja," kata Hera gagap.

"Puas hati kau?" tanya Luhan.

"P..puas apa?" tanya Hera keliru.

"Puas hati kau lepas buat aku macam ni? Kau tolak aku. Kau kotorkan baju sekolah aku. Puas? Puas hati kau sekarang?!" marah Luhan.

Semua pelajar yang berada di situ memandang Hera dan Luhan. Mereka terkejut apabila ternampak Luhan memarahi Hera.

"Maafkan saya, Luhan. Saya tak sengaja. Saya cuma..."

"Cuma apa?! Kau memang sengaja nak malukan aku kan? Kan?!" marah Luhan lagi.

Hera merasa bersalah dan bertambah malu. Dia menundukkan mukanya kerana tidak mahu menunjukkan yang dia tidak kuat. Dia mula menangis dalam diam. Kemudian dia berdiri perlahan, "Maafkan saya, Luhan." kata Hera sebelum berjalan meninggalkan kantin sekolah.

Hera terus berjalan kemudian apabila dia tidak mampu bertahan lagi, dia pun mula berlari menuju ke kelasnya.

Alangkah lega rasanya apabila tiada orang di dalam kelas, jadi dia boleh lepaskan semuanya. Dia pun mula menekup mukanya di meja sambil menangis.

Tanpa disedarinya, seseorang masuk ke dalam kelas dan ternampak Hera menangis. Dia cuba untuk mendekati Hera tetapi tiba-tiba sahaja mindanya mengingatkan sesuatu.

"Dia ada Luhan..."

Jadi dia pun menghentikan hasratnya untuk mendekati gadis itu dan berjalan menuju ke tempat duduknya untuk mengambil barang di dalam beg sekolahnya.

Sebelum dia melangkah keluar daripada kelas 1-2, sekali lagi dia memandang gadis yang sedang menangis itu. Hatinya kasihan melihat gadis itu tetapi dia terpaksa berpura-pura seolah-olah dia tidak nampak apa yang terjadi. Demi persahabatan.

-----

Tempat lepak EXO

Kyungsoo sedang duduk seorang diri sambil termenung memandang tasik yang tenang itu. Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

"Kyungsoo!" sergah Chanyeol.

Kyungsoo terkejut. Matanya besar memandang Chanyeol namun riak wajahnya kekal biasa. "Kau nak apa? Tak reti nak bagi salam ke apa?" tanya Kyungsoo serius.

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now