A/n: guys! Saya letak lagu "Don't Go" by EXO, hehehe agak agak nak ambik mood dengarlah sekali sambil baca tu.^^
-------------------------------------------
"Aduh!"
Hera terkejut apabila ternampak Kyungsoo terjatuh. Hera segera berlari memecut laju meninggalkan chen seorang diri.
PZZZUPPPPPPP!
"Uish pebende alah tu?!" kata Chen. Dia menggosok-gosok matanya. Pandangannya semakin jelas. Rupa-rupanya Hera.
"Laju betul dia berlari," kata Chen sambil menggeleng-geleng kepala.
Sementara itu, Hera sudah tiba di gelanggang EXO. Hera ternampak lutut Kyungsoo berdarah.
"Oh no! Bagi saya botol air dan kain cepat!" jerit Hera.
"Nah!" kata Lay sambil menghulurkan botol air Sprite.
"Lay -__- takde masa nak main-main!" marah Hera.
"Kata nak botol air kan?" tanya Lay.
"Air akulah tu! Bak sini!" marah Kyungsoo.
Kai menghulurkan botol air mineral kepada Hera dan kain balut berwarna putih.
"Thanks," kata Hera. Kai hanya mengganggukkan kepalanya.
Hera mula membuka penutup botol air dan menuang sedikit air di atas lutut yang berdarah itu.
"Tak payah! Aku boleh buat sendiri." Kata Kyungsoo serius.
Semua terkejut dengan tindakan Kyungsoo. Terutama sekali Hera.
"Kau ni berlagaklah! Dia nak tolong jelah!" marah Chanyeol. Kyungsoo hanya menjeling.
"Takpelah. Saya pergi dulu." Hera bangun. Dia meletakkan kain balut dan botol air berdekatan dengan Kyungsoo.Dia mula berjalan meninggalkan mereka. Sojin dan Jessie juga berjalan mengikuti Hera.
"Anyeong EXO!" kata Sojin dan Jessie serentak.
"Nanti jumpa dekat kelas!" kata Chen.
Luhan berlari mendekati Hera. Kemudian, dia menghalang mereka untuk meneruskan perjalanan.
"Kejap!" kata Luhan.
"Eh Luhan! Kenapa?" tanya Hera.
"Awak belum makan kan? Nah," Luhan menghulurkan bungkusan sandwich kepada Hera.
"Eh takpelah saya dah kenyang," kata Hera.
Luhan mengambil tangan Hera dan meletakkan bungkusan sandwich itu di atas tapak tangan Hera. "Ambil, saya tahu awak lapar."
"Terima kasih," kata Hera tersenyum.
Luhan menggosok-gosok kepala Hera. "Eat well," kata Luhan sebelum meninggalkan mereka.
"Wah untungnya Hera!" jerit Sojin.
"Tahu takpe," kata Jessie.
-
Hera berjalan sambil diikuti oleh Sojin dan Jessie. Tiba-tiba ada seseorang menghalang perjalanan mereka. Rupa-rupanya Luhan.
"Eh Luhan? Kenapa?" tanya Hera.
"Cikgu..Jae-Suk cari awak," kata Luhan tercungap-cungap.
"Oh dia dekat mana?" tanya Hera.
"Jom ikut saya," Luhan menarik tangan Hera meninggalkan Sojin dan Jessie.
"Eh nak pergi mana tu?" tanya Jessie.
"Tolong ada penculik!" jerit Sojin.
Jessie menutup mulut Sojin dengan tangannya. "Diamlah! Itu kan Luhan!" kata Jessie.
"Oh okay okay," kata Sojin mengangkat tangannya.
Sementara itu,
"Anyeonghaseyo," Luhan dan Hera tunduk di hadapan cikgu Jae Suk.
"Anyeonghaseyo!" kata cikgu Jae Suk teruja.
"Ada apa cikgu cari saya?" tanya Hera.
"Oh, sebenarnya saya akan buat lawatan yang dianjurkan oleh kelab alam sekitar. Awak dan Luhan kan Ketua dan penolong kelab, jadi saya nak awak berdua tolong uruskan pelajar yang ingin turut serta," terang cikgu Jae Suk.
"Oh, lawatannya bila?" tanya Hera.
"Emm minggu depan, 3 hari 2 malam di Hutan Gangnam." kata Cikgu Jae Suk.
"Oh, baiklah cikgu." kata Hera.
"Saya cuma boleh harapkan kamu berdua sahaja sebab kamu berdua ni pelajar yang baik, kan?" Kata Cikgu Jae Suk.
"Ya cikgu," kata Luhan dan Hera serentak.
"Okay, kalau ada apa-apa lagi saya akan panggil kamu." kata Cikgu Jae Suk.
"Kita bincang dalam Line lah cikgu," cadang Luhan.
"Line saya tak berapa okay lah. Asyik lambat je. Selalu G." Kata Cikgu Jae Suk.
"Haha bukanlah cikgu. LINE, cikgu boleh mendapatkannya di Google Playstore." kata Luhan seolah-olah mempromosikan aplikasi LINE.
"Adakah awak sedang buat promosi Luhan?" tanya Cikgu Jae Suk.
"Aniyo. Saya cuma berkongsi maklumat." kata Luhan tersengih.
"Haa yelah. Kalau nak buat promosi panggil saya. Semua orang kenal saya. Lagipun kalau nak dibandingkan saya dengan awak, saya lagi hensem tau. *tengok Hera* betul tak Hera?" tanya Cikgu Jae Suk.
"Haa? Er...ya...ya..." jawab Hera kekok.
"Baiklah, awak berdua boleh bersurai." kata Cikgu Jae Suk.
"Okay." Mereka berdua pun berjalan keluar daripada pejabat Cikgu Jae Suk.
"Em Hera,"
"*tengok Luhan* ya?"
"Saya nak minta maaflah bagi pihak Kyungsoo."
"Kenapa pula?" tanya Hera.
"Er...dia agak kasar dengan awak sebelum ni." kata Luhan.
"Eh takpe. Mungkin dia betul-betul tak nak pertolongan orang lain." kata Hera tersengih.
"Emm tak payah ambil hati sangat dengan dia tu eh?" kata Luhan.
"Baiklah," jawab Hera tersengih.
Tiba-tiba mereka bertembung dengan Kyungsoo. Panjang umurnya. Terkejut dibuatnya.
"Eh Kyungsoo? Kaki kau okay?" tanya Luhan.
"Aku ni bukannya lembik sangat." kata Kyungsoo. Dia pun mula berjalan merentasi mereka berdua menyebabkan bahu mereka terlanggar.
"Ouch!" Keluh Hera.
Kyungsoo tidak mempedulikannya. Dia hanya berjalan begitu sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Hera, awak okay?" tanya Luhan.
"Okay," kata Hera.
"Maaflah dia tu memang kasar sikit." kata Luhan.
"Takpe." jawab Hera.
-------------------------------------------
A/n: Waddup guys! Sorry kalau chap kalini agak membosankan hehe. Saya dah cuba yang terbaik hee~ anyway vote anda sangat dihargai! Thanks untuk 200 pembaca! Thanks sebab vote ^^
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
FanfictionLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...