Setelah Kyungsoo dan Baekhyun mengalami kejadian yang menakutkan di hutan pada malam itu, mereka terlalu takut untuk keluar daripada khemah. Walaupun di siang hari. Saya repeat. SIANG HARI. Siang hari ada ke hantu keluar? Takde takde. Dorang semua tengah berehat and tidur sebelum memulakan tugas mereka menakutkan manusia. Hahahahaha.
"Weh Kyungsoo, Baekhyun! Keluarlah! Dah tengah hari dah ni, korang tak panas ke duduk dalam khemah tu?" tanya Chen tegas.
"........."
"Kenapa dorang ni senyap je? Tidur ke? Eh takkanlah tidur kot. Panas gila ni." fikir Chen.
"Kenapa Chen?" tanya Xiumin yang tiba-tiba muncul.
"Budak dua ekor ni taknak bangun! Tak larat aku kejut dorang." rungut Chen.
"Kau bukalah khemah dorang. Kejutkan," cadang Xiumin.
Chen menganggukkan kepalanya. Dia menurunkan zip khemah itu untuk masuk ke dalam khemah mereka.
"Kyungsoo! Baekhyun! Bangunlah!" Chen menepuk bahu mereka sekuat hatinya. Tetapi usahanya sia-sia kerana mereka tidak membuka mata langsung.
"Eh budak ni dah mati ke?" fikir Chen sendiri.
"Hotak kau!" Xiumin menunjal kepala Chen. "Cubalah cakap tu bertapis sikit!" marah Xiumin.
"alah hyung, aku terfikir je bukannya aku cakap yang dorang ni dah mati," jawab Chen.
"Sama jelah! Tak baik cakap macam tu!" marah Xiumin.
"Aduh hyung! Fikir dengan cakap sama ke? Aku terfikir dan tertanya yang dorang ni dah mati ke? Sebab dorang tak bangun, aku dah pukul dorang kuat kuat kot," jawab Chen.
"Sudah! Malas nak bertekak." kata Xiumin mengalah.
"bertekak tu apa hyung?" tanya Chen.
Xiumin menepuk dahinya. Bengap sungguh Chen ni. Dia pun tidak mempedulikan soalan Chen. Dia cuba mengejut Baekhyun dan Kyungsoo. Alangkah terkejutnya apabila dia merasa suhu badan mereka agak panas.
"Uish! Demam budak ni!" kata Xiumin terkejut.
"Hoh?! Biar betul?!" tanya Chen yang juga terkejut.
"Pergi bagitahu cikgu!" Kata Xiumin.
Chen bergegas keluar daripada khemah berlari mencari Cikgu Jongkook dan cikgu pengiring yang lain.
Sementara itu,
Hera sedang memasak ramen segera bersama Sojin dan Jessie. Tiba-tiba dia terdengar suara.
"Cikgu! Cikgu! Cikgu!"
"Haa kenapa kenapa??!"
"T-t-tu dorang sakit!"
"Siapa??"
"Dorang tu!"
"Dorang tu siapa?!"
"
K-k-kyungsoo dengan Baekhyun!" kata Chen.
"Apa?! Mari kita tengok keadaan dorang!" kata Cikgu Seok Jin. Mereka semua bergegas menuju ke destinasi mereka.
Hera berfikir sejenak.
"Dorang sakit ke? Sakit apa?"
"Hera, kau rasa dorang sakit apa huh?" tanya Sojin.
"Entahlah. Mungkin diorang ada alahan," jawab Jessie.
"Alahan apa??" tanya Hera tiba-tiba menyampuk.
"Alahan terhadap hutan," jawab Jessie.
"Ada ke alahan terhadap hutan?" tanya Sojin.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Me Back | Kyungsoo
FanfictionLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...
