A/n: HI HI HI HI HI HI SEMUA! Dah lama tak update hehehe. Its already 10.1K and 750 voters! OMG tenkyu tenkyu so much ANTIDOTE! ILYSM! Hehehe so bacalah updatenya haha. Ok have fun antidote~
____________________________________________
( Author POV )
*KRRRRINGGGGGGG!*
Jam loceng seperti biasa tepat pukul 7.20 pagi menandakan waktu pelajar berkumpul di dalam dewan sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam kelas.
Semua pelajar berlari-lari anak memasuki dewan sekolah. Seperti biasa, para pengawas yang bertugas masih lagi menjaga pintu utama sekolah.
Sojin berdiri tegak memakai ekspresi muka yang menampakkannya serius dan sekaligus menghilangkan kelembutan di wajahnya. Semua pelajar yang datang lambat tertunduk-tunduk kepala apabila ternampak muka Sojin yang bengis lagi ganas itu.
Seorang pelajar lelaki berjalan pantas sambil memakai tali lehernya. Barangkali dia tidak perasan akan kewujudan Sojin di pintu utama kerana tinggi mereka agak jauh berbeza.
“Hei!"
Pelajar lelaki itu selamba berjalan.
“Woi kau yang telinga capang tu! Mai sini kejap!" Sojin menjerit.
Pelajar lelaki itu pun menghentikan langkahnya dan berpusing menghadap Sojin. Mata mereka bertentang namun Sojin masih lagi memakai wajah yang garang.
Gulp.
“Sini cepat!" marah Sojin.
Pelajar lelaki itu pun segera berlari anak mendekati Sojin. “Haa nak apa?"
“Nak apa? Kau tahu tak kesalahan kau apa?" tanya Sojin tegas.
“Entah. Rasanya tak ada. Kenapa eh?"
“Kau datang lambat. Lepastu tak pakai tali leher. Itu kesalahan kau tahu tak!" marah Sojin lagi.
“Eh kau buta ke? Aku kan tengah pakai tali leher tadi so maksudnya aku dah pakai tali leher tu." jawab pelajar lelaki itu selamba.
“Masalahnya, tengah pakai dah sudah pakai sama ke? Tak kan?" Sojin membalas.
“Hello! Tali leher tu dah ada kat leher aku, aku cuma tinggal lipat lipat je then dah siap. So maksudnya AKU DAH PAKAI!" lawan pelajar lelaki itu.
“Ugh! Sakit hati betul layan kau ni! Siapa nama kau?" tanya Sojin tegas.
“Asal? Kau minat aku ke?" tanya pelajar lelaki itu.
“Ish tak kuasalah aku nak minat orang macam kau." Dahlah capang. bisik Sojin dalam hati.
“Hm dah minat tak nak ngaku. Park Chanyeol nama aku." jawab pelajar lelaki itu selamba lagi.
Sojin segera mencatit nama pelajar lelaki tersebut di dalam buku notanya. “Dahlah pergi masuk dewan sana!" marah Sojin.
Chanyeol pun berjalan selamba meninggalkan Sojin yang garang itu dan segera berjalan masuk ke dalam dewan. Maklumlah hari ini hari Isnin. Hari yang khas untuk menghimpunkan semua pelajar sekolah.
Chanyeol masuk ke dalam dewan dan mencari-cari barisan kelasnya. Beberapa minit kemudian, dia ternampak manusia yang agak pendek sedang berdiri tegak memandang hadapan.
Chanyeol tersengih dah terus berlari mendekati manusia itu.
“Kyungsoo!" sapa Chanyeol.
Kyungsoo menoleh ke belakang dan mendapati orang itu adalah Chanyeol. Mukanya seperti tidak berminat langsung untuk membalas sapaan manusia itu.
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
FanfictionLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...