BAB TIGA BELAS

2.2K 216 25
                                    

Sekolah bermula seperti biasa. Hera berjalan menuju ke kelas 1-2 setibanya dia di sekolah.

Pagi itu keadaan agak riuh di dalam kelas 1-2. Sebaik sahaja Hera melangkah masuk dalam kelas, dia disambut ceria dengan dua orang kawan baiknya, Sojin dan Jessie.

“YOON HERAAAA~!!!!!!"

Terbeliak mata Hera apabila melihat dua orang kawan baiknya berlari mendekatinya. “Eh eh eh korang kenapa ni??” tanya Hera yang masih lagi keliru.

“Heraaa! Kau tahu tak?? Minggu depan ada talent time!! Kitorang nak join talent time tu!" terang Sojin.

“Ohh~ nak join pergilah daftar buat apa cari aku??" Kata Hera dingin.

“Alah kau taknak masuk ke?” tanya Jessie.

“Korang berdua jelah masuk. Aku malas ah,” kata Hera.

“Alah tak bestlah nanti hm. Jomlah Hera. Kau nyanyilah sekali. Takpe, kau nak nyanyi lagu apa? Kitorang bagi kau pilih." pujuk Sojin.

“Takpelah aku okay. Korang pergilah join. Nanti aku datang sokong korang macam saesang fans." kata Hera.

“Alah kau ni. Jomlah Hera!" pujuk Jessie.

“Takpelah. Aku tak nak. Korang jelah masuk. Nanti aku jadi penyokong." jawab Hera tersengih.

“Hmmm, betul ni tak nak masuk?" tanya Sojin.

“Betul. Takpelah aku jadi penyokong korang." jawab Hera.

“Haa yelah. Balik nanti beli sepanduk, beli bunga ros besor-besor. Nanti bila part kitorang, kau balinglah bunga ros sebesar alam tu kat kitorang sambil jerit “Hwaitinggg!!" kata Sojin bersemangat.

“Hahaha boleh je!” jawab Hera.

“Haa jomlah kita duduk. Lepasni masa Cikgu Kwangsoo. Baik kau baca buku teks. Manalah tahu dia tetiba tanya soalan dia yang bengap sikit tu.” kata Sojin ketawa kecil.

“Ha'ahlah. Semalam kan, adik aku Jason tu cerita kat aku pasal Cikgu Kwangsoo.” kata Jessie.

“Kenapa dengan Cikgu Kwangsoo?" tanya Sojin.

“Adik aku cakap, dia bagi latihan kat budak-budak ni. Lepastu dia suruhlah dorang siapkan. Then, adik aku tak faham soalan tu so dia pun pergilah tanya Cikgu Kwangsoo tu.

Dialog Cikgu Kwangsoo dan Jason:

Jason: Cikgu! Ini macam mana meh? Saya tak faham leh. ( Cina kan xD )

C. Kwangsoo: Soalan gini pun tak boleh jawab ke?

Jason: Susah cikgu.

C.Kwangsoo: Cuba baca betul-betul. *tengok soalan* 1000 biji lemon digunakan untuk membuat 500 kotak lemon tea. Ramalkan jumlah air kotak jika kesemua 1000 biji lemon itu rosak dan tidak boleh dipakai.

Jason: Jadi jawapan dia kosong lah kan?

C.Kwangsoo: Salah.

Jason: Habistuuu?

C.Kwangsoo: Jawapan dia air kotak tak dapat dikeluarkan. Apabila orang ramai memberontak sebab lemon tea tak dikeluarkan, pengurus nya pun tutuplah kilang. Hahahahahahaha! Lawak kan soalan tu?

Jason: Er..he..he...he....l-l-lawak sangat tu cikgu. Cikgu dah makan ubat?

C.Kwangsoo: Apa? Cikgu tak sakit buat apa nak makan ubat.

Jason: Tapi saya rasa kes cikgu dah teruk ni. Cikgu patut pergi klinik.

C.Kwangsoo: Kenapa? Awak rasa saya sakit apa?

Jason: Sawan khinzir kot. Hehehehe. Terima kasih cikgu. Saya minta diri dulu. *berlari ke tempat duduk*

C.Kwangsoo: Aku kena sawan khinzir ke? Uish tak boleh jadi ni. Balik kena pergi klinik ni!

“Haa begitulah ceritanya, Cikgu Kwangsoo tu dah jadi tak betul sikit." Terang Jessie.

“Ohhhh barulah aku faham. Tapi dia kan cikgu Sains? Kenapa bagi soalan Matematik?" tanya Hera.

“Dia cuba nak buat lawak kot." kata Sojin.

“Ohh." kata Hera dan Jessie. Mereka bertiga pun berjalan menuju ke tempat duduk.

-----

KRRRRINGGGGGGGG!

“Rehat!!" jerit semua pelajar kelas 1-2.

“Hera, jom cepat pergi kantin!" kata Sojin sambil menarik tangan Hera.

“Ppali ppali!" kata Jessie pula.

“Woi putus juga tangan anak orang.”

Mereka memandang manusia yang bersuara secara tiba-tiba. Rupa-rupanya Kyungsoo.

“Eleh kau sibuk kenapa?" tanya Sojin.

“A'ah! Sibuk je." kata Jessie menjeling.

“Whatever," Kyungsoo menjeling matanya.

Hera makin pelik dengan perangai Kyungsoo. Semakin lama perangainya mula berubah menjadi Kyungsoo yang bersikap kasar.

“Hera, jom kita pergi makan." Tiba-tiba Luhan datang mendekati mereka.

“Eh tak boleh! Dia jadi kuli aku so dia kena teman aku makan! Dah jom Hera." Tiba-tiba Kyungsoo bangun dan menarik tangan Hera jauh daripada mereka.

"Eh eh kau nak bawa dia ke mana tu?!" tanya Sojin.

“Oi penculik! Berhenti!" kata Jessie.

Luhan menahan geram. Dia pun berlari mengejar Kyungsoo dan seterusnya merentap tangan Hera.

“Ouch! Luhan sakitlah!" Rungut Hera.

“Eh kau pehal?!" Kyungsoo menahan Luhan. Dia memandang tajam ke arah Luhan.

“Kau tu pehal?! Tarik tangan dia macam gitu je! Kau ingat dia anak patung ke?!" marah Luhan.

Kyungsoo mendiamkan diri. Dia memandang tajam ke arah Luhan kemudian memandang Hera.

“Dia crush aku. Orang yang aku minat. Tapi sebab kau, Luhan. Aku mengalah. Aku mengalah demi persahabatan kita." bisik Kyungsoo di dalam hatinya.

“Sorry Hera. Aku tak berniat nak buat macam tu." kata Kyungsoo perlahan. Dia kemudian berjalan menuju ke kantin meninggalkan Hera dan Luhan.

Hera hanya memandang Kyungsoo dari jauh. Perasaannya bercampur.

”Hera, awak okay?” tanya Luhan.

Hera memandang Luhan dengan perasaan marah tetapi pada masa yang sama dia juga tidak mahu menyakiti Luhan.

“Saya okay. Saya rasa saya nak rehat jelah dalam kelas." kata Hera.

Dia kemudiannya berjalan menuju ke tempat duduknya.

“Awak sakit ke?" tanya Luhan yang tidak berhenti mendekatinya.

“Saya nak rehat. Saya rasa tak sihat," jawab Hera yang kecewa.

“Betul ke ni? Awak nak saya belikan apa-apa?" tanya Luhan lagi.

“Saya nak rehat jelah! Jangan kacau saya boleh tak?! Awak ni memang selalu nak dekat dengan saya ke?! Saya rimas tahu tak! Kita ni kawan je bukannya lebih pun!" marah Hera yang tidak tahan lagi dengan Luhan.

Luhan terdiam. Dia memandang Hera untuk beberapa minit. “Mianhae Hera. Saya tahu saya tak patut layan awak macam tu. Selama ni saya yang terkejar-kejar. Saya minta maaf."
Luhan pun berjalan meninggalkan Hera. Hera pula menanam mukanya di atas meja kerana merasa bersalah terhadap Luhan. Dia mula menangis kerana merasa bersalah terhadap mereka berdua.

Bersambung ....

-----------------------------------------------

C/N: Hi semua! Sorry kalau agak pendek and agak bosan. Saya busy hehe maklumlah hari raya kan xD sorry sangat sangat! Harap korang terhibur! Komen and votes! Thankyou!

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now