[ Malam ]
Hera sedang sibuk menuangkan air teh panas untuk semua orang. Sojin dan Jessie pula sedang memotong bahan-bahan untuk memasak. Menu makan malam harini adalah kari ayam. Gila ke tidak? Masak kari ayam kat hutan^^ hahaha.
"Hai orang gaji, masak apa?"
Mereka bertiga tersentak apabila mendengar seseorang menyapa mereka. Rupa-rupanya Nam Ji-Hye.
"Kau nak apa?" tanya Sojin.
"Aku cuma nak tengok apa yang korang masak, macam best je." kata Ji-Hye.
"Memang best pun. Kau je tu tak pandai masak, lagi pun kau kan terlalu menjaga penampilan diri." perli Jessie.
"Oh? Mana kau tahu ni? Haha aku memang suka melawa. Lagipun aku memang lawa daripada korang semua." kata Ji-Hye tersenyum sinis.
"Kalau ni lawa tak?"
Mereka berempat memandang ke arah suara lain yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka. Rupa-rupanya Chen berdiri di sebelah Ji-Hye dengan seekor lipas di tapak tangannya.
"Argh! Lipas!" Ji-Hye berlari meninggalkan mereka semua apabila ternampak lipas itu.
"Chen! Kitorang tengah masak lah ni! Buang lipas tu!" marah Sojin.
"Alah taknak! Kesian Boboi aku tau!" marah Chen sambil menutup lipas itu dengan kedua-dua belah tangannya.
"Siapa Boboi?" tanya Jessie.
"Ini lah." Chen menunjukkan lipas di tapak tangannya.
"Aku pun ada," kata Jessie.
"Wah kau pun ada??! Nak tengok!" kata Chen ingin tahu.
Jessie pun menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Kemudian, dia mengeluarkannya semula dengan seekor binatang getah di tapak tangannya.
"Cicak!!!!!!" Chen menjerit ketakutan kemudian berlari meninggalkan mereka.
"Hahahahahahaha!" Jessie ketawa kuat.
"Eihhh Jessie! Buanglah! Gelilah aku!" kata Sojin.
"Ish kau ni semua benda nak buang, mahal tau aku beli." kata Jessie.
"Dahlah tu, cepat masak." kata Hera.
"Okay bos!" kata Jessie dan Sojin serentak.
----
"Wah sedaplah!" kata Baekhyun.
"Siapa masak ni??" tanya Lay.
"Sedap gila!" kata Chanyeol pula.
"Hera, Sojin dan Jessie yang masak kari ni." kata Luhan.
"Ooooohhhhhhh~" kata semua pelajar.
Hera menuang sedikit kari ayam ke dalam sebuah mangkuk untuk dirinya sendiri setelah mengagihkan makanan itu kepada kawan-kawannya yang lain.
Belum sempat dia menjamah, makanannya dirampas oleh orang lain.
"Hei!" marah Hera. Dia memandang orang yang mengambil makananya itu.
Do Kyungsoo.
Terkejut dibuatnya. Dia hanya memandang Kyungsoo serius.
"Kyungsoo, kenapa kau ambil makanan aku ha?!" marah Hera.
"Apa? Aku laparlah. Tak kesian ke kat aku?" tanya Kyungsoo.
"Habis kat aku ni? Kau tak kesian ke?" kata Hera dalam hati.
"Tsk." Hera merungut. Dia pun menuang kari ayam itu ke dalam mangkuk yang lain.
"Hera,"
Dia terdengar suara Kyungsoo memanggilnya.
"Apa?" tanya Hera.
"Emm kari kau..."
"Kenapa?" tanya Hera.
"Kari kau ni kurang perisalah, kau kena tambah cili sikit baru sedap." kata Kyungsoo.
"Tsk. Kau kena faham, aku masak kat hutan." jawab Hera.
"Hmm yelah. Esok kau tolong aku masak. Aku ajar kau cara masak kari yang betul." kata Kyungsoo.
"Eh? Taknak aku!" kata Hera.
"Oh berlagak! Jangan makan eh kalau aku masak." sindir Kyungsoo.
"Hmm tak ingin pun," kata Hera menjeling matanya.
"Eleh padahal nak makan kari masakan aku tu," kata Kyungsoo tersenyum sinis.
"Eh? Tolonglah! Tak ingin pun!" kata Hera.
Dalam hatinya berbunga sahaja. Pelik dengan perangai Kyungsoo ni. Perangai dia ni sebenarnya macam mana? Baik ke tak? Hmm.
"Hera, saya nak kari lagi," tiba-tiba Luhan datang menyampuk perbualan mereka berdua.
"Oh? Okay kejap." kata Hera. Dia mengambil mangkuk Luhan kemudian menuangkan sedikit kari ke dalam mangkuk yang kosong itu. Sedap sangat agaknya.
"Terima kasih," kata Luhan tersengih. Dia kemudiannya duduk bersebelahan Hera. Kyungsoo pula hanya memerhatikan Luhan dengan pandangan serius.
"Sibuk betul," bisik Kyungsoo sendirian.
"Hey bro! Sedap kan kari yang Hera masak ni?" tanya Luhan.
"Bolehlah. Tapi aku punya paling sedap," kata Kyungsoo.
"Ish! Esok kau jelah yang masak!" kata Hera.
"Eleh, orang nak ajarkan taknak. Berlagak betul," kata Kyungsoo.
"Eh sudah korang berdua ni, jangan gaduh." kata Luhan.
"Dia mula dulu!" jerit Hera.
"Kau mula dulu!" jerit Kyungsoo pula.
"Engkau!"
"Engkau!"
"Kaulah yang mula dulu!"
"Ish diamlah burung hantu!"
"Diamlah burung kakak tua!"
"PWWRRRRRTTTTT!"
Mendengar bunyi wisel itu, mereka berdua pun senyap.
"Kenapa awak berdua bergaduh ni?" tanya Cikgu Jong Kook.
"Dia mula dulu." kata Hera.
"Dia tu cikgu!" kata Kyungsoo.
"Sudah!" marah Cikgu Jong Kook.
Mereka berdua pun tunduk ke bawah, tidak berani menjawab atau membantah.
"Disebabkan awak berdua bergaduh, awak berdua akan dihukum," kata Cikgu Jong Kook.
"(⊙_☉)" Mata Hera dan Kyungsoo membesar seperti burung hantu apabila mendengar kata-kata Cikgu Jong Kook.
"Hukum apa pula cikgu?" tanya Kyungsoo.
"Kamu berdua akan menjadi tukang masak sepanjang lawatan ini, hanya kamu berdua." kata Cikgu Jong Kook.
"APA???!!!!"
--------------------------------------------
A/N: Hah best ke tidak? Kena hukum masak dengan Kyungsoo? Wuish gila taknak xD hahahaha!
Sorry sebab update kalini agak pendek, rasanya? lets say this is cliffhangers xD Harap anda semua terhibur. Anyway, terus alert dengan ff ni, mungkin saya akan berada dalam mod 'slow update' selepas ini :( HUHUHUHU TTT.TTT I'm sorry. Komen dan votes akan menjadi gol saya^^
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
Fiksi PenggemarLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...