Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

BAB TUJUH

2.5K 246 12
                                        

Setelah 2 jam berada di dalam bas, akhirnya mereka pun tiba di destinasi mereka iaitu Hutan Gangnam. Semua pelajar keluar satu demi satu daripada bas.

"Luhan, kira semua pelajar ada berapa orang?" Tanya Cikgu Jae Suk.

Luhan akur pada perintah Cikgu Jae Suk. Dia pun mula mengira.

"1,2,3,4,5,6...."

"Eh?" Luhan menggaru-garu kepalanya dan mula mengira semula.

"Kenapa Luhan?" tanya Hera.

"Jumlah peserta 40 orang kan? Saya kira cuma 39 orang pelajar je termasuk kita berdua." jawab Luhan.

"Eh? Pelik? Kejap ya," Hera pun mula berbincang dengan Cikgu Jae Suk dan Cikgu Jong Kook.

Luhan pula bertanya kepada kawan-kawannya.

"Weh korang, geng kita yang pergi 10 orang kan?" tanya Luhan.

"Ha'ah, Kris ada pertandingan hari ni. Pertandingan teater pendek." jawab Xiumin.

Mata Luhan memandang kawan-kawannya semula.

"Emm Tao?" tanya Luhan.

"Tao balik kampung, nenek dia sakit." jawab Baekhyun.

"Chen?" tanya Luhan lagi.

"Chen---" Mereka semua saling memandang antara satu sama lain.

"Weh mana Chen??!" tanya Baekhyun yang mula panik.

"Mana dia mana dia????" tanya Kai yang mula panik juga.

"Mungkin dia tertinggal kot," kata Lay.

"Lay, dia naik bas tu dulu sebelum aku." jawab Kyungsoo dingin.

"Ohh," Lay mengangguk. "Mana dia pergi ha?" tanya Lay.

Luhan pun berlari mendekati Cikgu Jae Suk dan Cikgu Jong Kook.

"Cikgu! Chen hilang!" kata Luhan.

"Apa??!" kata Cikgu Jae Suk dan Cikgu Jong Kook serentak.

"Macam mana ni cikgu?" tanya Luhan.

"Mari kita tungggu untuk beberapa minit dahulu. Awak dan Hera cuba periksa dalam bas." cadang Cikgu Ji-Hyo.

Luhan dan Hera pun berjalan mendekati bas untuk membuat pemeriksaan.

Tiba-tiba mereka ternampak seseorang berjalan keluar daripada bas sambil menggosok-gosok matanya.

"Huwaaaarghhhh!"

"CHEN??!" kata Luhan dan Hera terkejut.

"Oh? Dah sampai eh?" tanya Chen.

"Belum lagi, kitorang berhenti sebab nak beli baju." jawab Luhan perli.

"Ada jual baju? Baju apa? Mahal tak?" kata Chen.

"Ish kau ni buat orang risau lah!" marah Luhan.

Hera pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. Rupa-rupanya Chen tertidur di dalam bas. Mereka bertiga pun berjalan mendekati cikgu dan pelajar lain.

"Haa Chen!"

"Itu pun dia!"

"Mana awak pergi??" tanya Cikgu Jae Suk.

"Saya tertidurlah cikgu. Mianhamnida," jawab Chen menundukkan kepalanya.

"Hm takpelah. Janji dah jumpa." kata Cikgu Ji-Hyo.

"Okay semua, mari kita beratur dan selepas itu kita akan mengembara ke dalam hutan." kata Cikgu Jongkook.

Semua pelajar pun beratur secara bertiga-tiga. Setelah melakukan pemeriksaan kehadiran sekali lagi, mereka pun berjalan bersama-sama mengembara ke dalam hutan.

Love Me Back | KyungsooCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang