BAB SEBELAS

2.3K 222 23
                                    

Hera baru sahaja bangun dari tidurnya. Perlahan-lahan dia menaikkan batang tubuhnya. "Aduh sakitnya!" dia mengeluh sebaik sahaja dia merasa sakit pada tulang belakangnya. Maklumlah, baru sahaja balik daripada kem perkhemahan.

Tiba-tiba dia terdengar telefon bimbitnya mengeluarkan bunyi bip. Dia segera mencapai telefon bimbit itu untuk memeriksa bunyi bip itu. Rupa-rupanya dia telah menerima satu pesanan ringkas.

From: Luhan

MORNING PRINCESS! Did you sleep well? I hope so sebab baru balik dari kem kan? Anyway don't forget your breakfast! ;)

Hera tersengih apabila membaca pesanan daripada Luhan. Baru sahaja dia hendak menekan papan kekunci, dia teringat akan Kyungsoo yang sedang demam.

"Mamat tu dah okay ke belum ek? Dia dah pergi klinik ke belum? Hmm mungkin dah. Tapi mungkin belum? Hmm," fikir Hera.

Dia pun pergi ke group " Kelas 1-2" di aplikasi whatssap untuk mencari nombor telefon Kyungsoo.

To: Kyungsoo

YAH JERK!

Hera menggeleng-geleng kepalanya. Takkan nak tulis macam tu kat orang yang tengah sakit kan? Hera pun mula memadam mesej itu, kemudian menaipnya semula.

To: Kyungsoo

Kyungsoo, em kau dah sihat? Demam kau dah okay?

Hera pun menghantar pesanan itu kepada Kyungsoo. Akhirnya dia mendapat 'bluetick' dan Kyungsoo masih lagi dalam mod 'typing'. Hera terkejut. Hatinya berdebar-debar kerana tidak menyangka yang Kyungsoo akan membalas mesejnya.

Kyungsoo's POV

Kyungsoo sedang sibuk bermain video game di dalam bilik tidurnya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi notification dari telefon bimbitnya.

"Siapa pula mesej aku pagi-pagi ni?" fikir Kyungsoo.

Dia pun mencapai telefon bimbitnya untuk memeriksa pesanannya. Apabila dia membuka notification nya, dia terkejut apabila dia mendapat mesej daripada Hera.

From: Hera

Kyungsoo, emm kau dah sihat? Demam kau dah okay?

Kyungsoo tersengih apabila dia mendapat mesej daripada Hera. "Ingat juga minah ni kat aku," kata Kyungsoo tersengih.

Kyungsoo pun mula menaip mesej untuk Hera.

Aku okay. Thanks sebab risaukan aku. Kalau ada masa datanglah rumah aku. Kalau boleh masakkan aku spagetti sekali eh? Hehehe.

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now