“Heraa~!!!!!!!” Luhan menjerit memanggil nama Hera. Malangnya, van itu sudah pun memecut laju meninggalkannya.
Luhan mula cemas. Dia mula takut. Dia tidak mahu Hera cedera atau diapa-apakan. Jantungnya berdegup laju. Apa yang patut dia buat?!
Luhan berjalan ke hulu ke hilir di tengah tengah jalan. Nasib baiklah jalan itu sunyi. Kalau sesak dengan kenderaan lalu-lalang, silap-silap Luhan pula yang diculik ambulans untuk ke hospital.
Kemudian, dia ternampak kawan-kawannya, EXO sedang bergurau senda sambil berjalan bersama-sama. Luhan segera berlari mendekati mereka.
“Korang! Tolong aku!” jerit Luhan.
Kyungsoo yang sedang ketawa mendengar jenaka Chanyeol terdengar suara Luhan. Mukanya bertukar masam mencuka.
“Apalah mamat ni nak agaknya, berlari-lari. Kalau dah tersungkur atas jalan siapa nak tanggung?” bebel Kyungsoo dalam hati.
“Kenapa Luhan berlari tu?” tanya Chen.
“Dia panggil siapa?” tanya Lay.
“Entahlah abang kau tu Lay. Pergilah tengok dia nak apa. ” kata Kyungsoo serius.
Akhirnya Luhan tiba di hadapan mereka. Tercungap-cungap menyedut udara. Suho yang prihatin itu menepuk belakang Luhan dengan lembut. “Kenapa ni Luhan?” tanya Suho tenang.
“H-Hyung! K-kau kena tolong aku!” kata Luhan cemas menggoncangkan bahu Suho.
“Eh eh kenapa ni? Cuba tenangkan diri dulu. Lepastu baru cerita kat hyung.” kata Suho.
“H-hera k-kena culik!!” kata Luhan dengan nada tinggi.
“A-PA?!!” semua ahli EXO terkejut. Kyungsoo yang dari tadi masam mencuka kerana tak mahu melihat wajah Luhan secara automatik memandangnya dengan mata yang terbuka luas.
“Macam mana boleh jadi begitu?!” tanya Chanyeol terkejut.“A-aku tak tahu. Aku tengah jalan kaki nak balik. Tiba-tiba nampak mulut Hera dah kena tekup dengan dua orang lelaki yang aku tak kenal. Aku cuba kejar tapi tak dapat.” jelas Luhan.
“Ada nampak nombor platnya?” tanya Kai.
“Tak ada pulak. Aku tak perasanlah masa tu. Aku cemas sangat tengok Hera kena culik. ” jawab Luhan.
“Ni semua salah kau tahu tak?! Dari awal semuanya berpunca daripada kau! Kalau kita tak gaduh hari tu, semuanya akan okay. Mungkin kau boleh temankan dia balik macam dulu. At least dia tak balik sorang-sorang! Lepas apa yang jadi kat kita bertiga hari tu semuanya berubah! Kau tengok apa yang dah jadi sekarang! Hera kena culik sebab kau tak ada!” tengking Kyungsoo serius memandang Luhan.
Semuanya terdiam. Terutama sekali Luhan. Dia pun tak sangka Kyungsoo akan tengking dia sebegitu rupa. Kyungsoo yang dia kenal tenang orangnya.
“Apa dah jadi kat korang sebenarnya? Hah? Apa ni? Apa ni?! Aku tak fahamlah!” Lay menggaru-garu kepalanya.
“Ha'ah apa yang jadi kat korang? Korang gaduh ke?” tanya Baekhyun.
“Asal tak cerita sia masalah memasing,” kata Kai serius.
“Dah! Sudah! Sudah cukup sudah! Pasal hal sekecil zarah pun nak bergaduh sebesar gini ke? Bangeh betul. Cuba lah masing-masing fikir apa yang patut kita buat. Bukan bertengkar macam ni. ” tiba-tiba makhluk capang yang tonjang tu bersuara menunjukkan kematangannya dalam menghadapi masalah.
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
FanficLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...