Kereta Mercedes Benz itu akhirnya tiba di rumah Luhan.
“Terima kasih aunty. Terima kasih uncle. Terima kasih Hera.” ucap Luhan.
“Sama-sama Luhan. By the way, ambil lah ni.” Bapa Hera menghulurkan sekeping not 50 won. ( Saya pun tak tahu jumlahnya berapa haha)
“Eh? Kenapa pula ni uncle? Kenapa bagi Luhan duit?” tanya Luhan terkejut.
“Buat beli ubat. Hidung kamu berdarah kan tadi? Esok pergi klinik beli ubat,” kata bapa Hera.
"Betul tu Luhan, you kena check hidung you tu. Takut retak ke apa susah nanti,” sokong Mrs. Hyuna.
“Eh takpelah uncle, aunty. Luhan okay.” jawab Luhan segan.
“Jangan tolak rezeki Luhan. Tak baik. Ambillah. Uncle ikhlas." Kata bapa Hera.
“Baiklah. Terima kasih pakcik. Saya balik dulu ya." Kata Luhan sebelum melangkah keluar daripada kereta.
Setelah kereta Mercedes Benz itu berlalu pergi, Luhan masuk ke dalam rumahnya.
“Saya dah balik,” kata Luhan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
“Luhan!” Mama Luhan, Mrs. Xi menyambut kepulangan anaknya dengan gembira.
Dia memeluk anaknya gembira. Luhan pula pelik dengan sikap mamanya yang sangat gembira itu. Nak dikatakan hari jadinya, dah lama benar tarikh penting itu terlepas. Ulang tahun perkahwinan? Tak mungkin lah.
“Eh mama! Whats wrong? Kenapa happy sangat ni?” tanya Luhan pelik.
Akhirnya Mrs. Xi meleraikan pelukan itu. Dia melihat wajah Luhan sambil tersenyum. “Papa dapat tawaran kerja kat Taiwan!”
Luhan masih pelik dan tidak dapat memproses kata-kata ibunya. “Sorry? What did you mean?”
“Kita akan pindah Taiwan, Luhan!” jerit Mrs. Xi gembira.
Luhan terkejut. Terbeliak matanya apabila mendengar kata-kata ibunya. Badannya kaku. Dia terasa seolah-olah semuanya terhenti. Keluarganya akan berpindah ke Taiwan. Itu bermaksud mereka akan tinggalkan Korea, bukan?
"Mama, are you sure?” tanya Luhan mencari kepastian.
“Yes Luhan!” kata Mrs. Xi teruja.
“Kalau Luhan tak nak pindah macam mana?” tanya Luhan.
Kali ini Mrs. Xi terkejut. Dia memandang Luhan pelik. “Bagi mama sebab kenapa tak nak pindah,” kata Mrs. Xi.
“Luhan sayang Korea. Kawan-kawan Luhan." Dia memandang ke lantai. And Hera..
“Luhan, kita tak ada sesiapa pun kat sini. Kawan tu boleh cari bila-bila masa je. Anak mama kan hensem, mesti ramai kawan. Kamu tak perlu risau tentang kawan.” jawab Mrs. Xi selamba.
“Mama, mama tak faham. Kawan yang betul bukan senang nak cari.” jawab Luhan.
“Haish. Okay okay. Mama bagi kamu peluang tinggal di Korea sampai kamu habis sekolah. Then, kamu akan sambung pengajian kamu di Taiwan. Okay?” kata Mrs. Xi.
Luhan mengangguk perlahan. Wajahnya menunjukkan yang dia tidak berminat langsung dengan pujukan ibunya. Dia tetap mahu tinggal di Korea.
“Okaylah mama. Luhan naik atas dulu. Luhan nak rehat," kata Luhan. Mrs. Xi menganggukkan kepalanya.
Luhan berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia akhirnya merebahkan diri di atas katilnya. Matanya fokus memandang siling. Kejadian yang berlaku antara dia, Kyungsoo dan Hera hari ini adalah kejadian yang paling teruk dia pernah alami. Dia pun tak sangka dia akan bertindak ganas seperti itu terhadap kawan baiknya, Kyungsoo.
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
ФанфикLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...