BAB SEMBILAN

2.4K 240 12
                                    

A/N: Asalamualaikum semua~ maaf sebab lambat update. Harap korang semua terhibur :) Anyway, selamat berpuasa hehehe ✌

---------------------------------------------

"APA??!" jerit Kyungsoo dan Hera serentak.

"Tak payah nak apa-apa sangat, itu akan menjadi hukuman untuk kamu berdua dan keputusan saya muktamad." kata Cikgu Jongkook.

Kedua-duanya tunduk, resah memikirkan yang mereka berdua dihukum memasak sepanjang kem perkhemahan.

"Takpe Hera, saya ada." Luhan cuba memujuk Hera.

"Eleh mamat ni sibuk sangat kenapa?!" bisik Kyungsoo dalam hati.

"Kalau kau ada pun kenapa Luhan? Kitorang berdua yang kena hukum, bukan kau." kata Kyungsoo tiba-tiba menyampuk.

"Takpelah, nanti aku tolong korang." kata Luhan.

"Tak payah. Kang nanti tak pasal-pasal Cikgu Jongkook hukum kau juga." kata Kyungsoo bengis.

"Takpelah. Lagi aku suka! Hehehe." kata Luhan tersengih.

Kyungsoo hanya menjeling tajam. Dia bangun dan berjalan menuju ke tempat lain meninggalkan Luhan dan Hera.

"Dahlah Hera, jom kemas-kemas. Hari pun semakin lewat," kata Luhan.

"Okay," Hera bangun dan berjalan menuju ke meja yang penuh dengan makanan dan alat-alat memasak. Dia mengemas meja makan sambil dibantu Luhan.

---

[ Jam 11.55 malam ]

"Aduh sakit perutlah pulak!"

Baekhyun mencari-cari lampu suluh di dalam beg pakaiannya.

"Ish mana pulak ni," kata Baekhyun yang mencari lampu suluhTergaru-garu kepalanya mencari mana letaknya lampu suluh itu.

Dia ternampak Kyungsoo yang sedang nyenyak tidur. Dia cuba mengejutkan Kyungsoo.

"Kyungsoo, bangun. Teman aku kejap," kata Baekhyun.

"Apalah," kata Kyungsoo dengan matanya tertutup.

"Teman aku kejap. Aku sakit perut ni," kata Baekhyun.

"Sakit perut pergilah berak sana buat apa cari aku," kata Kyungsoo sambil menggaru-garu lehernya dek kerana digigit nyamuk.

"Alah Kyungsoo, kejap je." kata Baekhyun.

Kyungsoo pun menaikkan batang tubuhnya. Matanya terbuka luas memandang Baekhyun yang menganggu tidurnya.

"Hehehe, peace yo." Kata Baekhyun sambil membuat stail 'peace'.

"Kacau je aku nak tidur," rungut Kyungsoo.

Kyungsoo membuka zip khemah itu untuk keluar. Belum sempat dia melangkah keluar, Baekhyun sudah memeluk lengannya.

"Kau ni dah kenapa?" tanya Kyungsoo.

"A-a-aku ta-takutlah ngok." kata Baekhyun.

"Kalau takut tak payah pergilah," kata Kyungsoo.

"Eh eh jangan! Kalau aku tak berak sekarang nanti sembelit pula," kata Baekhyun.

"Ish pondan ni," rungut Kyungsoo.

"Eleh! Daripada kau, burung hantu!" perli Baekhyun.

"Tak payah pergilah gini," kata Kyungsoo.

"Eh okay okay! Sorry bro, tapi aku memang tak tahan sangat ni." kata Baekhyun.

"Haish dah jom," Kyungsoo pun melangkah keluar daripada khemah bersama Baekhyun. Sebelum melangkah setapak lagi, Kyungsoo memerhatikan hutan itu terlebih dahulu. Hutan yang gelap. Penuh dengan binatang dan makhluk-makhluk yang penulis sendiri tak nak gambarkan. Faham kan? Hehehe.

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now