BAB DUA PULUH

2.1K 199 11
                                    

“Kau tolong aku, aku tolong kau." cadang Hera.

Taehyung tersengih. Dia mengelap darah yang mengalir di hujung bibirnya. Dia merenung wajah Hera untuk seketika. Apa yang dia akan dapat daripada gadis ini sekiranya dia membantunya melarikan diri? Kebebasan? Tak mungkin kerana dia pasti akan diburu oleh konco-konco bapanya yang berperangai syaitan itu.

”Apa yang aku akan dapat kalau aku tolong kau?" tanya Taehyung.

“Apa yang kau nak? Cuba bagitahu," kata Hera.

“Aku nak..."

“Nak apa?" tanya Hera lagi.

“Kebebasan,"

Hera terdiam mendengar permintaan Taehyung. Tapi dia akhirnya tersenyum. “Boleh, tapi kau kenalah tolong aku dulu." kata Hera.

“Bukan senang nak lari budak, bapak aku tu tinggi egonya. Dia takkan biarkan kau pergi macam tu je," kata Taehyung.

“Belum cuba belum tahu." jawab Hera.

“Suka hatilah." kata Taehyung.

“Tapi kau akan tolong aku kan?" tanya Hera.

“Boleh." jawab Taehyung.

Hera mengeluh lega. “Terima kasih Taehyung,"

Taehyung mengukir senyuman. “Kau tidurlah dulu. Esok baru kita boleh jalankan plan kita," kata Taehyung.

“Plan? Eh bila masa kita ada buat plan?" tanya Hera.

“Tunggu jelah esok," kata Taehyung lagi.

Dia membuka jaketnya. Kemudian, dia mencampakkannya kepada Hera. Hera terkejut dengan perbuatan Taehyung namun belum sempat dia berkata apa-apa, Taehyung sudah memberitahunya sesuatu.

“Pakai ni. Kita tidur sini satu malam. Kau pakailah baju aku tu, jadikan sebagai selimut." kata Taehyung.

“Tangan aku kena ikat, aku tak boleh nak ambik baju kau tu." kata Hera. Taehyung kemudiannya cuba bangun. Namun tidak boleh. Dia kemudian mengheret dirinya sendiri menggunakan seluruh tenaganya. Dia mengambil jaketnya kemudian menebarkannya di atas bahu Hera. Hera agak terkejut dengan perbuatan Taehyung. Namun dia hanya mendiamkan diri.

“Maaflah kalau tak selesa. Satu malam je. Bertahan sikit dengan tempat lama ni," kata Taehyung.

“Okay Taehyung." jawab Hera tersenyum.

Taehyung mengheret semula dirinya menjarakkan dirinya daripada Hera. Dia menyandarkan belakangnya di dinding. Kemudian, dengan sokongan tangan, dia berbaring di atas lantai kotor dan berhabuk itu. 

Hera berasa kasihan dan pada masa yang sama dia gembira kerana di sebalik jenayah yang dia terpaksa lakukan, tersimpan kebaikannya terhadap insan lain.

“Taehyung," panggil Hera.

“Hmm," gumam Taehyung.

“Selamat malam." kata Hera.

“hmmm tidurlah, selamat malam." jawab Taehyung. Dia menyilangkan tangannya dan mula memejamkan mata. Begitu juga dengan Hera.

Tanpa disedari, perbualan mereka didengari oleh konco-konco bapa Taehyung.

----

( Kyungsoo POV )

Malam itu aku tidak dapat tidur. Lepas apa yang aku dengar daripada Luhan petang tadi. Hera kena culik? Betul ke? Haish kenapalah boleh jadi macam tu.

Aku memandang siling. Aku terfikir bagaimana keadaan Hera sekarang. Adakah dia sudah makan? Dapatkah dia tidur dengan selesa? Yang paling penting,......

Love Me Back | KyungsooWhere stories live. Discover now