KRINGGGGGGG!
Semua pelajar sekolah menengah Gangnam berlari-lari anak menuju ke tapak perhimpunan.
Hera dan kawan-kawannya sudah pun beratur di barisan kelas mereka. Jauh di dalam hatinya, dia sedang mencari seseorang. Matanya melilau mencari kalau ada kelibat atau bayang seseorang.
"Weh, kau cari siapa?"
Hera memusingkan kepalanya. Kawannya Jessie, menyapa.
"Apa? Takde cari sesiapa pun," jawab Hera. Dia kembali kepada tugasnya yang seperti cctv itu memerhatikan setiap pelajar dari barisan kelas yang berlainan untuk mencari seseorang.
Seperti biasa, seorang pengawas sekolah yang bertugas sebagai pengacara majlis memulakan perhimpunan pagi sekolah.
"Anyeonghaseyo dan selamat sejahtera, yang berusaha pengetua sekolah menengah Gangnam, Puan Guk-Joo; barisan penolong kanan, Encik Ji Seok-Jin, Puan Song Ji-Hyo, guru-guru dan rakan-rakan sekalian,"
"wah Sojin jadi MC lah!" teriak Jessie ceria.
"mestilah, dia kan penolong ketua pengawas." kata Hera pula.
"Jom kita main imagine nak?" tanya Jessie.
"Okay okay! Jom kita cuba try! Kali ini kita jadi MC untuk Music Bank!" kata Hera yang mula bermain-main.
"Okay jom!" kata Jessie.
Walaupun dalam perhimpunan, mereka sempat lagi bergurau-senda tanpa menghiraukan orang sekeliling.
"Anyeonghaseyo! Jeoneun Yoon Hera imnida! Hari ini kita akan menyaksikan em siapa ya?---" kata Hera.
"VIXX dan BTS yang akan berlawan pada hari ini! Dengan itu mari kita mulakan!" kata Jessie pula.
"Oh MUSIC MUSIC START!" kata Hera dan Jessie serentak.
Mereka berdua mula ketawa bersama-sama.
"Pelajar, tolong diam sekejap."
Tiba-tiba mereka ditegur dengan suara lelaki. Hera dan Jessie segera memusingkan kepalanya memandang pemilik suara itu.
Rupa-rupanya Kim Jun Myun a.k.a Suho. Dia ialah ketua pengawas sekolah menengah Gangnam. Dia adalah orang yang disegani ramai, terutama sekali perempuan. Dia dihormati oleh semua guru-guru dan rakan-rakannya. Dia juga adalah orang yang mendapat surat dan snek setiap hari. Sebab apa? Dia mempunyai ramai peminat di sekolahnya.
Hera segera memusingkan kembali kepalanya sambil menunduk malu. Jauh di dalam hatinya rasa malu yang tak tertahan apabila dia dimarahi di hadapan pelajar lain.
"Tulah, bising sangat. Kan dah kena marah,"
Hera sekali lagi mengangkat kepalanya mencari pemilik suara itu. Dia ialah Nam Ji-Hye. Seorang gadis yang suka mencari kesalahan orang dan seorang yang berlagak.
"Eleh diamlah kau! Sibuk je!" marah Hera.
"Kau siapa nak suruh aku diam? Ayah aku orang ternama tau. Aku boleh saman kau sebab meninggikan suara dengan aku." kata Ji-Hye berlagak.
"Ingat aku takut ke?" tanya Hera marah.
"Eh ada orang marahlah," kata Ji-Hye kepada kawan-kawannya.
"Sudahlah tu. Jangan layan sangat perempuan ni," bisik Jessie.
Hera menggenggam tangannya, cuba menahan geram. Ji-Hye pula memberi senyuman sinis kepadanya.
---------
"Okay pelajar semua, siapkan semua tugasan saya dan hantar pada esok pagi di atas meja saya." kata Encik Lee Kwangsoo yang mengajar mata pelajaran sains.
"Baik cikgu," kata semua pelajar serentak.
Encik Lee Kwangsoo berjalan keluar daripada kelas 1-2, sebelum itu dia memandang anak-anak muridnya sekali lagi.
"Kenapa cikgu?" tanya Chen.
"Berapa banyakkah tompok yang ada di badan zirafah?" tanya Encik Lee Kwangsoo serius.
Pelajar saling memandang antara satu sama lain. Ada yang mencari jawapan. Ada yang berasa pelik. Ada juga yang tidur.
"Jawablah berapa," tanya Encik Lee Kwangsoo.
"Emm 500?" kata Baekhyun.
"Salah." kata Encik Lee Kwangsoo.
"1000?" kata Chanyeol pula.
"Kurang tepat," kata Encik Lee Kwangsoo.
"Habis tu berapa?" tanya Xiumin pula.
"Ya, ---- saya pun tak tahu," kata Encik Lee Kwangsoo kemudian berjalan meninggalkan kelas itu.
"Ish apalah cikgu Kwangsoo tu, bagi soalan kat orang tapi dia tak tahu jawapan." kata Tao.
"Kenapa? Kenapa? Apa yang dah jadi?" tanya Lay yang baru sahaja bangun daripada tidurnya.
"Kau tidur jelah, sibuk je nak tahu." kata Kyungsoo sambil menutup mata Lay.
Hera tersenyum memandang gelagat sekumpulan pelajar lelaki yang terkenal dengan nama EXO. Mereka adalah kumpulan lelaki yang terkenal di sekolah dan setiap seorang daripadanya ada peminat. Untung Hera belajar di kelas yang sama dengan pelajar lelaki popular dan juga duduk di satu kelas bersama crushnya, Do Kyungsoo.
Tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan berjalan stail catwalk mendekati EXO. Dia adalah Ji-Hye. Musuh utama Hera.
"Oppaa~ nanti kita rehat sama-sama okay?" kata Ji-Hye kepada Kyungsoo.
Semua ahli EXO memandang Ji-Hye pelik. Ada juga yang berasa annoying dengan gadis itu. Tahu kenapa? Sebab gedik sangat.
Hera sekali lagi menggenggam tangannya.
"Kalau aku dapat tampar muka kau...peh memang aku takkan lepaskan," kata Hera yang sedang menahan geram.
"Weh sabar Hera, sabar." kata Jessie cuba menenangkan Hera.
"Hera, buat tak tahu je. Dia memang macam tu," kata Sojin.
"Yelah yelah," kata Hera. Dia mengeluarkan novelnya dan berpura-pura membacanya untuk menghiraukan Ji-Hye.
-
A/N: Anyeonghaseyo! Pertamanya, saya nak minta maaf sebab lambat update. Kedua, saya dah tukar jalan cerita. Sorry guys. Vote dan komen anda sangat dihargai. Anyeong~
YOU ARE READING
Love Me Back | Kyungsoo
FanficLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...