Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

SPECIAL CHAPTER ❀

2.9K 225 36
                                        

A/n: Hello semua pembaca LITA & peminat-peminat abang ( katako) Kyungsoo (*^▽^*) Seperti yang semua orang tahu, cerita ini sudah pun tiba di penghujung jalan tapi masih lagi ada persoalan yang belum terjawab, kan? Ada kan? Jadi kali ini saya tulis special chapter khas untuk korang semua, harap kamu semua terhibur. Enjoy!

____________________________________________

“Hera, kamu dah siap belum? Cepatlah pergi tunggu bas kamu! Nanti terlambat!" jerit Mrs. Hyuna dari dapur.

Hera bergegas keluar dari kamar apabila dipanggil ibunya. Tanpa berkata apa-apa, terus dia berlari mendekati dapur. Dia ternampak Taehyung sedang menyapu jem coklat di atas sekeping roti bakar.

“Taehyung oppa! Bagi Hera dulu eh? Hera dah lambat ni!" kata Hera dan terus merampas roti itu daripada tangan Taehyung.

“Yah Hera~!!!" jerit Taehyung namun Hera sudah pun hilang dari pandangannya.

“Kenapa ni jerit-jerit? Pekak telinga mama," rungut Mrs. Hyuna.

“Hera ambil roti Taehyung," kata Taehyung memuncungkan bibirnya.

“Hmm, Hera dah lambat. Takpelah. Buat lagi satu." kata Mrs. Hyuna tenang. Dia mengusap perlahan rambut anak angkatnya itu.

Ya. Selepas Taehyung dikeluarkan daripada lokap, dia tiada hala tuju atau pun rumah untuk berteduh. Sebagai balasan atas budinya, Mrs. Hyuna dan suaminya bersetuju untuk menjadikan Taehyung dan kawan-kawannya sebagai anak angkat.

“Kamu tak kerja ke hari ini?" tanya Mrs. Hyuna.

“Kan Taehyung dah bagitahu mama, Taehyung akan jaga mama kat sini. Lagipun anak mama yang dua orang tu dah kerja." jawab Taehyung manja.

“Tapi tak bolehlah nak duduk rumah saja. Kamu tu dah besar. Nanti macam mana kamu nak sara hidup kamu kalau kamu dah berkeluarga nanti?" tanya Mrs. Hyuna lagi.

“Taehyung dah ada keluarga sekarang. Taehyung dah bersyukur sangat-sangat." jawab Taehyung.

Beberapa minit kemudian, muncul Jimin dan Jungkook sudah bersiap dengan uniform mereka dan bergegas berlari mendekati ibu angkatnya.

“Eomma, kitorang pergi kerja dulu ya? Anyeong!" kata mereka berdua setelah meminta izin.

“Kalau ya pun, makanlah sarapan dulu." kata Mrs. Hyuna.

”Tak boleh mama. Banyak penghantaran pizza yang kami belum hantar." jawab Jungkook.

“Oh yalah, baik-baik tau." Pesan Mrs. Hyuna.

“Kerja elok-elok tau!" jerit Taehyung.

“Yelah~" kata Jungkook.

Mereka berdua pun segera menyarungkan topi keledar mereka dan memecut laju sebaik sahaja enjin dihidupkan. Ya, Jungkook dan Jimin yang menjadi anak angkat Mrs. Hyuna dan Mr. Woobin pun bekerja sebagai penghantar pizza. Walaupun tak seberapa namun mereka seronok dengan pekerjaan mereka.

---

Hera sudah pun berada di stesen bas. Dia menunggu kehadiran bas untuk ke bandar Ilsan. Tiba-tiba dia merasakan getaran di dalam koceknya. Hera segera menyeluk koceknya untuk mengambil telefon bimbitnya yang menghasilkan getaran itu.

From: Kyungsoo

Hi Hera ❀

Hera tersenyum dan pada masa yang sama terkejut tahap nak pengsan apabila mendapati pengirim mesej itu ialah Kyungsoo. Sakit otot-otot pipinya kerana tersenyum lebar.

To: Kyungsoo

Hi Kyungsoo ☆

Hera tersenyum lagi apabila mesej itu dihantar. Beberapa minit kemudian, bas untuk ke Ilsan tiba di hadapan stesen bas.

Love Me Back | KyungsooCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang