Setibanya di rumah Kyungsoo, mereka pun akhirnya keluar daripada perut van. Kemudian, mereka berjalan bersama-sama mendekati pintu utama rumah itu.
“Rumah oh rumah! Ada orang tak kat dalam?!" jerit Chen.
“Lembab!" Baekhyun menunjal kepala Chen.
“Aduh! Engko pehal?!" marah Chen.
“Datang rumah orang lain kali bagi salam, ketuk pintu dulu." kata Baekhyun.
“Eleh, maaf ler!" marah Chen kemudian mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada Baekhyun.
“Ehem ehem!" Baekhyun membersihkan anak tekaknya.
“Hello, ada orang tak kat rumah?" tanya Baekhyun dengan gaya seorang budak perempuan.
“Hm kau ingat comel ke?" tanya Kai.
“Entah. Macam bapuk sesat je aku tengok," perli Chen.
“HELLO~! Bapuk tak hensem macam aku tau!" kata Baekhyun.
Chen dan Baekhyun sekali lagi bergaduh di hadapan rumah Kyungsoo. Yang lain hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur.
“Ehem!"
Tanpa disedari, pintu akhirnya dibuka dan muncullah seorang nenek di hadapan pintu rumah.
“Omo!"
“Kita salah rumah ke?!"
Mereka semua terkejut apabila melihat seorang nenek di hadapan mereka. Nenek itu tersengih.
“Ish ish ish. Apalah budak-budak sekarang. Nenek ni....Kyungsoo halmeoni, kamu semua nak lawat dia ya?" tanya nenek itu.
“Ha'ah halmeoni," jawab Suho.
“ Oh baguslah. Masuk ler dalam, buat apa tercegat lagi?" tanya nenek itu tersenyum. Nenek itu kemudian ternampak Chen dan Baekhyun yang masih lagi sibuk bergaduh.
“Kaulah pondan!" marah Chen.
“Kaulah!" kata Baekhyun.
“Hei kamu berdua! Buang tebiat ke bergaduh depan rumah orang? Nak aku ketuk sorang-sorang guna tongkat ni?" tanya nenek itu sambil menunjukkan tongkatnya.
Chen dan Baekhyun berhenti bergaduh. Mereka segera berlari mendekati nenek itu untuk memeriksa tongkatnya.
“Wah halmeoni! Tongkat ni ada kuasa eh?" tanya Chen.
“Mana halmeoni jumpa tongkat ni? Nampak macam dah bertahun je?" tanya Baekhyun.
“Tongkat ni warisan zaman temurun. Ada power tau. Kalau korang nak tahu, tongkat ni berguna untuk budak-budak," jawab nenek itu.
“Wah! Tapi apa kegunaannya nenek?" tanya Chen yang ingin tahu.
“Kegunaannya untuk mengetuk kepala budak-budak buang tebiat macam kamu berdua ni!" kata nenek itu sambil mengetuk kepala Baekhyun dan Chen dengan tongkatnya.
”Aduh nenek! Sakit!" rungut mereka berdua.
Hera dan kawan-kawan yang lain hanya mentertawakan Baekhyun dan Chen.
“Sudah! Jom masuk dalam! Nenek masakkan kamu semua makanan yang sedap!" kata nenek itu.
“ Makanan?! Wah! Nak ! Nak!" Jerit Sehun kegembiraan.
“Akak roti! Ada makananlah! Jom masuk!" Sehun menarik tangan Jessie ke dalam rumah Kyungsoo.
“Tidakkkk!" Jessie cuba untuk melepaskan diri daripada Sehun tetapi tidak boleh. Hera melambaikan tangannya kepada Jessie.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Me Back | Kyungsoo
FanficLOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terhadapnya. Perasaan cemburu mula menguasai Kyungsoo apabila dia sering ternampak Luhan bersama Hera. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mampuka...
