Bab 1

143 4 0
                                    

Yasfar termenung jauh mengenang kejadian yang berlaku di Subang. tanpa sedar Kopi Latte yang ada di meja sudah sejuk.

"You termenung apa tu?" Soal Syanim 

Yasfar tersentak dari lamunan

"Eh, sayang, Bie tengah fikir pasal interview abang minggu lepas kat Subang" Kata  Yasfar cuba berdalih

"Macam mana Bie, dapat tak?" Soal Syanim

"Susah la, sia-sia je Bie bazir masa ambik kursus pilot sebelum ni" Keluh Yasfar

"Susah la Malaysia ni macam mana nak maju" Rungut Syanim sambil menghirup frappe yang separuh luak.

"Jadi  Bie nak teruskan bisnes pisang cheese tu?" sambung Syanim

"Apa Bie boleh buat. Lagipun Bie tengah promote bisnes Bie dekat Tiktok" Jawab Yasfar

"Sya bukan apa, rugi Bie belajar susah-susah tapi jual Pisang Cheese je" Keluh Syanim

"Tak apa la, janji rezeki halal" Yasfar cuba memujuk diri

Otaknya ligat memikirkan apa yang berlaku semasa temuduga minggu lalu

"Saya nampak awak ada kelayakan, rupa pun ada cuma nak jadi Pilot ni bukan mudah. Bukan macam drive Bas atau Teksi" Kata Encik Ezzul kepada Yasfar

"Saya janji saya akan buat yang terbaik dan cuba belajar sepantas yang mungkin" Kata Yasfar

"Kenapa awak nak jadi Pilot sedangkan banyak lagi career lain awak boleh masuk. Nak jadi model pun laku tengok penampilan awak ni" Kata Encik Ezzul

"Saya minat nak jadi Pilot sebab dulu arwah ayah selalu bawak saya pergi airport tengok kapal terbang. Saya minat nak jadi pilot sejak kecik lagi" Terang Yasfar

"Macam ni la, syarikat kami masih baru di Malaysia. Kami guna kapal terbang turboprop itu pun hanya route Pulan Redang dan Pulau Tioman je. Jawatan Pilot ni untuk kapal terbang yang bakal kami beli untuk penerbangan Domestik di masa hadapan. Kami nak Pilot berpengalaman untuk memudahkan training kami" Encik Ezzul cuba mematahkan semangat Yasfar.

Yasfar tertunduk sedih. Dia berasa patah semagat. Jika syarikat kecil tak mahu terima dia macam mana dengan syarikat besar lain yang terkenal sudah tentu kena tolak. Syarikat KSK Airline ini peluang terakhirnya.

"Macam ni, saya ada satu cadangan. Awak ikut saya lunch. Mungkin kita boleh discuss cara lain untuk bantu awak" Kata Encik Ezzul

Yasfar menatap encik Ezzul dengan penuh harapan.

"Bie!" Tegur Syanim membuatkan Yasfar tersentak dari lamunan

"Jom, kita gerak balik!" Ajak Syanim meninggalkan J.Co Coffee di IOI City Mall

"Jom!" Kata Yasfar

Dalam perjalanan ke tempat perkir kereta Yasfar terlanggar seorang pemuda yang leka dengan telefon bimbitnya.

"Sorry! Saya tak sengaja" kata pemuda itu

"Sorry, Sorry, You tak ada mata ke apa?" Jerkah Syanim

"Sudah sayang, jom kita balik" Pujuk Yasfar

"Saya mintak maaf bang" Ujar pemuda itu kesal

"Nama you siapa?" Jerkah Syanim sambil merakam pemuda itu

"Kau kenapa nak rakam-rakam ni?" Tengking Pemuda itu

Syamin menjadi seriau setelah ditengking.

"Dah sayang, kita balik. Jangan cari pasal kat sini" Yasfar menegur Syanim

Syanim terdiam dan menyimpan semula telefon bimbitnya

"Sorry bro, kita lupakan hal tadi" Kata Yasfar sambil menghulurkan tangan untuk bersalam

"Aku jugak, sorry sebab langgar tadi" Jawab Pemuda itu lalu berjabat tangan dengan Yasfar

"Aku Yasfar, nama bro?" Yasfar memperkenalkan diri

"Aku Naim. Sorry pasal tadi" Kata Naim

"Takpe, aku gerak dulu. Sorry jugak pasal girlfriend aku tadi" Jawab Yasfar lalu menarik tangan Syanim ke kereta

Sengsara: Kasih TerlarangWhere stories live. Discover now