Bab 58

36 3 0
                                    

Naim tiba di rumah. Dia merenung foto yang diberi Adib kepadanya. Dia teringat apa yang dikatakan Adib kepadanya

"Naim, I return balik barang you" Kata Adib sambil memulangkan foto kanak-kanak bertulis Hizzul

"Mana kau dapat ni?" Soal Naim

"Time I pack nak pindah rumah I terambik foto ni" Jawab Adib

Naim menatap foto tersebut. Dia mengeluarkan satu lagi foto kanak-kanak bertulis Hadib lalu merapatkan kedua-dua foto. Kini foto tersebut melengkapi antara satu sama lain. Adib menjadi pelik.

"Gambar siapa ni?" Soal Adib

"Aku tak tau. waktu aku umur 18 tahun ayah bagi hadiah foto ni. Aku tak tau maksud dia apa. Waktu start pindah rumah  bangi gambar Hizzul ni hilang tak jumpa" Jawab Naim

"Better you tanya En Ezzul maybe dia tahu. Maybe ada kaitan dengan Harith" Kata Adib

"Apa pulak kaitan dengan Harith?" Soal Naim

"Harith kata tu gambar adik dia. Paling annoying dia kata skandal tua dia tu bapak dia" Kata Adib

"Aku tak faham adik? skandal?" Naim jadi bingung.

"I break up dengan dia sebab dia ada fair dengan seorang lelaki baya ayah you. I jumpa dia bogel dengan lelaki tu. Sebab tu I pindah balik rumah Bangi sampai I pindah rumah Alif. Then I jumpa gambar ni. Kebetulan waktu I nak return kat you Harith ajak jumpa nak pujuk I get back. Dia merayu tarik seluar I samapi gambar ni tercicir kat tangan dia. Bila I nak ambik balik gambar tu dia menangis kata I ni Hizzul adik dia. Next dia introduce bapak kandung dia" Terang Aidib panjang lebar

"Bukan Syed Faisal tu bapak dia ke?" Soal Naim hairan

"Dia cakap Syed Faisal tu bapak angkat dia je. Bapak kandung dia nama Zohar" Jawab Adib

"Zohar?" Naim terkejut

"You kenal dia ke?" Soal Adib

"Kenal la jugak!" Jawab Naim

Tiba tiba kedengaran suara dari luar menyeru

"Naimmmmm!"

Naim tersentak lalu dia membuka pintu, dia mendapati ayahnya Ezzul berada di luar rumah. 

"Eh Ayah buat apa datang kat rumah Naim?" Soal Naim sambil mencium tangan Ezzul.

"Ayah dengan kau, Yasfar dengan Syanim bergaduh. Betul ke?" Soal Ezzul

"Tak payah cakap pasal tu. Im menyampah dengan dia orang" Jawab Naim

"Naim, siapa yang salah sebenarnya? Yasfar dengan Syanim tu dah memang couple. Ayah faham Naim jadi orang ketiga. Cuma dari awal ayah perhati Naim rapat dengan Yasfar tu. Ayah tak nak tegur sebab Im dah besar panjang" Nasihat Ezzul

"Apa-apa je la, benda dah lepas. Im malas nak fikir pasal tu. Im ada benda nak tanya dengan Ayah" Kata Naim

"Tanya apa?" Kata Ezzul lembut

Naim mengeluarkan dua foto yang telah bercerai dilekat semula.

"Siapa Hizzul, siapa Hadib? Apa kaitan dengan Harith?" Soal Naim

"Apa kena pulak dengan Harith?" Soal Ezzul

"Adib cerita Harith kata Hizzul ni adik dia" Jawab Naim

Ezzul terkejut bercampur bingung.

"Ayah tak tau pasal tu" Balas Ezzul

"Jadi siapa Hizzul dengan  Hadib ni" Soal Naim

Ezzul terdiam. Akhirnya dia membuka cerita

"Macam ni, ayah dulu ada kawan. Nama dia Aidil sama-sama kerja dengan MAS. Aidil ni ada 4 orang anak. Satu hari dia bawak anak-anak dia balik kampung tapi accident. Ayah sempat selamatkan seorang je sebelum kereta dia terbakar. Budak tu ialah Hizzul" Terang Ezzul

"Jadi apa kaitan gambar ni dengan Im?" Soal Naim

"Hizzul tu adalah kamu. Anak ayah Naim sebenarnya dah meninggal" Terang Ezzul

Naim terkedu mendengar penjelasan Ezzul

"Im tak faham kenapa ayah cakap Naim dah meninggal?" Naim tidak berpuas hati

"Naim anak ayah yang asli dah meninggal lama. Waktu ayah ambik kau, kau pun tak ingat nama sendiri jadi Ayah tukar identiti kau jadi Naim" Kata Ezzul

"Dah paling penting sekali ayah baru tau, Hadib dalam gambar tu adalah Yasfar. Abang kembar kamu" Sambung Ezzul

Naim berasa dunia berputar. Dia tak mampu memerima kenyataan bahawa yang baru didengarinya. Pandangannya menjadi gelap gelita.


Sengsara: Kasih TerlarangWhere stories live. Discover now