"Anak aku, tolong selamatkan!" Jerit Zohar lalu terjaga dari tidur.
Zohar melihat Harith masih lena dalam dakapannya. Mata Zohar terkebil-kebil memandang siling. Masih terbayang mimpinya ngerinya. Zohar berasa bingung kerap dihantui mimpi yang sama iaitu dia sedang memandu membawa tiga kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan namun ada kereta Honda Jazz memintas kereta yang dibawanya hingga terbabas. Apa yang dia ingat Keretanya meletup sedangkan kanak-kanak tersebut masih di dalam kereta.
Tiba-tiba Harith terjaga
"Abang dah jaga?" Tegur Harith.
"Abang dah jaga lama, tapi abang tak nak kejut Harith!" Kata Zohar sambil memicit hidung Harith.
Tiba-tiba pintu terkuak, kelihatan kelibat Adib di pintu bilik.
"Apa yang you buat ni!" Teriak Adib sambil memukul Harith dengan beg yang ada di tangannya.
"Sabar sayang!" Pujuk Harith
"Selama ni I takde ni kerja you! Jantan tak guna!" Bentak Adib lalu meninggalkan bilik
Harith cuba mengejar Adib namun dihalang Zohar.
"Tak guna kejar. Kalau awak dapat pun belum tentu dia nak balik dengan awak!" Pesan Zohar
Harith menangguk setuju. Dia mengakui kesilapannya.
"Dia stay dengan kau ke?" Soal Zohar
"Haah, kita orang stay sekali" Jawab Harith
"Dia akan datang balik sebab nak ambik barang dia. Time tu baru pujuk!" Nasihat Zohar.
Harith menundukkan kepala
"Nak satu round lagi tak?" Ajak Zohar.
Harith mengangguk lalu berkucupan dengan Zohar.
.....
Naim dan Yasfar baru hendak keluar rumah dari rumah. Tiba-tiba kelihatan Adib tercegat muram di pagar
"Kenapa Adib?" Soal Naim
Adib berjalan ke arah Naim lalu menangis teresak-esak
"Adib, kenapa sedih sedih ni?" Naim jadi penasaran
"I kena halau dari rumah!" Kata Adib menipu. Dia tak mahu Naim berasa susah hati.
Naim menggosok belakang Adib untuk menenangkannya
"Kalau I stay sini balik boleh?" Pinta Adib
Naim memandang Yasfar. Yasfar memberi isyarat angguk kepala.
"Takpe la, kau stay rumah ni. Kau pun dah lama stay sini!" Kata Naim
"Thank you so much Naim" Ucap Adib
"Kita orang nak keluar. Nanti kalau kau keluar macam biasa tinggal kunci kat kasut aku ok?" Pesan Naim
Adib hanya menganggukkan kepala
Setelah beredar dari rumah Naim bertanya kepada Yasfar di dalam kereta
"Adib dah stay balik rumah tu. Kita macam mana?"
"Rumah aku kan ada!" Jawab Yasfar
"Betul jugak tu!" Kata Naim mengiakan
"Dah, kita nak kemana?" Soal Yasfar
"Kita cari restoran makanan jepun makan enoki nak?" Cadang Naim
"Aku ikut je. Kita nak buat live kat tiktok nanti kan?" Balas Yasfar
"Jom, hari ni kita makan enoki!" Jerit Naim gembira
......
Syanim tersempak dengan Zohar yang baru berlalu meninggalkan rumah Harith
"Eh, Abang Zohar! Ingat tak Sya!" Tegur Syanim
"Sya yang dekat Penang hari tu kan?" Balas Zohar
"Sayalah tu. Abang Zohar buat apa kat KL?" Soal Syanim
"Abang datang KL ziarah sedara. Saja lawat-lawat KL" Jawab Zohar
"Tak sangka kecik je dunia kita jumpa balik kat sini" Kata Syanim
"Sya stay KL kan?" Soal Zohar
"Haah, memang stay KL" Jawab Syanim
"Abang stay Ampang tiga bulan. Kalau apa-apa boleh roger abang! Simpan lagi tak nombor?" Kata Zohar
"Eh simpan lagi. Ok la Sya nak pergi rumah abang Sya. Nak buat surpirse sikit" Kata Syanim meminta diri
"Ok, nanti roger abang kalau apa-apa!" Pesan Zohar lalu beredar.
Syamin bergegas menuju ke rumah Harith.
"Eh Sya, kenapa jalan kaki? Kereta mana?" Tegur Harith
"Parking penuh, Sya kena parking jauh sikit" Jawab Syanim
"Sya buat apa susah-susah datang sini?" Soal Harith curiga.
"Abang, nak pinjam kereta boleh? Sya nak bawak pergi Desaru" Pinta Syanim manja
"Sya nak pergi seorang?" Soal Harith
"Tak, Yasfar demgan Naim ikut sekali" Kata Syanim
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.