Bab 6

66 3 0
                                    

Syanim pulang ke rumah bapanya dan mendapati ibu tirinya, Hadeeqah sedang berehat di ruang tamu.

"Papa mana Hadeeqah?" Soal Syanim

"Syanim, bila sampai. Tak bagitau pun?" Kata Hadeeqah terkejut

"Buat apa aku nak bagitau kau untuk jumpa papa!" Tengking Syanim

Tanpa mereka sedar Syed Faisal muncul di ruang tamu

"Syanim, respect orang boleh!" Tegur Syed Faisal

"Untuk apa Sya respect dia. Dia bukan mama Sya pun" Balas Syanim

"Tapi dia isteri papa, mama tiri Sya!" Kata Syed Faisal tegas

"Mama tiri? Sorry dia tak boleh ganti tempat mama. Lagipun dia tua dengan Sya setahun  je" Syanim enggan menerima nasihat Syed Faisal

"Sya nak apa cari Papa?" Soal Syed Faisal tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi .

"Sya ada benda nak discuss dengan Papa. tapi Sya tak nak Hadeeqah ada kat sini" Jawab Syanim

Syed Faisal memberi isyarat kepada Hadeeqah untuk beredar. Setelah Hadeeqah beredar, Syanim dan Syed Faisal mengambil tempat duduk.

"Papa kerja kat KSK Airline kan?" Syanim memulakan bicara

"Kan Papa dah kerja sana lama. Kenapa?" Soal Syed Faisal kebingungan

"Macam ni, last week boyfriend Sya ada interview dekat syarikat Papa. Dia nak jadi pilot tapi kena reject" Syanim berterus terang.

"Boyfriend yang mana? Fitri ke Aiman?" Soal Syed Faisal

"Papa ni, diaorang cuma kawan je. Actually Papa belum pernah jumpa boyfriend Sya. Sya baru kenal tak sampai setahun" Terang Syanim

"Sya ni banyak sangat boyfriend, Papa pun pening" Keluh Syed Faisal

"Papa ni, Fitri dengan Aiman tu Sya anggap kawan  biasa je. Cuma kali ni Sya nak mintak tolong sebab Boyfriend Sya nak sangat jadi pilot. Tapi tak ada company nak ambik" Syanim cuba memujuk Syed Faisal.

"Papa ada reject satu calon pilot last week tapi papa tak ingat nama dia. Tak apa, Sya set tarikh bawak boyfriend Sya jumpa dengan Papa. Papa cuba tolong yang mana boleh" Ujar Syed Faisal

"Thank you Papa!" Kata Syanim lantas memeluk Syed Faisal.

Tidak lama kemudian Hadeeqah muncul membawa dulang berisi teh dan kuih. Syanim pantas mengambil dulang tersebut dari tangan Hadeeqah lalu meletakkan dulang tersebut di atas meja kopi. 

"Mama tak payah susah-susah. Biar Sya tuangkan teh untuk papa" Kata Syanim

Hadeeqah terharu dengan kata-kata Syanim

"Amboi anak Papa. Kalau bab membodek memang nombor satu" Perli Syed Faisal

Syanim hanya tersenyum sinis

.......

Yasfar dan Naim pulang lewat malam itu setelah puas berjalan, menonton wayang dan berkaraoke. 

"Kau nampak penat je. Boleh tak drive ni?" Soal Naim prihatin

"Aku sebenarnya dah mengantuk. Takpe, Kajang tak jauh pun" Jawab Yasfar

"Kalau kau penat kau boleh tumpang rumah aku. Esok pagi kau chow la balik Kajang" Cadang Naim

"Takpe, aku tak nak susahkan kau" Balas Yasfar

Tiba-tiba Yasfar brek mengejut.

"Kau kenapa? bahaya gila kau emergency break macam ni!" Tegur Naim

"Dah tukar, biar aku drive. Malam ni kau tidur rumah aku. Dah lambat ni" Arah Naim.

Naim memandu menuju ke rumahnya. Sebaik sahaja sampai di rumah Naim meminjamkan tuala dan pakaian untuk dipakai Yasfar. Setelah masing-masing selesai mandi mereka pun masuk tidur. Memandangkan katil Naim muat untuk dua orang, mereka tidur sekatil.

Tepat jam 4 pagi Naim mendengar Yasfar merintih lemah

"Encik, tolong jangan, sakit!" 

"Arrrrgh!" kedengaran Yasfar meraung lalu terjaga dari tidur

"Kau mimpi apa tadi?" Soal Naim memandang Yasfar kebingungan.



Sengsara: Kasih TerlarangWhere stories live. Discover now