Naim pulang ke rumah sewanya tanpa menyangka ada tetamu diundang.
"Kau pergi mana balik lewat-lewat?" Sergah Ezzul
Naim terkejut lalu mengurut dadanya.
"Ayah ni kan buat Im terkejut je. Bila ayah sampai?" Kata Naim.
"Dah lama dah. Nasib baik housemate kau si Adib tu belum keluar lagi" Jawab Ezzul
"Adib mana Ayah?" Soal Naim lagi
"Dia keluar jumpa girlfriend dia. Kau baru lepas jumpa girlfriend ke?" Soal Ezzul berseloroh
Naim terdiam. Naim sedar yang ayahnya bukan tak tahu yang selama ini Naim tak pernah ada teman wanita.
"Ayah datang sini sebab apa?" Naim kembali bersuara.
"Ayah nak discuss pasal offer Ayah last week" Ezzul menyuarakan isi hatinya
"Ayah ni, kan Im dah cakap Naim tak minat jadi Pilot. Naim nak jadi model" Bantah Naim
"Model, model. Nak jadi model apa? model iklan spender?" Perli Ezzul
"Kau ni sia-sia je ayah hantar kau training jadi pilot. Sijil dah ada membazir je. Sibuk sangat jadi model habuk pun tak ada. Last-last jual kebab je. Mana ayah nak letak muka? Semua member ayah mengutuk Im si penjual kebab" Ezzul berceramah panjang lebar.
Naim berasa pedih dengan kata-kata ayahnya itu.
"Ok la macam ni kali ni Ayah tolong Im capai cita-cita Im jadi model. Ayah ada member yang kerja rekrut model. Nak tak?" Tawar Ezzul
"Nak, nak!" Kata Naik gembira sambil menatap wajah ayahnya
"Dengan syarat, Kalau Im fail, Im kena ikut cakap ayah jadi Pilot" Kata Ezzul
"Baik ayah, Im sambut cabaran ayah"
.....
Tiba di rumah, Yasfar tanpa terus membaringkan diri di atas katil. Otaknya ligat memikirkan kejadian semasa makan tengah hari bersama Encik Ezzul
"Kita nak ke mana ni?" Soal Yasfar yang duduk di tempat penumpang di dalam kereta Ezzul
"Hari ni saya nak belanja lunch kat restoran Charcoal dekat Saujana Hotel" Jawab Ezzul
"Tapi saya tak ada cash nak bayar" Kata Yasfar bimbang
"Kan saya dah kata nak belanja. Kat sana mungkin kita boleh discuss lebih sikit sebab ada kawan saya yang pangkat lagi tinggi mungkin boleh tolong" Balas Ezzul
Mereka tiba di restoran Charcoal mereka disambut oleh seorang lelaki berusia 40 an sebaya Ezzul
"Syed, perkenalkan ni candidate pilot kita, Yasfar" Perkenal Ezzul
"Saya Syed Faisal. Panggil Syed je" Kata Syed
Yasfar dan Syed berjabat tangan. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing
"Kita pesan makanan dulu baru kita start discussion" Cadang Syed
Selesai memesan makanan Ezzul bersuara
"Syed, ada cara ke kita nak tolong Yasfar ni join team kita. Kelayakan ada, penampilan dah ok tapi tu la zero experience"
"Macam ni la Encik Yasfar. kami ni kekurangan Pilot berpengalaman. Saya tak boleh biar pilot yang baru training bawak pesawat tanpa bimbingan pilot berpengalaman" Terang Syed
"Kalau tak training macam mana nak ada pengalaman?" Pertikai Yasfar
"Bertenang anak muda. Kalau awak pergi mana-mana syarikat penerbangan. Awak kena pair dengan Pilot senior. Pilot senior yang akan pantau awak. Kalau berlaku emergency mereka dah terlatih nak hadap situasi itu. Awak tengok banyak tragedi kapal terbang terhempas tapi yang pandu pilot berpengalaman. Dia tak sama macam drive kereta" Terang Syed
Yasfer berasa kecewa tiada jalan untuk dia mencapai cita-cita jadi Juruterbang
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.