Pagi itu Harith bersarapan d rumah Syed Faisal setelah bermalam di sana. Hanya ada Hadeedah dan Harith. Hadeeqah mengambil kesempatan ini untuk bertanya lebih lanjut tentang apa yang dikatakan Harith malam semalam.
"Harith, betul ke awak ni anak angkat Syed?" Soal Hadeeqah
"Memang betul, Lepas accident Harith duduk dekat rumah anak yatim. Umur 16 tahun baru Papa ambik Harith jadi anak angkat" Jawab Harith
"Jadi macam mana Sya boleh accept Harith jadi abang angkat?" Soal Hadeeqah
"Sya tak pernah tahu pun Harith ni abang angkat dia. Papa tipu dia cakap Harith sekolah asrama tak pernah balik rumah Papa" Jawab Harith
Hadeeqah terdiam
"Apa hubungan Harith dengan lelaki yang datang waktu Birthday Iqa hari tu?" Hadeeqah ingin tahu
"Harith rapat dengan dia lepas kena tinggal dengan boyfriend Harith. Dia yang banyak bantu Harith" Kata Harith termenung
"Sorry kalau Iqa tanya soalan sensitif. Sebab apa Harith suka lelaki ye?" Hadeeqah cuba mengenali hati budi Harith
Harith memandang tajam Hadeeqah. Hadeeqah berasa serba salah
"Semua ni sebab Papa, Papa yang buat Harith jadi macam ni!" Kata Harith Jujur
"Apa yang Papa buat kat Harith?" Hadeeqah terkejut
"Papa ambik Harith jadi anak angkat semata-mata untuk puaskan nafsu dia dan kawan-kawan dia" Luah Harith sebak
"Maksud kawan-kawan Papa tu Adam dengan Ezzul?" Hadeeqah ingin tahu
Harith menganggukkan kepala.
"Bukan Harith je, semua boyfriend Sya Papa kerjakan termasuk Yasfar" Kata Harith
Hadeeqah mengucap panjang. Dia semakin jijik dengan perbuatan suaminya.
Setelah itu Hadeeqah tak bertanya lanjut kerana Harith kelihatan tergesa-gesa untuk pulang. Setelah pulang ke rumah Harith terkejut mendapati Adib sedang menunggunya. Sebaik nampak kelibat Harith, Adib segera memeluk Harith
"Abang maafkan Izul, Izul tak boleh terima kenyataan selama ni Izul couple dengan abang sendiri" Kata Adib
Harith berasa sebak
"Tak apa janji abang dapat jumpa adik abang balik" Kata Harith
Harith mengajak Adib masuk ke dalam rumah. Setelah menghidangkan kopi Harith bertanya
"Hari tu bila abang cerita pasal accident takkan izul tak ingat langsung?"
"Izul ingat cerita abang kebetulan sama. Lagi pun Abang tak cerita siapa nama ahli keluarga sebenar abang" Jawab Adib
Tiba-tiba Zohar muncul di pintu
"Abah dah balik!" Tegur Harith
Adib berasa geli mendengar ucapan Harith
"Eh, Adib dah ada. Kamu berdua dah get back la ni?" Soal Zohar sambil menganmbil tempat duduk
"Abah, ada benda Halif nak inform!" Kata Harith
"Inform apa?" Zohar tertanya-tanya
"Sebenarnya Adib ni Hizzul, adik Halif, anak Abah" Terang Harith
Zohar terkejut
"Mustahil mana mungkin?" Balas Zohar
Adib mengeluarkan gambar yang tertera nama Hizzul
Zohar menjadi sebak. Dia segera memeluk Adib
"Anak Abah!" Jerit Zohar
Adib tersenyum. Dia berasa gembira jerat yang dipasang sudah mengena.
.........
Alif sedang mengemas pakaian di Sri Pentas TV3 kerana ada program besar akan berlangsung. Setahu Alif Naim dengan Yasfar sudah dijemput untuk menyertai program tersebut. Dia melihat kepada pakaian yang pernah dipakai oleh Yasfar. Setelah Yasfar tiada sesiapa penah pakai pakaian tersebut. Ketika dia membelek pakaian tersebut tiba-tiba ada Gelang getah jatuh ke lantai. Alif mengangkat gelang tersebut ada tulisan Hadib Bin Aidil Edzihar.
"Gelang siapa pulak ni? Siapa Hadib ni?" Soal Alif kepada dirinya sendiri
Alif bertanya kepada rakan rakan di Sri Pentas
"Ada kenal sesiapa nama Hadib?"
Semua yang ada tidak kenal dan tahu kewujudan individu dengan nama Hadib
Alif berasa pelik. Setahu dia baju itu memang tidak ada siapa pakai kecuali Yasfar.
"Pelik, siapa Hadib ni? Kenapa ada dekat baju ni?" Alif tertanya-tanya
Alif membuat keputusan untuk menyimpan gelang tersebut untuk bertanya kepada Yasfar nanti.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasiKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.