Syanim tiba di rumah Syed Faisal. Dia mendapati Hadeeqah berseorangan
"Hadeeqah Papa takde ke?" Soal Syanim
"Takde, dia keluar awal ada hal katanya. Harith pun baru je balik" Jawab Hadeeqah
"Ala, baru nak jumpa Papa" Keluh Syanim
"Iqa nak tanya Iqa tahu apa-apa tak pasal Papa?" Soal Hadeeqah
"Pasal Papa?" Syanim terkejut
"Iqa fikir dengan Iqa je dia buat benda jijik tu. Rupanya Harith pun dia kerjakan" Kata Hadeeqah
"Siapa yang bagitau?" Syanim berasa pelik
"Harith sendiri yang cerita. Kalau tak sampai sudah Iqa tak tau" Balas Hadeeqah
Syanim diam tertunduk.
"Actually Sya tau pasal tu!" Syanim mengaku
"Kenapa tak cakap dengan Iqa awal-awal?" Hadeeqah terkejut
"Sya tak nak bagitau orang lain. Last time Sya cerita kat Mama, Mama meninggal sebab terkejut" Jawab Syanim sebak
Hadeeqah memeluk Syanim
"Sebab tu bila dengar cerita you, Sya faham sebab Sya tahu sangat perangai Papa dengan kawan-kawan dia" Tambah Syanim
"Jadi sebab tu Sya couple dengan Yasfar? Sebab faham apa yang Yasfar kena?" Soal Hadeeqah
"Kena apa?" Soal Syanim pelik
"Yasfar kena macam mana Harith kena!" Jawab Hadeeqah
"Apa? Papa buat benda tu kat Boyfriend Sya?" Syani terkejut
"Sya tak tau? Bukan Yasfar je, semua boyfriend Sya sebelum ni pun Papa dah kerjakan" Kata Hadeeqah
"Celaka! Tak sangka Papa buat macam ni kat Sya" Maki Syanim
"Macam ni, benda ni biar jadi rahsia kita. Sya jangan confront Papa, Iqa risau Papa buat benda tak baik kat Sya" Pesan Hadeeqah
Syanim mengangguk faham
...........
Petang itu Yasfar datang ke kedai Naim
"Im!" Sapa Yasfar
Naim terus membuat kerja tanpa menghiraukan Yasfar
"Im, Far nak minta maaf pasal semalam" Kata Yasfar
Naim tetap tidak pedulikan Yasfar. Yasfar tanpa membuang masa menarik tangan Naim menuju ke Restoran Barra yang bertentang dengan kedai Naim.
"Apa tarik tarik ni!" Naim memarahi Yasfar
Sampai di restoran Barra Yasfar berhenti
"Im, Far nak mintak maaf pasal semalam. Far emo sikit dengan apa yang dah jadi" Kata Yasfar
"Kau nak apa? Kau ingat aku takde hati takde perasaan. Kau cakap sesuka hati lepas tu kau nak mintak maaf macam tu je?" Jerkah Naim
"Far tau Far buat silap. Sebab tu Far datang nak mintak maaf. Please maafkan Far!" Rayu Yasfar
"Kau yang nak kita takde apa apa hubungan kan? Kau nak apa lagi?" Herdik Naim
"Takkan sampai tahap ni Im marah kat Far?" Soal Yasfar
"So kau marah aku boleh. Kau maki aku boleh. Aku buat tak boleh. Manusia jenis pentingkan diri tak tahu jaga perasaan orang. Kau manusia paling tak guna aku pernah jumpa!" Bentak Naim lalu beredar meninggalkan Yasfar
Kata-kata Naim itu bagaikan beribu sembilu yang mencucuk hatinya. Jiwanya hancur retak seribu. Yasfar tidak lagi mengejar Naim lantas meninggalkan tempat itu.
Naim berasa bersalah dari jauh melihat Yasfar berjalan lemah menuju ke keretanya. Namun dia berasa Yasfar patut diajar.
Tiba-tiba Naim menerima mesej Whatsapp dari Syanim
'Sayang, malam ni datang rumah I. I ada benda nak discuss'
'Ok, malam ni I datang' Balas Naim
Ketika di simpang keluar, kereta yang dipandu Yasfar hampir bertembung dengan motor uyang ditunggang Zohar. Masing-masing berhenti mengejut malangnya Zohar terjatuh dari motor. Yasfar segera turun dari kereta.
"Abang tak apa-apa?" Soal Yasfar
"Awak ni bawak kereta tak tengok kiri kanan ke?" Tegur Zohar
Zohar memandang Yasfar. Masing-masing terkejut
"Sorry abang, saya tak fokus baru lepas gaduh dengan kawan" Balas Yasfar
"Jadi kalau dah gaduh takkan sampai nak langgar orang?" Tegur Zohar sambil bangkit untuk menghidupkan motor
Malangnya motor tersebut tidak boleh dihidupkan.
"So maca mana ni?" Soal Zohar
Yasfar berasa panik.
"Sekarang bengkel semua dah tutup. Apa kata kalau abang park dulu motor kat kawasan kedai lepas tu abang ikut saya balik rumah. Esok pagi kita sama-sama bawak motor pergi bengkel" Cadang Yasfar
Zohar bersetuju dengan cadangan tersebut.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasyKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.